4🥀

45 11 1
                                    

Yoongi masuk ke dalam kelas dengan gaya badboynya. Baju sebelah dikeluarkan, dia memakai jaket berwarna hitam dan lolipop sentiasa berada di dalam mulutnya.

Yoongi mengambil tempat duduk Jihoon di belakang sekali. Macam mana Jihoon boleh nampak sedangkan dia memiliki tubuh yang comel?

Wonwoo dan kawan-kawannya datang ke tempat Jihoon. Yoongi hanya buat tidak tahu. Dia hanya mengulum lolipop sambil bermain telefon.

"Hey anak haram. Kenapa kau masuk sekolah sedangkan kau luka parah dan mental kau tak elok." soal Wonwoo sambil menunjal dahi Yoongi kasar. Yoongi hanya diam sahaja.

"Wonwoo tanya tu kan, jawablah!" tengking Mingyu. Yoongi memandang muka Mingyu dengan pandangan datar.

"Lahh ada orang dekat depan aku, ingatkan anjing mana sesat menyalak depan aku." ujar Yoongi selamba. Wonwoo menggenggam penumbuk sebelum menarik kolar baju sekolah milik Jihoon yang di pakai oleh Yoongi.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku lah!" marah Wonwoo. Yoongi ketawa sinis sebelum menumbuk perut Wonwoo. Wonwoo melepaskan pegangan kolar baju Yoongi. Yoongi mencekik Wonwoo sehingga jatuh.

"Kau cari pasal dengan orang yang salah." ujar Yoongi sinis sebelum mengambil telefon dan merakam perbuatannya yang mencekik Wonwoo. Mingyu dengan Minghao hanya mampu melihat, mereka takut untuk menolong.

"Sian orang ni kena cekik. Lain kali jangan cari pasal dengan aku." Yoongi memperkuatkan cekikan di leher Wonwoo sehingga membuatkan nafas Wonwoo tersekat-sekat.

"Berhenti! Jihoon, kamu gila ke!? Nak bunuh kawan kamu sendiri!" marah Ssaem Nara. Yoongi melepaskan cekikan di leher Wonwoo.

"Kawan? Kawan dari neraka? Hahahah" balas Yoongi beserta dengan ketawa sinis.

"Kamu berdua masuk ke dalam pejabat saya. Sekarang!" perintah Ssaem Nara. Yoongi mengangguk dan keluar dari kelas dengan tangan di masukkan ke dalam poket seluarnya.

"Cepat lah. Aku tak sabar nak dengar pembohongan dari Jeon Wonwoo." kata Yoongi sinis sambil mengenyit matanya. Wonwoo memandang tajam ke arah Yoongi yang di sangkakan Jihoon.

"Kenapa dia berubah secara drastik?" soal Wonwoo pelik di dalam hatinya.

❁❁❁

Yoongi dan Wonwoo berada di dalam pejabat Ssaem Nara. Yoongi mengeluarkan telefonnya dan bermain game sementara menunggu Ssaem Nara mula membebel.

"Boleh terangkan apa yang terjadi?" soal Ssaem Nara.

"Saya tak buat apa-apa Ssaem. Jihoon yang tiba-tiba datang cekik saya. Saya cuma tanya khabar dia selepas keluar dari hospital." tipu Wonwoo sambil memasang muka sedih.

"Arhh kalah." ujar Yoongi selamba sebelum menyimpan telefonnya di dalam kocek seluar.

"Jihoon! Jangan bermain-main lah. Kenapa kamu cekik Wonwoo?" tanya Ssaem Nara kepada Yoongi dengan pandangan tajam.

"Sebab dia binatang kut. Perangai pun serupa binatang dan aku tak di ajarkan untuk hormat manusia yang bertopengkan binatang. Lagi-lagi binatang itu merupai binatang paling jijik." balas Yoongi dengan senyuman tidak bersalah. Wonwoo mengenggam penumbuk akibat menahan geram.

"Ayat tu biar sopan sikit Jihoon. Ibu kamu tak pernah ajar untuk hormat orang." kata Ssaem Nara. Wajah Yoongi mula membengis. Dia menapak ke hadapan Ssaem Nara dengan pandangan bengis. Dia menarik kolar baju Ssaem Nara dengan kasar. Ssaem Nara mula ketakutan.

"Jangan sesekali kau permainkan ibu aku. Walaupun aku tiada ibu tak bermakna aku tak belajar tentang adab. Aku tak akan hormat orang yang cari gaduh dengan aku. Faham tak!?" ujar Yoongi kasar. Ssaem Nara mengangguk laju. Wonwoo mula gerun dengan perangai Yoongi yang sangat luar di jangka.

"B*tch" maki Yoongi sebelum keluar dari pejabat Ssaem Nara dengan perasaan marah. Wonwoo keluar dari pejabat  guru muda itu. Dia memandang Yoongi keluar dari kelas dengan membawa beg, mungkin balik rumah.

————

First time aku taip scene kurang ajar dengan cikgu *murung*

Jangan di contoh, ini amaran!

Vote and comment❤

[C] Everyone Is There? | Lee Jihoon|Where stories live. Discover now