PROLOG|🥀

71 10 3
                                    

Seorang lelaki berlari dari puncak gunung dalam keadaan tergesa-gesa. Dia lari daripada pembuli yang membulinya, keadaan dirinya amat teruk dengan dahi berdarah, mata lebam sebelah.

Dengan tidak sengaja, dia terlanggar akar kayu dan menyebabkan dia terjatuh bergolek-golek ke bawah. Dirinya mula melemah, nafas mula menghembus berat. Matanya semakin kuyu.

"T-tolong" ujarnya lemah sebelum matanya tertutup rapat. Pembuli yang berada di tangga gunung hanya melihat sosok lelaki terbaring lemah. Dia tersenyum sinis sebelum menelefon polis. Dia beredar dari situ.

❁❁❁

Hospital Daegu—

Jihoon tersedar dari pengsan. Dia memandang sekeliling yang hanya warna putih. Dia cuba bangun.

"Kamu dah sedar." tegur satu suara. Jihoon memandang orang yang menegurnya.

"Siapa awak?" soal Jihoon lemah. Tubuhnya terasa sakit dengan kepala yang di balut, lebam dia matanya.

"Saya Kim Seokjin dari Balai Polis Daegu menjumpai awak dalam keadaan tidak sedar diri di kawasan gunung. Boleh awak cerita apa yang terjadi semasa awak dekat sana." balas Seokjin. Jihoon menggeleng laju, dia mencengkam rambutnya akibat trauma. Dia segera mengusir bayangan di mana dia di buli oleh Wonwoo.

"Okay tenangkan diri awak. Awak mengalami trauma yang teruk akibat kecederaan mental dengan fizikal awak. Jangan paksa awak untuk ingat perkara buruk tu." kata Seokjin. Jihoon perlahan-lahan melepaskan tangannya daripada mencengkam rambutnya.

"Boleh saya tahu nama kamu?" tanya Seokjin.

"L-Lee J-Jihoon." balas Jihoon tergagap-gagap. Seokjin mengangguk.

"Saya keluar dulu. Kamu rehatkan diri kamu, jangan terlalu tertekan. Saya pergi dulu." pamit Seokjin lalu bangun dari kerusi dan menuju ke pintu wad.

"Kenapa aku tak mati je?"

—————

Awal awal dah ada scene orang tergolek-

Jihoon dalam ff ni macam lemah.

Jangan anggap ini in reality 

Vote and comment💝

[C] Everyone Is There? | Lee Jihoon|Where stories live. Discover now