Chapter 9 - Delta01

213 17 0
                                    

Iqie hanya memandang kosong kearah pintu bilik wad. Menunggu Taqeef kembali bersama laptopnya.

Seketika iPhone di tangan berbunyi. Panggilan dari Taqeef. Iqie menghembus nafas lega. Ingatkan 'si dia'.

"Hmm, hello. Kenapa!?" Garang bunyinya.

"Bapak ahh.. Garang nauu.. Mana kau letak laptop kau?" Taqeef berdekah ditalian. Iqie ni kan. Sakit-sakit pon garang.

"Kau masuk bilik aku, laptop ade atas meja tepi katil." Iqie merebahkan badan mengiring sambil tangan menongkat kepala.

"Ehh, jap. Passcode rumah kau ape? Aku lupa."

"023 417" Iqie mengulang untuk entah keberapa kali. Apa yang susah sangat nak mengingatnya.

"Nombor ntah ape-ape. Lain kali letak lah birthdate kau. Senang sikit." Taqeef membebel sambil jari menekan passcode.

"Eleh, ingat ke birthdate aku?" Saja Iqie mengusik.

"Ape? Ingat otak aku ni otak ikan ke. Mestilah ingat. 18 ogos kan. Aku ingat lah birthdate kau." Yakin Taqeef jawab.

"Kepala lutut kau. Tang mana 18 ogos. Birthdate aku 8 ogos." Garang Iqie menemplak. Mata dah menjegil. Ha jaga-jaga, takut terkeluar bola mata.

"Ohh 8 ogos ehh. Hahaha. Alahh tak jauh pon. Tambah 10 je. " Taqeef termalu sendiri. Bukan main konfiden jawab. Tapi salah. Takpe lah Taqeef. Konfiden itu penting.

"Jumpa tak laptop aku?" Iqie mengubah topik.

"Sabarlah. Aku baru lepas pintu rumah. Belum ke bilik kau lagi. Itu lah, rumah besar duduknya sorang. Penat aku nak menapak. Lain kali duduk kondo, tak lah sejauh Pluto dari pintu rumah ke bilik kau. " Taqeef membebel. Taqeef ni kan. Kalau membebel kalah perempuan. Tapi seorang je dia tak bebel-bebel macam ni. Tahu siapa? His baby princess lah. Sebab dia yang kena bebel.

"Membebel je kerja kau. Patutnya aku record je kau potpet-potpet macam makcik-makcik ni. Tunjuk dekat Ellysa. Biar dia tahu kau macam mana." Iqie berdekah.

"Eleh, kalau dia tahu pon, ape dia boleh buat? Tinggalkan aku? Huh, lambet lagi. Eyy. Kau pindah je lah, Qie. Dari tadi aku menapak tak sampai lagi bilik kau. Dah pindah alam ke bilik kau ni?" Lagi Taqeef membebel sambil meneguk air.

"Jadi satu hal pulak nak pindah rumah. Habis aku nak parking mana kereta-kereta dengan moto aku? Dah elok aku beli rumah parking luas kau suruh aku pindah rumah yang limited parking? Ehh sedap hidup kau. Lagi satu kau jangan nak membongak sangat , dari pintu rumah ke bilik aku cuma 20 langkah je. Kau cakap betul-betul, kau menyinggah dapur dulu kan?" Iqie menyerkap garang. Senafas dia bagi.

"Laju nya kau cakap. Rap ke nyah?" Tersembur air yang diminum Taqeef. Kantoi.

"Qeef, grab my laptop first and come back. Lepas tu kalau kau nak minum air sampai kembung pon aku tak ambik port." Iqie buat suara garang. Dari baring mengiring sudah tegak duduknya.

"Aku haus lah gila. Panas tahu tak." Taqeef membuat muka mengada. Tapi hanya seketika, lupa Iqie tak nampak kalau dia buat muka pon. Tak boleh nak tengok muka menyampah Iqie bila dia buat muka macam tu.

"Qeef, Kalau kau nak aku stay sini better kau balik dalam 30 minit. Kalau tak, kau tunggu je lah papa pancung kepala kau, aku M.I.A(Missing in action)" Iqie mengugut

"Okay.. Okay.. Aku gerak sekarang. Kau jangan gatal-gatal nak lari. " berdesup Taqeef berlari ke bilik Iqie, capai laptop dan terus keluar rumah. Iqie punya ugutan jangan buat main. Kalau dia cakap, dia buat.

Iqie menamatkan panggilan. Biar si Taqeef gelabah.

30 minit kemudian Taqeef tercungap-cungap di hadapan Iqie sambil menyerahkan laptopnya.

Dear Mr. Hot and Cold[OG] ON HOLD!Where stories live. Discover now