seven years later
.
.Asap rokok di mana-mana. Bau alkohol yang menyengat, detuman muzik yang memekakkan telinga dan sekumpulan orang yang sedang menari adalah pemandangan yang Kang Taehyun lihat malam ini.
Lelaki itu berdecak kesal. Dia hampir sahaja terbuai mimpi sebelum pihak bar tiba-tiba menghubunginya tadi, mengadu tentang seorang perempuan mabuk yang mengacau pengunjung-pengunjung lain. Taehyun terkejut. Sangat, malah!
Mana tidaknya? Perempuan yang mabuk itu ialah artis jagaannya, Kim Chaerim.
Taehyun stress! Jadi manager kepada Chaerim itu payah! Gadis berumur 23 tahun itu hanya melakukan apa sahaja yang dia mahu, tanpa memikirkan masalah yang bakal menimpanya. Taehyun sudah menasihatkan benda yang sama berulang-ulang kali. Namun, gadis itu benar-benar keras kepala!
Bagaimana jika ada media yang menyebarkan hal ini? Chaerim boleh terkena scandal besar, dan itu akan membahayakan kariernya nanti. Terlebih lagi semua orang sudah tahu yang Chaerim sudah bertunang. Walau begitu, identiti sang tunang masih dirahsiakan sehingga kini. Malah, Taehyun sebagai manager pun tidak tahu siapa lelaki malang itu.
"Kim Chaerim..." desis Taehyun, langkah diambil dengan tergesa-gesa.
Dari jauh dia sudah dapat melihat, Chaerim sedang duduk di atas riba seseorang lelaki. Jari lentiknya sedang membuka satu persatu butang kameja lelaki itu. Manakala, lelaki itu hanya diam melayani permainan Chaerim. Pinggang Chaerim juga diremas seduktif.
Belum sempat Chaerim bertindak lebih, Taehyun lebih cepat menahan tangan gadis itu. "Jom balik."
"Kau sape? Aku tak nak balik!"
"Balik!" Lengan Chaerim ditarik geram. Namun, lelaki tadi lebih cepat menahan pinggang Chaerim agar kembali duduk di atas ribanya. Taehyun terus menoleh, menatap lelaki itu dengan tajam. Manakala yang dipandang hanya tersenyum sinis.
"Kim Chaerim, 23 tahun. Model sekaligus actor. Anak tunggal CEO Jinhit, Kim Seokjin. Status, sudah-"
"Berapa kau nak?" potong Taehyun bosan. Sudah faham yang lelaki ini sedang mengugutnya. Kalau tidak diberi duit, lelaki ini akan menyebarkan berita mengenai Chaerim kepada media. Benar-benar menyusahkan!
"Tak banyak. Dalam 5 juta?"
"Nanti aku transfer -"
Tanpa Taehyun sedari, Chaerim sebenarnya sudah pun terlepas daripada lelaki tadi. Kini, dia sedang menganggu lelaki lain.
"Oppa~" Chaerim tersenyum khayal. Kepala dilentokkan manja pada dada lelaki itu. "-Chae rindu oppa. Oppa tak rindu Chae ke?"
"Mestilah rindu, sayang." Lelaki itu sudah tersenyum jahat. Dia tahu gadis ini sedang mabuk. Jadi, itu akan memudahkan urusannya untuk memiliki gadis ini sepanjang malam.
"Be-betul ke? Tapi oppa tak pernah call Chae. Oppa dah tak sayang Chae kan? Oppa dah ada perempuan lain. Hiks Ch-Chae dah agak." Chaerim memukul dada lelaki itu sebaik sahaja melihat ada seorang jalang yang dari tadi setia berada disisi sang lelaki. Jalang itu sudah mendengus menyampah.
"Mana ada, sayang. Oppa cuma sayang Chae sorang je-" katanya lalu memberi isyarat kepada rakan-rakannya untuk mengangkut gadis ini ke dalam kereta. "-sebagai buktinya. Jom ikut oppa malam ni. Oppa nak tunjukkan sesuatu kat Chae."
"Jin-"
"Tunjuk kat Chaerim je ke? Aku tak nak tunjuk?" serentak dengan itu, satu tumbukan pun melayang pada wajah si lelaki. "Arh-" lelaki itu terus memegang batang hidungnya. Sial, ada darah yang mengalir di sana. Pasti batang hidungnya sudah patah!
YOU ARE READING
just into you ; yeonjun √
FanfictionHanya kisah dua sepupu yang berbeza perwatakan. Kim Chaerim, si pembuat onar yang manja dan Choi Yeonjun, si kutu buku yang dingin. Apa jadi jika mereka saling memendam cinta? ⚠️ 15+ [edited] start: 27082021 end : 11102021