0.09| his special friend

354 51 137
                                    

DING DONG!

Loceng rumah kedengaran. Chaerim bergegas keluar daripada bilik dan menghampiri pintu. Senyuman terukir di wajah. Dia pasti itu adalah penghantar pizza! Perutnya masih lapar walaupun sudah melahap 5 pinggan spaghetti aglio olio buatan Yeonjun tadi. Entahlah, dia sendiri tidak pasti sama ada masakan Yeonjun yang terlalu lazat atau dia yang terlalu rakus.

Tetapi senyuman di wajahnya serta-merta menghilang apabila melihat bukan penghantar pizza di sana, melainkan seorang perempuan dengan kaca mata bulat yang terletak molek di atas hidung.

Manis dan nerd dalam masa yang sama. Sekali lihat sahaja sudah tahu, pasti gadis ini seorang kutu buku. Nak apa dia datang sini? Mengemis?

Bukan Chaerim sahaja, gadis itu juga turut kaku di depan pintu. Dia mengharapkan Yeonjun yang membuka pintu. Tetapi siapa pula perempuan ni? Mengapa dia duduk serumah dengan Yeonjun? Adik? Mustahil, Choi Yeonjun kan anak tunggal.

"Haejin-ah." suara berat seseorang menyapa telinga kedua-dua gadis itu. Serentak mereka menoleh ke arah Yeonjun yang baru sahaja keluar daripada bilik.

"Awalnya datang. Kata pukul 9." entah mengapa suara Yeonjun terdengar sedikit tidak ikhlas dengan kehadiran gadis itu di rumahnya.

Haejin tersenyum kekok. "Ayah saya kata lebih baik datang awal, nanti siap pun awal. Kebetulan ayah saya nak hantar kakak saya pergi mall, jadi alang-alang dia terus hantarkan saya sekali." mendengar penjelasan Haejin, Yeonjun hanya mengangguk singkat dan terus mempelawa gadis itu masuk.

Chaerim masih berdiri di hadapan pintu dengan kerutan di dahi.

"Apa ni oppa? Oppa kata Chae kawan pertama oppa. Oppa tipu!"

"Dia bukan kawan aku."

"Kalau bukan kawan, apa? Kekasih?" soalan Chaerim membuatkan Haejin tiba-tiba menunduk malu. Pipi putihnya juga sudah bertukar kemerah-merahan.

"A-ani. Saya Kang Haejin. Classmate Yeonjun." Haejin cuba beramah mesra. Tangan dihulurkan untuk bersalaman. Chaerim terdiam seketika. Dia melirik sekilas ke arah Yeonjun. Tetapi abang sepupunya langsung tidak peduli. Lelaki itu sibuk mengemas meja yang berada di hadapan televisyen. Nampaknya, mereka akan menggunakan ruang tamu untuk menyiapkan tugasan. Akhirnya, Chaerim pun menerima salam Haejin.

"Kim Chaerim. Sepupu dan kawan pertama Choi Yeonjun." sengaja Chaerim menekankan perkataan 'kawan pertama'. Kena lah riak sikit.

Mendengar itu, Haejin terkekeh kecil. Sepupu je rupanya. Ingatkan ada hubungan lain. Tetapi kalau diingat-ingat, nama Chaerim terdengar agak familiar. Dia seperti sering mendengar nama itu sebelum ini. Tetapi dimana ya?

"Cepat sikit. Tak payah nak ice breaking kat situ." tegur Yeonjun. Haejin bergegas menghampiri lelaki itu. Punggung dilabuhkan di atas karpet, duduk berhadapan dengan Choi Yeonjun. Pasti mereka mahu menyiapkan tugasan berkumpulan. Chaerim tidak mahu mengganggu. Jadi, langkah diambil untuk kembali ke bilik. Tetapi suara Yeonjun menghentikannya.

"Nak pergi mana?"

"Bilik lah. Nak main game."

"Ambil homework kau. Duduk kat sebelah aku."

Mata Chaerim membulat. "Ah Wae?!"

"Cepat, Kim Chaerim."

Chaerim mendengus. Kaki dihentakkan ke lantai dengan kesal. Buat homework ? Chaerim tidak sudi! Dia nak main game dan abang sepupu merangkap kawan barunya ini tiada hak untuk mengatur hidupnya! Tetapi entah mengapa, Chaerim tidak berani melawan.

Dengan terpaksa dia mengambil buku matematik di bilik lalu kembali ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di sebelah Yeonjun. Sempat juga dia menghempas buku ke atas meja membuatkan Haejin terkejut. Yeonjun hanya melirik gadis itu sekilas menggunakan ekor matanya.

just into you ; yeonjun √Where stories live. Discover now