10🥀

42 11 2
                                    

Jihoon berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang akibat tidak makan semasa di sekolah tadi. Bajunya basah akibat Wonwoo sempat menjiruskannya air semasa lelaki itu melepaskannya.

Jihoon membuka pintu rumah lalu masuk ke dalam sebelum rebah di hadapan pintu. Yoongi yang melihat adiknya yang sudah terbaring lemah segera mendapatkannya.

"Jihoon, kenapa kau ni." Yoongi menepuk-nepuk bahu Jihoon. Tiada respon dari Jihoon. Yoongi melihat baju sekolah Jihoon basah dengan luka di dahi akibat hentakkan di dinding. Yoongi mengetap bibir.

"SOONYOUNG KAU JAGA JIHOON. AKU NAK PERGI JUMPA WONWOO!" teriak Yoongi lalu keluar dari rumah Soonyoung. Soonyoung keluar dari bilik dan memandang Jihoon yang berada di hadapan pintu.

"Ya Tuhan. Aku dah kata jangan datang sekolah. Degil betul." bebel Soonyoung lalu mendukung Jihoon dan meletakkan di atas sofa 

❁❁❁

Wonwoo yang berada balkoni rumah tersentak apabila telefonnya berdering. Wonwoo mengambil dan melihat nombor yang tidak di kenali.

"Yeobseyo?" tutur Wonwoo.

"Datang ke arah gunung masa kau buli aku dalam tujuh minit. Kalau tak datang, video tu aku sebarkan dalam masa satu minit. Ppali kalau kau anak jantan." ujar Yoongi dari telefon.

"Tch, kau ingat aku takut. Baiklah aku datang." kata Wonwoo lalu melemparkan telefon ke arah katil. Dia mula bersiap-siap.

Skip dekat gunung~~

Wonwoo melangkah ke arah gunung yang mempunyai satu pondok. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket jaketnya. Dia melihat sekeliling sama ada, ada kelibat Jihoon atau Yoongi.

"Mana kau, acah berani ugut orang. Diri tu tiada pula." ujar Wonwoo sinis. Seorang lelaki berada di belakang Wonwoo sambil memegang sebatang kayu besar.

"Kau ke aku?" soal Yoongi, Wonwoo memandang ke belakang dan tiba-tiba ada pukulan di kepalanya menyebabkannya jatuh pengsan. Yoongi melemparkan kayu itu sebelum mengheret Wonwoo ke puncak gunung. Dia mengambil tali lalu mengikat tangan dan kaki Wonwoo sebelum menggapai saloutip lalu menampal di mulut jejaka bemarga Jeon itu.

"Easy to beat you man." kata Yoongi sinis sebelum duduk di pondok itu. Dia bermain game sementara menunggu Wonwoo tersedar.

5 minit kemudian~~

Wonwoo tersedar dari pengsan. Dia melihat sekelilingnya. Dia ingin memegang kepalanya tetapi tangannya seolah-olah di ikat.

"Dah sedar?" soal Yoongi. Wonwoo meronta-ronta  meminta di lepaskan. Yoongi menarik kasar pelekat yang menampal di mulut Wonwoo.

"Lepaskan aku lah!!" teriak Wonwoo. Yoongi ketawa perlahan sebelum ketawa terbahak-bahak.

"Aku. Nak lepaskan kau? Tidaklah Jeon Wonwoo." ujar Yoongi sinis. Dia mencapai pisau kesayangannya lalu menunjukkan ke arah Wonwoo.

"Kau nak tahu, pisau ni aku tikam Ssaem Nara berkali-kali. Tepat di jantung. Terseksa aku tengok. Tapi itulah, baik dia mati dari hidupkan." kata Yoongi seraya tersenyum manis, tetapi membawa seribu makna.

"Kau pembunuh! Lepaskan aku lah! Jihoon please lepaskan aku." rayu Wonwoo. Yoongi menggelengkan kepalanya.

"No no no. Aku nak bunuh kau harini, sebab kau buli adik aku!! Kau ingat kau tu kuat sangat ke sampai nak sentuh adik aku!!" teriak Yoongi lalu menikam di tangan Wonwoo. Wonwoo menjerit kesakitan.

"Hyung!! Jangan bunuh dia." halang Jihoon yang sedang berlari-lari ke arah abangnya.

"Jihoon kenapa kau ke sini. Kau tak sihat, pergi balik." arah Yoongi. Jihoon menggelengkan kepalanya seraya menepis pisau yang berada du tangan Yoongi.

"Hyung please jangan bunuh orang. Hoon tak nak hyung masuk penjara. Hyung boleh buat dia gila atau mengalami tekanan mental macam Hoon" ujar Jihoon sayu. Wonwoo memandang kedua adik-beradik itu dengan pandangan pelik.

"Betul kata Hoon tu Yoongi, tiada guna bunuh orang kalau Jihoon tak rela." kata Soonyoung. Dia melihat Wonwoo yang sudah berlumuran darah di tangan.

"Korang siapa." soal Wonwoo.

"Aku Soonyoung, orang yang jaga Jihoon selama ni. Ini Yoongi, abang kembar Jihoon yang kau sangkakan ini Jihoon." balas Soonyoung tenang.

"Sebab tu aku boleh lawan kau s*al." maki Yoongi.

"Hyung lepaskan dia." pinta Jihoon. Yoongi mengeluh sebelum membuka ikatan kaki dan tangan Wonwoo.

"Bukan semudah itu." Yoongi terus menumbuk muka Wonwoo bertubi-tubi. Jihoon dan Soonyoung hanya membiarkan perbuatan Yoongi.

"J-Jihoon l-lepaskan a-aku lah." rayu Wonwoo. Yoongi melepaskan tumbukan kuat di mata Wonwoo.

"Lari  sebelum aku ubah fikiran." ujar Yoongi dingin. Wonwoo bangun lalu mula berlari. Yoongi dari atas puncak gunung hanya melihat larian Wonwoo.

"Hanna....

Dul....

Set...."

Bukk

Wonwoo jatuh akibat Yoongi menarik tali yang sudah di ikat di kaki Wonwoo. Wonwoo berguling-guling jatuh di tangga gunung. Yoongi tersenyum sinis.

"Soonyoung, aku rasa kau boleh telefon polis kut." kata Yoongi. Soonyoung ketawa kecil lalu mengeluarkan telefonnya. Jihoon hanya memeluk tubuh.

"Gila" ujar Jihoon sepatah. Soonyoung dan Yoongi hanya ketawa

"We are same dude." seloroh Soonyoung. Jihoon tersenyum.

——————

Oyeah oyeah dah nak habis---

Vote and comment ❤

[C] Everyone Is There? | Lee Jihoon|Where stories live. Discover now