Day 9

45 8 0
                                    

Di hospital

Sebuah teksi berhenti dihadapan hospital. San yang berpakaian sekolah keluar dari perut kereta itu. Dia berjalan ke arah kaunter pertanyaan yang berada tidak jauh daripada pintu masuk.

"Cik tumpang tanya? Pesakit yang bernama Jung Wooyoung...biliknya di mana ya?"soal San pada jururawat di situ.

"Pesakit tersebut berada di bilik I.C.U di tingkat tiga..."ujar jururawat itu. San langsung berlari ke arah lift yang berada tidak jauh dari kaunter tersebut. Dia masuk dan menekan nombor 3 pada tombol yang disediakan.

Dalam beberapa minit kemudian lift itu berhenti di tingkat tiga. San berjalan keluar dan mencari bilik rawatan kecemasan I.C.U.

Disepanjang koridor hospital itu sungguh sunyi dan langkahan kaki San menjadi perlahan apabila dia melihat bilik rawatan kecemasan I.C.U yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Sebuah katil yang ditolak keluar dari dalam bilik rawatan kecemasan itu dipandang sepi dan telinganya menangkap suara tangisan seorang wanita baya 40-an yang sedang menangis.

Ya, itu suara tangisan Puan Jung. Eomma Wooyoung.

Air mata San mengalir sebaik sahaja mendengar rintihan dan tangisan Puan Jung yang memanggil nama Wooyoung berulang kali.

Dia berjalan perlahan ke arah mereka. Sampai sahaja disana San menyebut nama Wooyoung sambil mengalir air mata.

"Wooyoung? Apa yang kau buat ni? Kenapa kau tidur dekat sini? Wooyoung ahh? Hiks hikss..." San sibuk menggoncang tubuh Wooyoung perlahan supaya dia sedar. Namun hakikatnya dia tidak mahu Wooyoung pergi meninggalkannya. Suara tangisannya memecahkan kesunyian di situ.

Eomma Wooyoung. Puan Jung memegang bahu San sambil berkata

"San, kesian dekat Wooyoung..."ujar Puan Jung. San perlahan-lahan melepaskan genggaman tangannya pada telapak tangan Wooyoung. Jasad tidak bernyawa Wooyoung dibawa ke bilik mayat untuk dituntut oleh ahli keluarganya.

"San, kamu tak patut ada di sini...balik lah nanti eomma appa kamu risau.." nada suara rendah milik Puan Jung menyedarkan San kembali. San menoleh memandang Puan Jung. Setitis air mata mengalir dari tubir matanya dengan perlahan suara tangisan San semakin kedengaran.

"Wooyoung... San tak nak tinggalkan Wooyoung...San kena ada dengan dia...kalau boleh San nak mati juga ajummah... dia satu-satunya kawan San..." air mata San tidak berhenti mengalir. Dia mahu duduk di situ untuk menemani Wooyoung.

Malahan Puan Jung juga tewas melihat tangisan kawan anaknya yang tidak lagi berhenti. Perasaan sebak di dadanya semakin menggunung dengan kehilangan anaknya serta terpaksa melihat tangisan kawan baik Wooyoung.

Sungguh ini adalah kehilangan yang paling menyeksakan buat dirinya.

Tag:jyj98_ivyrosethNurulMaisaraMohdZaidstamidztinyxxybaexx

Random tag sorry✋😔

Enjoy next chap❤

Vote and comment juseyo💜💜
Maaf sebab lambat update fanfic ni✋😅

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 18, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝑵𝒆𝒘 𝑭𝒓𝒊𝒆𝒏𝒅'𝒔~𝙒𝙤𝙤𝙎𝙖𝙣Where stories live. Discover now