Jihoon memakai baju sekolahnya, dia berniat nak datang sekolah. Dia melihat abangnya yang sedang lena tidur.
"Jihoon kau nak pergi mana?" tanya Soonyoung. Jihoon membalikkan badannya dan memandang jejaka bermata sepet yang masih berpakaian tidur bercorak harimau.
"Sekolah. Boleh lah hyung, aku dah lama tak pergi." balas Jihoon.
"Tak payahlah nanti kau kena buli." ujar Soonyoung. Jihoon mencebik.
"Tak lah, mesti diaorang dah takut sebab Yoongi hyung dah ugut memacam. Boleh Soonyoung." pujuk Jihoon seraya memegang tangan Soonyoung.
"Yelah, jaga diri tu" kata Soonyoung.
"Terima kasih hyung!" ucap Jihoon sebelum keluar dari rumah milik Soonyoung.
"Kyeopta" ujar Soonyoung di dalam hati. Dia tersenyum nipis.
❁❁❁
Jihoon masuk ke dalam sekolah dengan perasaan sedikit takut kerana dirinya bukan Yoongi. Dia berjalan melepasi pejabat Pengetua Kim tetapi dia berhenti akibat mendengar sesuatu.
"Pengetua Kim, saya bagi duit ni untuk buang Jihoon dari sekolah ni dan senarai hitamkan nama dia mana-mana sekolah biar dia tak dapat pendidikan yang betul."
"Ermm b-baiklah."
Jihoon menekup mulutnya apabila mendengar bicara Puan Jeon dan Pengetua Kim. Dia berlari masuk ke dalam tandas. Wonwoo yang melihat keadaan Jihoon yang lemah segera tersenyum sinis. Dia mencapai penyapu dan menuju ke tandas lelaki.
Wonwoo masuk ke dalam tandas tersebut lalu mengunci pintu tandas. Jihoon tersentak sebelum memandang Wonwoo yang tersenyum sinis sambil memusingkan penyapu tersebut sebelum melibas tepat di kepala Jihoon. Jihoon terjatuh, dia menggigil ketakutan.
"Aik lemah betul kau hari ni. Mana diri kau yang ganas." soal Wonwoo sebelum menjambak rambut Jihoon dan mengheret Jihoon masuk ke dalam salah satu tandas.
"Kalini kau pula yang rasa air jamban." kata Wonwoo lalu mencelup kepala Jihoon ke dalam mangkuk tandas berkali-kali.
"L-lepaskan aku Wonwoo." pinta Jihoon sedaya-upaya menepis tangan Wonwoo. Wonwoo melepaskan kepala Jihoon lalu menggapai paip getah.
"Aku rindu nak pukul kau. Biar hari ni aku buli kau secukupnya." Wonwoo terus melibas getah paip itu ke tubuh Jihoon. Jihoon mengerang kesakitan apabila tubuhnya di pukul benda keras.
"W-Wonwoo s-sakit." rintih Jihoon. Wonwoo menyepak perut dan menghentak kepala Jihoon di dinding. Jihoon menangis kesakitan. Wonwoo mencangkung di hadapan Jihoon lalu mencengkam rahang Jihoon.
"Aku suka tengok diri kau macam ni. Lemah, pengecut. Ada hati nak balas dendam. Sedar diri tu lemah. Lembik. Sikit-sikit nak menangis. Kau lelaki bodoh." ujar Wonwoo lalu menumbuk muka Jihoon. Tepi bibir Jihoon mula mengeluarkan darah.
"Kau duduk sini sampai balik. Kau tu layak dekat tandas je." Wonwoo bangun lalu keluar dari tandas sebelum mengunci pintu tandas tersebut.
Jihoon mengesot ke arah pintu dan mengetuk untuk menyuruh sesiapa membuka pintu. Pelajar itu mengabaikan ketukan pintu itu. Wonwoo tersenyum sinis.
"Hyung hiks tolong Jihoon. Jihoon takut hiks." ujar Jihoon di dalam hati. Dia menangis ketakutan. Mukanya di letakkan ke kedua lututnya.
——————
Vote and comment💝
YOU ARE READING
[C] Everyone Is There? | Lee Jihoon|
FanficLee Jihoon, seorang lelaki yang sering di buli oleh pembuli sekolahnya sehingga trauma. Dia mempunyai abang kembar yang berpisah dengannya bertahun-tahun lamanya. Min Yoongi, kembar kepada Jihoon. Mempunyai watak yang lain dari watak adik kembarnya...