0.11| her popular guards

378 56 166
                                    

"Diberi k ialah integer dengan keadaan −2 < k < 2. Nyatakan nilai-" puk! sebiji pemadam dibaling tepat mengenai kepala Chaerim.

Chaerim yang ketika itu sedang stress menyiapkan latihan matematik serta merta terdiam. Pensel ditangan digenggam kuat menahan geram, ditambah lagi apabila sang pelaku mula ketawa terbahak-bahak di depan kelas.

"Chaerim tengah study guys, janganlah kacau dia." ujar Gyoo Seok sarkastik lalu disambut gelak tawa oleh geng-geng nya. Chaerim mendengus. Apa jantan ni nak sebenarnya?

Okay, Chaerim mengaku. Sebelum ni dia memang jahat dengan Gyoo Seok. Tetapi sejahat-jahat Chaerim, dia masih mengetahui limit. Dia tak pernah lagi membuli secara fizikal. Jadi, bukan ke balas dendam Gyoo Seok ni dah melampau? Sudah seminggu Chaerim dibuli. Chaerim diam bukan bermakna dia takut. Dia cuma tidak mahu berurusan dengan Mr Han sahaja.

Jika mereka kata, 'alah, Chaerim sebelum ni berani sebab ada Womi dengan Jay je. Tak de diaorang, terus menciut macam tikus.' mereka salah.

Chaerim tak perlukan mereka untuk bangkit. Apa mereka lupa siapa sebenarnya Chaerim? Keluarga Chaerim bukan orang yang sebarangan. Neneknya, bekas penyanyi tersohor. Ayahnya, Kim Seokjin pula merupakan CEO dari agensi terbesar di Korea Selatan iaitu Jinhit entertainment.

Ibu saudaranya, Kim atau Choi Yoona itu juga seorang bussiness woman yang terkenal di media sosial. Sebut sahaja jamu senorita daily, semua orang tahu. Kalah Dato Alif Syukri. Kau hado?

Oh ya, lupa. Mereka semua mana tahu yang Yoona adalah ibu saudaranya. Chaerim pun tak ingin nak mengaku. Dia memang anti dengan perempuan tu.

"Dari kau buang masa study, apa kata kau belikan aku karipap? Kau study pun bukannya boleh score, bodoh juga." ujar Gyoo Seok. Chaerim tidak menjawab, dia masih cuba untuk menyelesaikan masalah matematik.

"Yah, Kim Chaerim! Dah pekak ke?"

Street! Chaerim terus berdiri dengan geram dan itu membuatkan Gyoo Seok tersenyum puas. "Beli kan aku karipap dengan air kotak. Guna je lah duit kau. Kau kan kaya. Sekali sekala belanja classmate."

.
.

Kaya? Pale otak dia. Yang kaya tu bapak Chaerim bukannya Chaerim. Dia cuma bawa duit secukupnya sahaja ke sekolah dan sekarang duitnya habis kerana membelikan Gyoo Seok karipap dan sekotak air laici. Habistu nanti rehat dia nak makan apa?

Sudah seminggu Chaerim mengikat perut ketika di sekolah. Di saat orang lain sedang makan di kantin, Chaerim pula duduk di library. Chaerim study? Tak juga sebenarnya. Dia belajar pun kerana bosan dan tidak tahu untuk melakukan apa. Murid-murid lain di library semuanya membaca, tak kan lah tiba-tiba Chaerim mahu bermain permainan video di situ. Segan lah dia.

"Tunggu je lah, Gyoo Seok. Aku tak kan halalkan duit aku-" bisik Chaerim ketika melangkah kembali ke kelas. Tangannya pula sudah lenguh membawa timbunan buku.

Dia sempat terserempak dengan Jung Saem tadi. Tiba-tiba sahaja guru lelaki itu meminta bantuannya untuk membawa buku ke kelas sementara dia ke tandas. Sudahlah jarak dari kantin ke kelas boleh dikatakan agak jauh. Tak pasal-pasal tenaganya terbuang begitu sahaja.

Buk! Semasa Chaerim mahu menaiki tangga, seseorang tiba-tiba melanggarnya membuatkan semua buku yang dipegang jatuh ke lantai. Bukannya meminta maaf dan membantu, orang itu malah berlalu pergi begitu sahaja dengan gelak tawa.

Chaerim menghela nafas. Kan dia dah kata, ramai betul musuh dia kat sekolah ni.

Dengan redha, Chaerim pun mula membongkokkan tubuh. Belum sempat tangan ingin menyentuh buku-buku itu, seseorang lebih dahulu mengutipnya. Chaerim terkejut. Sekali lagi dia bertemu dengan Soobin.

just into you ; yeonjun √Where stories live. Discover now