Day 7

70 13 19
                                    

Malam kian menjelmakan langit yang gelap. Sudah pukul 12.00 tengah malam.

Choi San duduk dikerusi meja belajarnya sambil mengesat air mata yang tidak henti-henti mengalir. Wajahnya benar² kelihatan sembab. Semuanya disebabkan perkara yang berlaku ketika dia sampai di rumah setelah berjalan kaki pulang dari sekolah.

Ibunya Puan Choi memarahinya atas sebab yang tidak munasabah.
Selepas itu, kaitkan dengan Wooyoung pula...

Sungguh San tidak memahami apa yang dimahukan oleh eomma dan appa nya.

Flashback

Dalam sejam lebih San berteduh di bawah sebuah gerai Tteokbeokki. Hujan turun dengan sangat lebat terpaksa lah dia mencari tempat berteduh dahulu. Jam pula menunjukkan pukul 7.45 pm.

Kerana takut akan eommanya yang akan memarahinya, San berlari pulang dalam keadaan hujan turun dengan lebat itu.

Akhirnya dia sampai di rumah tepat pukul 8 malam. Baju sekolah yang dipakainya basah kuyup disebabkan berlari di dalam hujan.San masuk ke dalam rumah dengan segera.

"Eomma! San dah balik..." teriak san. Ibu bapanya yang sedang duduk diruang tamu itu segera berjalan ke arah San.

"Balik pun kamu...lewat sangat dah ni...kenapa tak telefon eomma?"ujar Puan Choi.

"Dekat luarkan hujan...San cari tempat berteduh sekejap tadi...sekarang San nak mandi...San penat..."ujar San dia terus naik ke bilik namun ayahnya memanggilnya.

"Choi San tunggu sekejap! Eomma kamu tengah bercakap...tolong hormat boleh tak? Appa tak pernah ajar kamu jadi kurang ajar macam ni tahu tak?!"ujar Encik Choi.
Telapak tangan Encik Choi dilayangkan ke pipi San secara mengejut.

Kepala San tertoleh ke sisi.

Puan Choi segera menghalang suaminya takut sebuah tamparan dilayangkan lagi pada San.

"Kenapa awak pukul anak kita?! " ujar puan choi sambil memegang pipi San yang sudah memerah.

San memandang appanya dengan air mata yang mengalir.

"Saya pukul bersebab...anak awak ni pandai menipu kita tahu tak?! " ujar encik choi dengan nada ditinggikan.

"Yang awak nak menjerit ni kenapa? San tipu apa? Saya tak pernah ajar San menipu tahu tak! Awak jangan fitnah anak kita macam tu!"ujar puan choi. Dia menjadi emosi. Cuba mempertahankan San satu² nya anak kesayangannya.

"Ini apa?"ujar encik choi. Dia menyerah sebuah buku tulis yang mengandungi pelbagai catatan nota subjek mata pelajaran yang diberikan oleh Wooyoung.

San terus merampas buku itu dari tangan appa nya. Dia memeluk buku itu supaya eomma dan appa nya takkan dapat merampas kembali buku itu.

"Sannie buku siapa tu? Bagi tahu eomma sekarang jugak? Ianya milik budak tak guna tu ke? CHOI SAN?!"puan choi tidak dapat menahan amarahnya. Dia meninggikan suaranya pada San namun San tidak sedikit pun terganggu.

San berjalan menuju ke biliknya dan menghiraukan ibu bapanya. Anak tangga yang pertama dipijaknya. Dia memandang ke arah eommanya.

"Eomma tahukan dia ada nama? Nama dia Jung Wooyoung eomma...bukan budak tak guna...cukuplah panggil dia tak guna eomma...dia kawan San...kawan baik San..."ujar San lalu berlari menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Puan Choi tidak mampu berkata-kata.

Encik Choi pula pergi meninggalkan isterinya di situ seorang diri.

End flashback

San mengesat air matanya. Sudah 12.30 malam. Dia melihat buku tulis yang telah diletakkan kembali ke tempat asalnya.

"Maafkan aku wooyoung ahh..."ujar San. Kemudian dia bangun dari kerusi meja belajarnya dan baring ke atas katil.

Dia mahu tidur supaya dia dapat lupakan perkara yang terjadi sebentar tadi.

Namun wooyoung pula yang berada di rumahnya masih lagi tidak tidur. Dia duduk diatas katilnya sambil tangannya memegang telefon berjenama Samsung miliknya. Aplikasi untuk merakam dibukanya.

Dia mengambil nafas kemudian dilepaskan perlahan-lahan.

Dia menekan butang start pada aplikasi didalam telefonnya.
Dia bersuara.

"San ahh? Ini aku Jung Wooyoung...pasal hal tadi aku minta maaf...aku tak bermaksud nak cakap macam tu pada kau...semenjak beberapa minggu ni emosi aku turun naik...adakala aku rasa nak marah...menangis...gembira...perasaan yang muncul tu macam-macam dan aku ada rahsiakan sesuatu pada kau...a-aku minta maaf sangat²...a-aku sakit San...sakit kanser kemungkinan dah tahap 3 mungkin 4...hidup aku dah tak lama San...jadi tujuan aku rakam suara aku ni untuk beritahu pada kau yang...apa yang aku jerit pada kau tu sangat penting...aku taknak kau sunyi San ahh...diorang semua ada dengan kau dan yang terakhir sekali ikut cakap eomma dan appa kau...walaupun kau rasa ianya perkara remeh...mereka tahu apa yang terbaik buat kau...beritahu mereka yang aku minta maaf kalau aku ada buat salah...annyeong Choi San dari sahabat baik kau Jung Wooyoung..."

Butang stop ditekannya. Rakaman suara tersebut disimpan dan ditaip nama Woosan. Air mata Wooyoung mengalir.
Dia harap San akan dengar rakaman suara ini setelah dia pergi...

Wooyoung meletakkan telefonnya diatas meja disebelah katilnya. Dia berbaring dan berkata sesuatu.

"Eomma...woo tidur dulu ya? Jangan risau pasal woo lagi sebab woo nak tidur lama ni...jaga kesihatan eomma ya? Saranghae eomma..."kata-kata itu diucapkan wooyoung sebelum matanya tertutup. Dia telah berada dialam mimpi kemungkinan sahaja dia tidak lagi bangun dari tidurnya esok hari...

Nah chap seterusnya🤡
Baca jangan tak baca...
Han tak tahu lah sedih ke tidak 😀
Hampir tamat ya ff ni annyeongg
Vomment pleaseu⚘❤

jyj98_JustMine-VAlyaa_HusnaHanquokkaLeebitgyu95s
Sorry random tag😀❤

𝑵𝒆𝒘 𝑭𝒓𝒊𝒆𝒏𝒅'𝒔~𝙒𝙤𝙤𝙎𝙖𝙣Where stories live. Discover now