Chapter 15 - C.I.T.R.A

94 10 2
                                    

Thud...

Bunyi kuat hasil dentuman kerusi yang terbalik kerana Iqie bangun secara tiba-tiba.

"No way... Ulang balik Charlie." Iqie memegang belakang kepala. Mata bersinar keterujaan.

"Program is at 97% optimized.. "

"Ahaaa. Sekarang orang tua tu dah tak boleh nak pressure aku. " Iqie mengangkat semula kerusi yang dijatuhkan tadi.

Iqie menguji program nya sekali lagi. Setelah yakin akan hasil kerjanya, Iqie menghantar mesej kepada Captain Danish melalui telefon bimbit yang sudah dipasang aplikasi 'non-traceable' yang diciptanya.

Seketika panggilan telefon masuk. Iqie membiarkan seketika sebelum menjawab.

Danish : yow son!

Iqie : siapa anak kau?

Danish : garang-garang nak pergi mana bro?

Iqie hanya diam apabila ketawa Capt.Danish meletus.

Iqie : item dah siap.

Tanpa lengah Iqie mencantas Capt.Danish sebelum orang tua itu sempat bertanya lanjut.

Danish : Nice. Tak sangka kau boleh settlekan dalam masa yang dijanjikan.

Iqie : Tengok jari lah bro.

Danish : Tak habis-habis dengan perangai pantang dipuji kau.. So, bila aku boleh hantar falcon untuk ambik.

Iqie : No. aku kena run CITRA directly.

Danish : ok, datang lah base, aku pickup.

Iqie : and face the risk my identity being exposed? No thanks..

Danish : hmmm, kalau macam tu aku ada rancangan.

Iqie : apa?

Danish : kau create identiti baru, dan cuba hack sistem. Aku akan tangkap kau.

Iqie : for real?

Mata Iqie berkelip-kelip teruja. Biar betul orang tua ni bagi lampu hijau.

Danish : bukan aku nak kau hack betul-betul. Acah je.

Iqie : cehh.. Bagi lah chance.

Danish : kau dah lupa ke sebab kau kena cipta CITRA? Nak aku ingatkan?

Iqie : haha.. No thanks..

Iqie menjulingkan matanya. Tak habis-habis nak mengungkit.

Danish : So.. Bila kau nak bukak game?

Iqie : hmmm.. Jumaat ni. Tapi kau boleh pastikan tak kan ada seorang pun tahu identiti aku?

Danish : hello. Just who are you talking to? This is Captain Danish Zhafran lah, METF Tiger Team Leader.

Iqie : eh eh, berlagak pulak orang tua ni.

Danish : kalau kau teringin nak makan peluru M16 , panggil lah aku macam tu lagi..

Iqie : kau ingat aku takut? Orang tua..

Danish : oh lupa pulak, i'm talking to 16 Years old Iqie..

Iqie : ehhh orang tua, aku dah pesan banyak kali, jangan sebut nama aku. Haish. Ini masalah cakap dengan orang tua. Cepat lupa. Dah lah, malas aku layan orang tua ni. Nanti aku mesej kau sebelum aku bukak game.

Tanpa menunggu balasan dari Capt.Danish, Iqie meletak panggilan.

Iqie menanggalkan cermin mata sebelum keluar dari bilik rahsia.

Dear Mr. Hot and Cold[OG] ON HOLD!Where stories live. Discover now