Day 8

43 8 2
                                    

Enjoy!❤

Ting! Ting!

Bunyi nada dering dari telefon mengejutkan Puan Jung dari tidur. Dia melihat jam yang tergantung di dinding menunjukkan pukul 7.45 pagi. Dia bingkas bangun dan menyediakan sarapan.

Setelah menyiapkan sarapan. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Puan Jung perlu mengejutkan Wooyoung untuk bersiap sedia ke sekolah. Bukan apa kerana walaupun Wooyoung telah mengunci jam dan nada dering nya telah ditukar ke bunyi yang lebih kuat tetap tidak bangun.

Langkahan kaki Puan Jung perlahan menaiki tangga ke bilik anaknya. Setelah sampai pintu diketuk dua ke tiga kali sambil memanggil nama anaknya.

Tok! Tok! Tok!

"Wooyoung sayang bangun cepat? Kamu tak nak terlambat ke sekolah kan? Cepat bangun?" ujar Puan Jung. Dia sedikit hairan kerana tiada respon daripada anaknya. Suara pun tiada sedikit terdengar.

Puan Jung terus membuka pintu bilik Wooyoung dan berjalan ke arah katil yang terdapat tubuh milik Jung Wooyoung yang sedang tidur.

"Jung Wooyoung bangun cepat? Kamu tidur lambat ke semalam? Bangun cepat? Anak eomma ni bangun cepat sayang?"ujar Puan Jung sambil mengelus lembut rambut anaknya. Namun tiada langsung pergerakan. Puan Jung memutarkan tubuh Wooyoung yang sedang menghadap ke dinding supaya menghadap ke arahnya. (Ayat berbelit sikit harap boleh imagine)

Wajah Wooyoung kelihatan pucat dan bibirnya juga. Puan Jung segera menggerakkan tubuh Wooyoung sambil memanggil nya.

"Wooyoung sayang? Wooyoung anak eomma tolong bangun? Tolong bangun sayang? Wooyoung ahh?!" Puan Jung berkali-kali memanggil namun tiada respon daripada anaknya. Air mata mula bertakung. Wooyoung tidak sedarkan dirinya.

Situasi menjadi cemas. Puan Jung segera berlari ke biliknya dan mengambil telefon. Dia mahu menelefon ambulans.

Nombor 119 ditekan segera. Puan Jung menunggu dengan keadaan yang cemas. Panggilan itu akhirnya tersambung.

"Tolong anak saya tak sedarkan diri...saya tak tahu nak apa lagi ni...tolong saya cik?" ujar Puan Jung. Dia menangis kerana takut anaknya akan pergi meninggalkan dirinya.

"Puan sila bertenang...saya Kim Hyeju akan bantu Puan...pertama sekali beritahu keadaan anak Puan ketika ini...nama dan sejarah penyakit yang pernah dihidapinya atau sedang dihidapinya ketika ini..."ujar perempuan itu. Puan Jung berlari ke dalam bilik dan duduk di samping Wooyoung.

"Keadaan dia tak sedarkan diri sekarang...na-nama Jung Wooyoung sedang menghidapi penyakit kanser otak tahap 3...Wooyoung sayang bangunlah? Hiks hiks"ujar Puan Jung. Air matanya mengalir.

"Baik Puan...ambulans akan sampai dalam beberapa minit lagi...sila bertenang ya Puan..."telefon dimatikan. Puan Jung memegang tangan Wooyoung erat sambil memanggil namanya.

"Wooyoung sayang kamu boleh bertahan kan? Bertahan untuk eomma sayang...jangan tinggalkan eomma...hiks hiks hiks..."

Puan Jung berharap anaknya bertahan melawan penyakit itu. Tiada satu pun yang penting melainkan anaknya sendiri.

Beberapa minit kemudian ambulans tiba dirumah Puan Jung. Wooyoung dikejarkan ke hospital dengan segera.

☆☆☆

Di sekolah

Kelihatan Yunho dan Mingi sedang mengawasi pelajar yang lambat hadir ke sekolah.

"Weyh asal aku tak nampak eh...muka si Wooyoung tu?"ujar Mingi pada Yunho.

"Aku rasa tak sedap hati ni...tengok San tadi pun datang sekolah sorang-sorang...selalunya dengan Wooyoung..."ujar Yunho. Wajahnya kelihatan risau. Risau dengan penyakit yang Wooyoung hidap sekarang.

"Yahh Mingi aku nak telefon Wooyoung jap eh?"ujar Yunho lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan nombor Wooyoung.

Panggilan itu diangkat. Kedengaran suara seorang makcik. Rupa-rupanya eomma Wooyoung yang menjawab panggilan Yunho.

"Ouh...ajjumah? Mana Wooyoung ya? Dia datang sekolah tak? Saya ni kawan dia...Jeong Yunho..."ujar Yunho.

"Kamu kawan anak ajjumah? Wooyoung sekarang berada dihospital... dia tidak sedarkan diri...ajjumah sedang tunggu keputusan daripada doktor tentang keadaan dia..."ujar Puan Jung. Suara kedengaran serak-serak basah akibat menangis sebentar tadi.

Yunho kaku mendengar kata-kata Puan Jung. Hospital? Wooyoung berada dihospital? Dia memandang Mingi dengan tatapan sedih.

"Baiklah ajjumah...saya datang ke sana sekarang..."ujar Yunho. Ya, dia mahu ke sana sekarang. Dia takut jika Wooyoung terpaksa meninggalkan mereka semua.

Sebaik sahaja tamat panggilan itu. Yunho terus berlari menuju ke dalam kelas untuk memberitahu San.

Di dalam kelas San sedang mengulang kaji subjek mata pelajaran kerana peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi.

"Choi San?! San?" suara Yunho mengejutkan San yang sedang khusyuk mengulang kaji.

"Kau dah kenapa? Terjerit-jerit?"ujar San. Pelik lihat perangai Yunho tiba-tiba sahaja berubah sebegini.

Yunho berjalan ke arah San. Sampai sahaja dihadapan San dia tidak dapat mengeluarkan satu pun kata.

"Dah kenapa kau ni? Aku ada buat salah ke?" ujar San.

"Wooyoung...dia ada dekat hospital...aku telefon Puan Jung tadi...dia beritahu yang Wooyoung tiba-tiba je tak sedarkan diri..." beritahu Yunho pada San. Dahi San automatik mengerut.

"Apa maksud kau ni? Hahaha jangan merepek lah! Wooyoung tu mesti malas nak jumpa aku...yelah semalam tengking aku tiba-tiba...aku dah tahu taktik sebenar dia... kita orang berdua tengah gaduh sekarang ni...lebih baik kau jangan masuk campur...dah-dah jangan gelabah sangat..."ujar San. Dia duduk kembali dan sambung mengulang kaji.

"San aku tak main-main...Wooyoung betul-betul sakit...dia rahsiakan penyakit dia pada kita semua...aku seorang je dah tahu dia hidap penyakit kanser...aku takut kita dah tak sempat nak jumpa lagi..."ujar Yunho. San berhenti menulis dia memandang Yunho.

"Apa maksud kau Wooyoung sakit? Dia tak bagi tahu aku pun yang dia ada kanser? Kau nak tipu aku kan Yunho? Hah?! Kau tipu kan?! Yahh! Kau main-main je kan?! " nada suara San menjadi sedikit tinggi. Dia memegang kolar baju Yunho dan menggoncang tubuh Yunho kuat.

Yunho menahan air matanya daripada mengalir. Kepala di angguk perlahan.

"Aku tak tipu San..."ujar Yunho. Kolar bajunya dilepas kasar. San berjalan ke arah mejanya dan mengemas semua barangnya. Beg sandang dipakai dan dia berjalan keluar dari kelas.

Yunho tak mampu menahan San daripada pergi. San patut pergi bertemu dengan Wooyoung. Siapa tahu ini mungkin kesempatan terakhir bagi dua sahabat ini untuk bertemu...

Tbc-

jyj98_NurShifaInsyirahkimhani_1117snowynteryAdrianaaabalqisssBeasya_xxybaexx

Sorry random tags💜
Btw ada dalam 2 ke 3 chap je lagi lepastu dah end...
Sorry lambat update✋

𝑵𝒆𝒘 𝑭𝒓𝒊𝒆𝒏𝒅'𝒔~𝙒𝙤𝙤𝙎𝙖𝙣Where stories live. Discover now