Yoongi keluar dari kelas dengam keadaan marah. Dia masuk ke dalam tandas untuk menenangkan dirinya. Dia membasuh mukanya. Dia memandang ke arah cermin di hadapannya.
Flashback...
"Yoongi... Kalau eomma dah tiada, cari adik kamu okay." pinta Puan Min. Yoongi yang masih berumur 14 tahun hanya berkerut.
"Eomma takkan mati lah, eomma sentiasa ada dengan Yoongi. Jihoon tu nanti-nantilah Yoongi cari. Lagipun dia mungkin bahagia tanpa kita eomma." ujar Yoongi. Kenapa perlu babitkan kembarnya sedangkan dia dah bahagia dengan lelaki tu.
"Eomma mimpi yang Jihoon kena buli teruk, dia kena bawa dekat satu gunung ni. Selepas tu datang seorang lelaki ni, pukul adik kamu sampai adik kamu trauma. Adik kamu lari dari lelaki tu dan terjatuh dekat kaki gunung." terang Puan Min, dia bermimpi tentang anak bongsunya. Sesungguhnya dia rindu akan anak bongsunya.
"Tak mungkin lah eomma. Tahulah dia jaga diri dia." Yoongi berkata begitu untuk tenangkan diri eommanya daripada melalut.
End flashback
"Betul lah mimpi eomma. Jihoon kena buli teruk. Tak pe eomma, Yoongi akan balas perbuatan Wonwoo." ujar Yoongi dalam hati. Dia mengelap mukanya sebelum keluar dari tandas itu. Tiba-tiba badannya di tolak ke dinding. Rupa-rupanya Wonwoo menolaknya.
"Kau siapa hah?" soal Wonwoo. Yoongi menggulingkan biji matanya ke atas.
"Lee Jihoon." balas Yoongi malas. Dalam hatinya berdoa supaya penyamaran dia tidak terbongkar.
"Jihoon yang aku kenal dia takkan berani macam ni. Dia tu pengecut apa tah lagi lemah." cemuh Wonwoo. Yoongi meletupkan jarinya sebelum menolak Wonwoo ke dalam tandas yang mempunya tandas duduk.
"People can change idiot." ujar Yoongi sebelum mencelup kepala Wonwoo di dalam mangkuk tandas. Wonwoo meronta-ronta minta di lepaskan. Yoongi menekankan lagi kepala Wonwoo dan melepaskannya.
"Puas minum air jamban?" soal Yoongi sinis sebelum menyepak perut Wonwoo kuat. Wonwoo terbatuk akibat senak di perutnya.
"Aku chau dulu ye. Bye syaitan." pamit Yoongi lalu tersenyum manis sebelum mengenyitkan matanya kirinya seolah-olah mengejeknya. Wonwoo melihat kelibat Yoongi keluar dari tandas.
"S-sakit" rintih Wonwoo perlahan apabila menyentuh perutnya. Mukanya mengerutkan dahi akibat kesakitan tak dapat di bendung.
❁❁❁
Yoongi masuk ke dalam apartment Soonyoung lalu menyelitkan dirinya ke dalam lift yang masih kosong. Dia bernyanyi kecil sebelum keluar dari lift dan menuju ke rumah Soonyoung.
"Aku dah balik." kata Yoongi lalu masuk ke dalam rumah tersebut. Jihoon menghampiri Yoongi lalu membelek-belek badan abangnya.
"Hyung tak apa-apa kan?" soal Jihoon risau. Yoongi menggelengkan kepalanya.
"Aku okay. Bukan dia yang pukul aku, tapi aku yang pukul dia. Nah video yang aku rakam." balas Yoongi sebelum memberikan telefon ke arah Jihoon. Jihoon mengambil lalu melihat video yang berdurasi dalam sekitar 40 minit di mainkan.
"H-hyung.. Hyung tak rasa ke ni dah melampau." kata Jihoon. Yoongi mengambil telefonnya sebelum melemparkan beg sekolah milik Jihoon ke sofa lalu melabuhkan punggung di oermukaan sofa.
"Janganlah terlalu simpati dekat orang boleh tak. Macam mana orang tak buli kau kalau perangai kau lemah macam ni. Sejahat-jahat aku pun, aku tak pernah jentik atau sentuh kau sekali pun. Dia pukul kau teruk sampai kau trauma. Kau still nak pertahankan dia. Otak mana otak." marah Yoongi. Jihoon menunduk.
"Betul juga perbuatan Yoongi, Hoon. Dia patut dapat apa yang dia dah buat dekat kau." kata Soonyoung sambil menepuk bahu Jihoon.
"Ikut hyunglah. Jihoon okay je." ujar Jihoon. Yoongi mengeluh sebelum memeluk tubuh adiknya.
"Eomma dah amanahkan aku untuk cari dan jaga kau. Bila aku dapat tahu kau jadi macam ni, hati aku sakit Hoon. Kau adik aku. Aku abang kau, jangan di sebabkan ketakutan kau. Kau sorokkan benda tu. Kenapa kau tak beritahu appa yang kau kena buli" Soonyoung tersenyum nipis melihat perlakuan Yoongi.
"Keluarga Jeon rasuah appa untuk pertahankan mereka dan hukum aku. Appa tak pernah ambil tahu pasal aku, dia bagi duit belanja dekat aku selepas tu bertolak balik pergi luar negara." balas Jihoon. Yoongi mengeluh.
"Tak pe, aku akan balas perbuatan diaorang. Kau kena kuat, macam aku. By the way, bukan setakat Wonwoo kena cekik. Kena celup kepala dalam mangkuk jamban pun ada sekali." kata Yoongi. Jihoon membeliakan matanya. Seriuslah. Soonyoung ketawa kecil.
"Teruknya." ujar Soonyoung.
"Dia cari pasal dengan aku. By the way, mana janji kau bila aku dah tolong." soal Yoongi seraya mengangkat keningnya berkali-kali. Soonyoung menggulingkan matanya sebelum mengeluarkan sampul surat yang berisi duit. Yoongi mengambil dan melihat isi dalamnya.
"Thank you. Aku nak keluar pergi beli something." kata Yoongi.
"Jangan nak beli bebukan." pesan Soonyoung. Yoongi mengangguk lalu keluar dari rumah Soonyoung.
————
Kennot imagine kepala wonwoo masuk dalam mangkuk jamban-
Vote and comment❤
YOU ARE READING
[C] Everyone Is There? | Lee Jihoon|
FanfictionLee Jihoon, seorang lelaki yang sering di buli oleh pembuli sekolahnya sehingga trauma. Dia mempunyai abang kembar yang berpisah dengannya bertahun-tahun lamanya. Min Yoongi, kembar kepada Jihoon. Mempunyai watak yang lain dari watak adik kembarnya...