Day 6

64 11 13
                                    

Kringg kringg

Loceng sudah berbunyi masa untuk pulang ke rumah...

"Baik semua pelajar, saya nak kamu siapkan latihan yang saya berikan itu dan hantar pada esok hari faham?" ujar Kim Saem sambil mengemas buku ke dalam begnya.

Semua pelajar didalam kelas membalas serentak.

"NAE KIM SAEM!"ujar mereka semua.

Kemudian

"Bangun!" Yeosang berdiri diikuti dengan pelajar-pelajar lain.

"TERIMA KASIH SAEM!" jawab mereka serentak. Kim Saem mengangguk lalu melangkah keluar dari kelas.

Pelajar lain cepat-cepat mengemas buku tulis mereka dan masukkan ke dalam beg sandang lalu keluar dari kelas. Namun Choi San terus ke meja Wooyoung lalu menolong mengemaskan buku tulis milik Wooyoung.

"Kau dah kenapa? Pi lah kemas buku kau tu...masukkan dalam beg kau pi lah..."ujar wooyoung pelik melihat perangai San ni.

"Alahh aku saja je nak tolong...kau tunggu jap tau aku nak masukkan buku aku dalam beg..."ujar San terkedek-kedek berlari ke mejanya dan memasukkan buku-buku tulisnya ke dalam beg sandangnya.

"Weyh Wooyoung ? Choi San? Taknak ikut kitorang ke lepak tempat biasa?"ujar Yeonjun. Mereka bertiga lepas pulang sekolah nak pergi melepak. Jangan risau😆 bukan pi kelab hanya pi lepak kat kedai tteokbeokki dekat simpang jalan sekolah tu je👁👄👁

Sedap woo tteokbeokki ajjumah tu😭

Wooyoung dan San menggeleng serentak.

Tetiba je boleh serentak😭

Yeonjun, Changbin dan Joochan pergi meninggalkan Wooyoung,San, Yunho dan Mingi didalam kelas.

"Weyh Mingi cepat lah! Kata nak balik sama kau ni lambat betul kemas buku!"ujar Yunho diluar kelas.

"Sekejap beruk...nak zip beg ni!" jawab Mingi. Dari tadi sibuk mengezip beg sandang dia yang tak dapat di zip.

"Wooyoung? Choi San ? Aku dengan Mingi gerak dulu tau babai!"ujar Yunho lalu menarik Mingi.

Sekarang hanya tinggal mereka berdua sahaja. Wooyoung keluar dari kelas bersama San. Mereka berdua akan pulang bersama hari ini. Ibu San tidak dapat mengambil San dari sekolah jadi terpaksalah dia berjalan kaki pulang dari sekolah.

Namun itu yang San mahukan. Dia mahu pulang bersama Wooyoung dengan berjalan kaki daripada naik kereta bersama ibunya. Dia mahu berdikari. Melihat keadaan Wooyoung yang hanya memiliki seorang ibu dan kehilangan ayahnya membuatkan San ingin menjadi seperti Wooyoung. Dia kuat hadapi semua dugaan itu.

Kadang-kadang dia akan terfikir jika dia juga kehilangan ibu atau ayahnya adakah dia akan kuat seperti Wooyoung?
Mempunyai keluarga yang lengkap tidak semestinya bahagia dan itu yang San fikirkan. Dia mempunyai ibu dan ayah juga hidup dengan kekayaan namun satu kebahagian yang sebenar langsung tidak dapat dirasainya.

Mereka berjalan keluar dari kawasan sekolah.  Sambil itu sempat juga mereka berbual panjang.

"Weyh Wooyoung apa kata kita pi lepak dekat taman yang dekat dengan rumah kau tu nak tak?" ujar San bersemangat.

"Tak boleh...eomma kau mungkin akan marah nanti kalau tahu kau balik sekolah...kau lepak kat taman..."ujar Wooyoung. San yang bersemangat tadi terus je sedih. Baru nak lepak dekat taman.

"Aku bukan apa tau... aku cuma nak luangkan masa dengan kau... nanti kalau tak sempat macam mana? Kita bukan tahu apa-apa yang akan jadi nanti betul tak? Aku nak kau tahu yang kau seorang je yang boleh buat aku rasa gembira...bila berkawan dengan kau Wooyoung aku rasa hidup aku bahagia..."ujar San. Wooyoung berhenti berjalan.

Air matanya mengalir. Kata-kata San buatkan dia ingin menangis disitu.

"Mula dari hari ni...Choi San aku nak kau cari kawan baru...jangan muncul depan muka aku lagi dan kalau kau terserempak dengan aku ke tolong buat-buat tak kenal..."ujar wooyoung lalu berlari meninggalkan San yang terpinga-pinga disitu.

"WOOYOUNG!? YAHH JUNG WOOYOUNG!? TAKKAN KAU NAK TINGGALKAN AKU WOII!" jerit San hampir-hampir nak terkeluar anak tekak.

"Uhuk uhuk.."terbatuk-batuk San dibuatnya.

"Haih! Apa kena dengan Wooyoung tu? Ditinggalnya aku dah kenapa? Pastu suruh cari kawan baru lah buat-buat tak kenal lah...tiba-tiba je?"ujar San seorang diri. Terpaksalah dia balik ke rumah seorang diri sekarang...

Tbc-

Enjoy reads
Maaf kalau chapter ni pendek hiks😅
Jangan lupa vomment😆

Maaf kepada sesiapa yang menunggu ff ni author sibuk dengan sekolah yelahh author ni bebudak spm 😭

Apapun enjoy reads thanks❤❤

jyj98_yayahsanshinemecatiyahaitienyz

𝑵𝒆𝒘 𝑭𝒓𝒊𝒆𝒏𝒅'𝒔~𝙒𝙤𝙤𝙎𝙖𝙣Where stories live. Discover now