⚠️
"Waa, papa ke yang masak semua ni?" mata chaerim berbinar teruja apabila melihat pelbagai jenis makanan sudah dihidangkan di atas meja. Baru sahaja tangannya ingin menyentuh ayam goreng, Seokjin lebih cepat memukul tangan itu.
"Arh, sakitlah-"
"Pergi mandi dulu. Lagi setengah jam keluarga aunty Yoona sampai."
"Kedekut." Chaerim mencebik. Tangan yang dipukul tadi digosok perlahan. Dengan terpaksa dia melangkah menaiki tangga menuju ke bilik. Beg sekolah diseretnya dengan malas. Dia letih, selalunya dia akan tidur selepas pulang dari sekolah. Tetapi kali ini dia terpaksa mengubah sedikit rutin hariannya gara-gara kehadiran tetamu yang sangat menyusahkannya sebentar lagi.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Mata automatik menjadi segar. Beg sekolah dihempas ke atas katil sebelum dibongkar dengan tidak sabar. Sebotol mineral dikeluarkan.
Jay kata air ini boleh menambahkan tenaga. Jadi, dia akan memiliki tenaga yang cukup untuk mengenakan aunty Yoona nanti. Macam lah dia tidak tahu yang ibu saudaranya itu membencinya. Wanita itu tidak pernah mahu menerima salamnya selama ini entah kerana apa. Padahal, Chaerim sudah sedaya upaya menunjukkan sikap yang baik dihadapan mereka.
Jadi, terimalah padahnya harini. Mungkin dia akan memasukkan katak ke dalam beg tangan aunty Yoona, ataupun menampalkan gula-gula getah pada tempat duduk wanita itu. Membayangkannya sahaja sudah membuatkan Chaerim tersenyum bahagia.
Tanpa membuang masa, Chaerim terus meneguk air itu sehingga separuh. Setelah puas, barulah dia meletakkan botol itu ke atas meja. Tuala dicapai, dia kena cepat bersiap. Tak sabar rasanya mahu bertemu dengan aunty kesayangan.
.
."Selamat datang, uncle!" sapa Chaerim di hadapan pintu dengan senyuman manis. Tuan Choi terus tersenyum apabila melihat Chaerim. Rambut gadis itu diusak geram.
"Aigoo, kiyowo! Dah lama kita tak jumpa, makin cantik kamu ya. Apa rahsia? Mana tahu uncle boleh bagi tips kat aunty kamu tu."
Chaerim terkekeh. Bibir didekatkan pada telinga Tuan Choi membuatkan lelaki tua itu sedikit merendahkan badannya.
"Susuk~"
Mata Tuan Choi membulat, tetapi sesaat kemudian dia ketawa terbahak-bahak. Bahu Chaerim tiba-tiba dipukul manja membuatkan gadis itu terkejut. "Ada-ada je kamu ni."
Chaerim tersengih kaku. Bekas pukulan tadi dipegang dengan cagung. Entahlah, rasa macam ada yang tak kena.
Kemudian, mata Chaerim beralih ke arah anak lelaki Tuan Choi. Siapa lagi kalau bukan Choi Yeonjun.
"A-annyeong oppa."
Chaerim tersenyum. Tetapi di dalam hati, seribu satu kata kesat sudah pun dilontarkan. Seriuslah, oppa? Kenapa dalam banyak-banyak panggilan, perkataan oppa juga yang keluar? Itu sangat menjijikan! Jay pun tidak pernah dipanggil oppa walaupun lelaki itu lebih tua setahun daripadanya.
"hm." jawab Yeonjun pendek lalu melepasi gadis itu begitu sahaja.
Chaerim menarik nafas dalam sebelum dihembuskan dengan perlahan. Tak pe, at least dia jawab. Chaerim masih boleh bersabar. Lagipun perwatakan lelaki itu memang begitu.
"Hai aunty-" dan tetamu yang ditunggu-tunggu pun tiba. Wanita yang berusia 40 tahun itu sedang sibuk berbual bersama seseorang di telefon. Wajahnya nampak serius, mungkin sedang membincangkan hal pekerjaan.
"Aunty sihat? Cantik aunty malam ni." teguran Chaerim membuatkan wanita itu menoleh. Matanya terus bergerak dari atas ke bawah untuk melihat pakaian yang dikenakan chaerim.
YOU ARE READING
just into you ; yeonjun √
FanfictionHanya kisah dua sepupu yang berbeza perwatakan. Kim Chaerim, si pembuat onar yang manja dan Choi Yeonjun, si kutu buku yang dingin. Apa jadi jika mereka saling memendam cinta? ⚠️ 15+ [edited] start: 27082021 end : 11102021