0.01| his little monkey

831 70 136
                                    

chaerim berdiri di hadapan pintu rumah. Air liur ditelan gugup sebelum perlahan-lahan dia memusingkan tombol pintu. Kepala dijengukkan ke dalam, menghela nafas lega sebaik sahaja melihat suasana ruang tamu yang sunyi dan kosong.

Mesti beruk tua tu dah tidur, batin chaerim sebelum melangkah masuk ke dalam rumah dengan tenang.

"ehem-" deheman seseorang membuatkan langkah chaerim terhenti. Matanya membulat, kakinya tiba-tiba membeku di situ.

"bagus, balik pon kau. ingatkan kalau tak balik-balik sampai esok, aku nak call lori sampah ambil semua barang-barang yang ada dalam bilik kau tu. lepastu, bilik tu aku nak bagi kat sugar baby aku nanti."

chaerim tersengih kaku, mata dilarikan agar tidak bertentang dengan mata lelaki tua itu.

"P-pa, chae ada kelas tam-"

"Banyak lah kau punya kelas tambahan. Tak ada alasan lain ke kau nak bagi? Kau ingat aku tak tahu kau ponteng sekolah? Miss Joy call aku tadi mengadu yang kau panjat pagar waktu rehat ! Aku baru nak ngorat dia tapi kau dah memalukan aku. Menyesal aku buat kau dulu, kalau aku tahu dapat anak beban macam ni dah lama aku buang kat bawah jambatan."

"Papa suka miss Joy? Ew, miss Joy pun tak sudi nak kahwin dengan orang tua kurang belaian macam papa ni."

Selepas mengatakan itu, chaerim terus berlari menaiki tangga meninggalkan sang ayah yang sudah melemparkan 1001 kata cinta di bawah sana.

"Yah, anak setan! Kau turun sekarang!"

"Exactly! chae kan anak papa." sempat lagi chaerim bersuara sebelum masuk ke dalam bilik.

kim seokjin, duda berusia 42 tahun itu hanya mampu menarik dan menahan nafasnya selama 5 saat sebelum dihembuskan dengan perlahan dan tenang.

"Okay, seokjin... Sabar. Jangan marah-marah, nanti cepat tua. Kata nak jadi worldwide handsome." dia mengelus dada sebelum matanya secara tidak sengaja melihat ke arah sepasang stokin sekolah yang sudah terletak di atas sofa.

"Woi, kau ingat aku ni bibik kau ke, hah?! Kau kutip balik stokin busuk kau ni!! "

.
.
.

"chae!" panggil seseorang membuatkan yang dipanggil menoleh. chaerim terus berhenti di tengah-tengah koridor, menunggu sang sahabat datang menghampirinya. Min Gaeun dan Ryu Womi.

"chae, kau pergi mana dengan Jay semalam sampai pukul 2 pagi? Papa kau call aku tahu tak? Nasib baik aku pandai cover kau, aku kata kau ada kat rumah aku! kalau tak habis papa kau mengamuk."

Chaerim terkejut apabila Gaeun tiba-tiba memeriksa keadaan tubuhnya. Seketika, dahi gadis itu berkerut samar. "Pelik.... Semalam anniversary kau dengan Jay kan? Korang tak buat apa-apa ke? I mean, kau dengan Jay kan dah couple 3 tahun tak kan dia tak ajak kau buat tu...."

"Buat apa?" tanyanya balik. Langkah diambil menuju ke kelas.

semua orang tahu, kim chaerim, anak tunggal kepada kim seokjin si duda hot kaya-raya itu merupakan pembuat onar paling wanted di sekolah. Hobinya panjat pagar sekolah, port lepak kat dalam tandas perempuan. Tak de taste? Memang. Murid lain yang sudah terkentut-kentut menahan berak pun sanggup berpatah balik apabila melihat chaerim and the geng sudah menguasai tandas.

Kata mereka, lebih baik kena sembelit dari berurusan dengan chaerim.

Chaerim paling anti dengan murid nerd dan lemah. Rutin hariannya adalah membuli pelajar. Tak kira senior atah junior, semuanya jadi korban buli chaerim. Melampau bukan? Guru-guru juga sudah lali dengan kelakuan chaerim yang mengalahkan anak monyet itu. Mereka dah tak sanggup, tak kuat, tak larat, nak pencen aja katanya. Mengurus chaerim itu payah, tetapi nak bertindak lebih pun tidak boleh memandangkan ini sekolah swasta.

just into you ; yeonjun √Where stories live. Discover now