Chapter 16 - My Girl

107 4 0
                                    

"Okay, Class.. Submit your assignment by the end of next week.. Remember any submission later than 23 will have zero. No discussion. Class dismissed." Dr. Putra melangkah keluar dari kelas. Beberapa pelajar yang ingin bertanya mengikuti dari belakang.

"Haihhh. Kalau hari-hari kelas dengan Dr.Putra kan best.. Aku tak kisah lah banyak assignment pun, janji boleh cuci mata.. Oh my Prince. " Seorang pelajar perempuan memandang ke arah pintu kelas yang sudah tertutup sambil memegang pipinya. Terpusing-terpusing kegedikan.

Rania menggelengkan kepalanya perlahan sambil mengemas begnya. Tak faham dengan rakan sekelasnya Teha. Memang lah Dr.Putra tu hensem orangnya tapi anginnya tak sehensem rupa. Kalau dia dah naik angin, habis ribut taufan melanda kelas itu, terutama sekali apabila ada pelajar yang lambat menghantar tugasan atau ada yang tidak menyiapkan tugasan mereka.

Rania hairan, adakah rupa mengatasi segalanya? Tahulah pensyarah muda itu baru berusia awal 30-an, masih bujang juga dan mempunyai pakej lengkap sebagai seorang lelaki. Rupa paras yang segak, tinggi dan berbadan tegap. Tapi kalau asyik masam dan ketat saja mukanya, senyum pun jarang atau tiada langsung. Tidak ramah sama sekali. Terus terang awal-awal Rania reject. Red Flag. Walaupun Dr.Putra tidak pernah memarahinya kerana Rania selalu menghantar tugasannya awal, namun tetap dia tidak berkenan dengan lelaki itu. Rania tidak pasti mengapa tetapi ada yang tidak ngam tentang pensyarahnya itu.

Rania bangun dari kerusi, perbualan rakan perempuan yang masih sibuk berdiskusi tentang Dr.Putra dibuat endah tak endah.

"Eh Rania, dah nak gerak ke? Relax lah. Bukan ada orang pun nak guna kelas ni nanti. Jom lah sembang dengan kitorang." Aqila menegur Rania yang melepasi tempat mereka berada.

"Takpelah.. Aku ada hal.. Korang sembang lah.. Aku gerak dulu." Rania tersenyum. Sejujurnya Rania tidak suka dengan kumpulan gadis itu, mereka kuat bergosip.

"Alah, Nia.. Awal lagi kan.. Lepak lah dulu.." Teha menyampuk.

"Sorry, aku kena gerak." Rania berpusing membelakangi mereka.

"Rania.. Apa pendapat kau tentang Dr.Putra?" Soalan Teha mematikan langkah Rania. Perlahan dia menghadap tiga gadis itu. Satu persatu wajah dipandang, Aqila, Teha dan Bella.

"Kenapa dengan Dr.Putra?" Rania menyoal.

"Bagi kau Dr.Putra tu Hensem tak?" Teha menyoal kembali.

"Not bad.. Tapi kenapa kau tanya macam tu?" Rania sengaja, padahal dia tahu, bahawa mereka bertiga adalah peminat Dr.Putra. Malah mereka juga mewujudkan kelab peminat Dr.Putra yang dinamakan The Prince yang disertai ramai pelajar yang 'crush' Dr.Putra.

"Not bad je? Weyh. Dr.Putra tu hensem tahu tak.. Gila-gila punya hensem.. Kau ni.." Aqila menepuk meja. Bella dan Teha mengangguk bersetuju.

Rania mengetap bibir. Susah kalau ada yang fanatik. Dr.Putra tu bukannya artis tapi kenapa diorang macam ni ek. Kalau lah Dr.Putra tahu yang dia ada fanclub, apa agaknya reaksi lelaki itu.

"Look.. Taste kita lain-lain okay... Ya Dr.Putra tu hensem tapi bagi aku dia cuma hensem. Tak lebih tak kurang. Aku dah jawab soalan korang, so boleh aku gerak sekarang?" Rania menayang pandangan kosong.

Tanpa menunggu jawapan mereka, Rania berpusing dan melangkah ke pintu.

"Aku cakap, dia tak kan nak punya join kelab kita." Bella bersuara.

Rania menahan senyum.

'Tahu takpe' bisik hatinya.

Sebaik melangkah keluar, Rania menghantar mesej kepada Ash, memberitahu lelaki itu bahawa kelasnya sudah selesai.

Dear Mr. Hot and Cold[OG] ON HOLD!Where stories live. Discover now