0.18| his spoiled girlfriend

471 61 180
                                    

Siapa sangka, Yeonjun benar-benar menemani Chaerim ponteng kelas matematik. Mereka memanjat pagar lalu menaiki bas untuk ke Gangnam. Yeonjun setuju sahaja. Secara tidak langsung, ini akan menjadi dating pertama mereka.

Tempat pertama yang mereka kunjungi ialah salon rambut. Mereka sudah memutuskan untuk mewarnai nya kembali menjadi hitam.

Alang-alang sudah ke Gangnam, Chaerim pun mengajak untuk mengunjungi rumah nenek mereka di sana. Sudah lama rasanya tidak bertemu dengan wanita tua itu.

Jika kalian menyangka rumah Puan Kim terletak di kawasan kampung, kalian salah. Malah, rumah Puan Kim juga lebih besar daripada rumah ibu bapa mereka. Dan yang paling Chaerim suka, di halaman rumah sang nenek ada sebuah kolam renang yang besar! Benar-benar mengujakan!

Chaerim duduk mencangkung di tepi kolam. Tangannya mula bergerak untuk memainkan air tersebut. Sesekali dia akan ketawa kecil merasakan dinginnya air itu menyentuh kulitnya. Yeonjun hanya diam memerhati, sebelum satu idea tiba-tiba terlintas di kepala.

"Chaerim-"

"Nae?" Belum sempat Chaerim berdiri dan memusingkan tubuh menghadap lelaki itu, Yeonjun tiba-tiba menolaknya. Mata Chaerim membulat. Tangannya juga tidak sempat berpaut pada mana-mana membuatkan dia terus tercebur ke dalam kolam.

Splash!

"Arh! Oppa! Chae tak... Chae tak pandai berenang!" pekik Chaerim. Tangannya terkapai-kapai kelemasan. Malah kepalanya juga sekejap tenggelam, sekejap timbul.

Awalnya, Yeonjun menyangka Chaerim hanya mempermainkannya. Namun, tiba-tiba sahaja kawasan kolam itu menjadi sepi. Tiada lagi percikan air. Chaerim juga sudah tidak kelihatan.

"Chaerim?" Tiada sahutan.

Yeonjun mula cemas. Baju ditanggalkan lalu dengan segera di terjun ke dalam kolam. "KIM CHAERIM!"

Bersusah payah dia berenang ke kawasan Chaerim tenggelam tadi. Ada bayangan baju biru di dalam sana membuatkan Yeonjun semakin cemas. Dengan cepat dia menarik baju itu keluar daripada air. Chaerim sudah pun tidak sedarkan diri di dalam dakapannya.

"Chaerim!" wajah basah nan pucat Chaerim terlihat jelas di matanya. Yeonjun hampir menangis jika Chaerim tidak tiba-tiba membuka mata. "BAA!"

Yeonjun membeku manakala Chaerim sudah ketawa puas melihat reaksi yang ditunjukkan Yeonjun.

"Ha padan muka. Tu lah, jahat lagi dengan Chae."

Namun sedetik kemudian tawa Chaerim serta merta terhenti apabila Yeonjun tiba-tiba sahaja memeluknya erat. Chaerim terkejut apabila merasakan tubuh Yeonjun bergetar. Apa lelaki ini menangis?

Tetapi lebih mengejutkan apabila Chaerim baru menyedari yang Yeonjun tidak mengenakan baju. Lelaki itu memeluknya dengan keadaan half naked membuatkan suhu badan Chaerim naik dengan serta merta. Nasib baik tidak nose blead disitu.

"Sorry, hiks... Jangan buat aku macam ni lagi. Aku takut-"

"Ta-tak pe... Janganlah nangis."

Chaerim melepaskan pelukan. Membuatkan mata mereka saling bertentang, sebelum mata wanita itu tiba-tiba tertuju pada bibir sang kekasih. Entahlah. Setelah merasakannya sekali, Chaerim jadi ketagih untuk mencubanya lagi.

Ini semua salah Yeonjun! Siapa suruh cium dia kat toilet haritu.

"You know... I'm addicted to the feeling of your lips of mine."

Faham dengan apa yang dimaksudkan Chaerim, pipi Yeonjun membahang panas. Namun begitu, dia tak menafikan yang dia juga menyukai bibir ranum wanita itu. Mata dipejam sebaik sahaja melihat Chaerim mula mendekatkan wajah mereka. Yeonjun sedikit menunduk untuk memudahkan gadis yang lebih pendek itu melakukan kerjanya.

just into you ; yeonjun √Where stories live. Discover now