Malam~~
Jihoon melihat ke arah luar tingkap. Perasaannya bercelaru, sama ada sedih atau gembira. Appanya langsung tak ambil tahu pasal dia.
"Kenapa aku tak akhiri hidup aku? Tiada siapa yang kisah pasal aku." ujar Jihoon dalam hati. Dia memandang tiub oksigen di atas meja. Dia yang tanggalkan tadi, rimas.
Jihoon mengambil dan melilit tiub itu di lehernya. Dia memejam mata sebelum menarik tiub untuk mencekik dirinya.
"Berhenti!" teriak seseorang. Jihoon berhenti daripada mencekik dirinya. Air matanya turun.
"Kau gila ke nak bunuh diri. Tak sayang nyawa? Tak fikir orang yang masih peduli dekat kau." marahnya. Jihoon ketawa sinis. Siapa yang peduli dengan dia.
"Siapa yang peduli dengan aku. Appa aku langsung tak kisah anak dia kena buli. Aku penat, hati aku sakit. Kenapa dunia ni tak adil untuk aku. Kenapa!?" tanya Jihoon dengan tangisan kepiluan.
"Aku. Aku peduli akan kau. Memang kau tak kenal aku, tapi aku kenal kau. Nama aku Kwon Soonyoung, guru kaunseling kau." balas Soonyoung seraya merampas tiub oksigen dan meletakkan di atas meja.
"Siapa yang upah kau untuk jadi guru kaunseling aku. Polis tadi?" soal Jihoon. Soonyoung mengangguk seraya tersenyum.
"Kau tak nak cerita apa yang terjadi dekat gunung dua hari lepas. Kalau kau nak luah, luahkan sahaja dekat aku." ujar Soonyoung lalu mengambil tempat di kerusi yang telah di sediakan oleh pihak hospital. Badan Jihoon menggeletar apabila bayangan itu mula muncul di fikirannya.
"T-tolong j-jangan t-tanya. A-aku t-takut." kata Jihoon sambil menarik kakinya merapat di dada. Mukanya di sebam dekat lutut. Soonyoung mengeluh.
"Macam mana polis nak buat bukti yang kau kena buli."
"Kau takkan berjaya tangkap pembuli tu. Dia anak kepada orang berpengaruh. Pihak sekolah takkan ambil sebarang tindakan untuk dia. Silap hari bulan, dia boleh rasuah polis." ujar Jihoon. Wonwoo adalah anak kepada Jeon Company merupakan syarikat yang selalu memberikan sumbangan kepada pihak sekolah. Tak mungkin pengetua nak ambil tindakan atas dia.
"Kau ada adik atau abang?" soal Soonyoung. Perlahan-lahan Jihoon mengangguk.
"Aku ada abang kembar, tapi kita orang berpisah akibat penceraian eomma dengan appa aku. Sepatutnya aku dekat eomma dengan hyung, tapi eomma tak mampu tanggung aku. Eomma beri aku dekat appa masa aku dengan hyung berumur empat tahun. Aku pernah cuba nak cari hyung, tapi tak berhasil." balas Jihoon. Soonyoung mengangguk.
"Esok kau dah boleh keluar. Kau rehat lah dulu." ujar Soonyoung. Jihoon mengangguk seraya tersenyum manis. Soonyoung membalas senyuman Jihoon. Jihoon membaringkan dirinya dan mula memejamkan mata. Soonyoung keluar dari wad dengan seribu perasaan.
❁❁❁
Esok pagi—
Jihoon tersedar dari tidur dan bangkit dari pembaringan. Dia terkejut apabila Wonwoo ada berada di sebelahnya dengan senyuman sinis. Jejaka yang memiliki jawline yang tajam berpeluk tubuh.
"Hidup lagi rupanya kau. Ingatkan kau jatuh dari gunung tu, tiada harapan nak tengok dunia." kata Wonwoo. Jihoon mengalihkan pandangannya kerana dirinya takut dengan Wonwoo. Wonwoo mendekatkan mulutnya di tepi telinga Jihoon.
"Jangan beritahu sesiapa apa yang aku buat dekat kau masa dekat gunung tu kalau kau tak nak kena lebih teruk lagi." bisik Wonwoo sinis. Jihoon mengangguk. Wonwoo keluar dari wad apabila jururawat masuk ke dalam wad Jihoon. Tanpa Wonwoo sedar, Soonyoung telah dengar semuannya.
"Tch, harap je muka kacak tapi hati hitam." ujar Soonyoung di dalam hati. Dia masuk ke dalam wad Jihoon seperti tiada apa yang berlaku.
"Dia dah boleh keluar?" soal Soonyoung kepada jururawat yang merawat Jihoon. Jururawat perempuan itu mengangguk.
"Cepat bersiap. Aku tunggu luar." ujar Soonyoung lalu keluar dari wad Jihoon. Jihoon perlahan-lahan turun dari katil dan masuk ke dalam bilik air untuk menukar baju.
————
Asal wonwoo jahat sangat—
Vote and comment ❤
YOU ARE READING
[C] Everyone Is There? | Lee Jihoon|
Fiksi PenggemarLee Jihoon, seorang lelaki yang sering di buli oleh pembuli sekolahnya sehingga trauma. Dia mempunyai abang kembar yang berpisah dengannya bertahun-tahun lamanya. Min Yoongi, kembar kepada Jihoon. Mempunyai watak yang lain dari watak adik kembarnya...