0.19| his first love

436 60 240
                                    

Hari ini ialah hari dimana pertandingan quiz dijalankan. Yeonjun semangat sekaligus gugup. Mr Han benar-benar mengharapkannya untuk membawa nama sekolah ke peringkat tertinggi. Jadi, Yeonjun tidak mahu mengecewakan lelaki itu. Dia perlu menjawab semua quiz itu dengan benar! Lagipun dia sangat yakin yang dia akan berjaya. Dia telah melakukan persiapan lebih daripada lima bulan hanya untuk memenangi quiz ini.

"Yeonjun-ssi, ada apa-apa lagi yang tertinggal? Kalau tak de, kita boleh bergerak sekarang."

Suara Miss Joy menyedarkan Yeonjun. Yeonjun terus mengangguk kecil sebagai jawapan. Quiz itu dijalankan di V highschool , jadi Yeonjun perlu ke sana untuk bertanding. Quiz itu dijalankan pada pukul 4 petang, di saat murid-murid lain sudah pun pulang ke rumah.

"Yeonjun !" Seseorang tiba-tiba memanggil Yeonjun sebelum sempat dia masuk ke dalam perut kereta. Yeonjun terus menoleh, memperlihatkan Choi Soobin yang sedang berlari menghampirinya.

Sebagai ketua pengawas, Soobin memang kerap pulang lewat ke rumah. Jadi tidak hairanlah mengapa Soobin masih berada di dalam kawasan sekolah pada waktu-waktu begini.

"Aku ada buatkan biskut choco untuk kau. Aku tahu kau nervous sampai tak sempat makan tengahari tadi. Jadi makan biskut ni sebelum quiz tu bermula."

Yeonjun menerima biskut itu dengan ragu. Mengapa lelaki ini sangat baik padanya sejak kebelakangan ini? Boleh dikatakan hampir setiap hari Soobin membuatkannya biskut. Dan yang lebih aneh, biskut itu cuma satu, dan diletakkan di dalam plastik jernih.

Menyedari raut bingung Yeonjun, Soobin pun ketawa kekok. "Sorry lah, sebenarnya aku ada buat banyak tapi Lucas habiskan waktu rehat tadi. Nasib baik aku sempat selamatkan satu."

Yeonjun terus memandang Soobin. "Aku rasa tak perlu kot kau bagi aku biskut ni. Kalau Lucas nak, suruh je dia habiskan. Tak payah fikir pasal aku lain kali."

Soobin tersenyum, bahu Yeonjun disentuh. "Jangan lah macam tu. Aku cuma-"

Kting!
Kting!

Notification whatsapp Yeonjun tiba-tiba berbunyi. Tanpa berfikir panjang, Yeonjun pun terus memeriksa mesej itu melalui lockscreen . Senyuman tipis terbit di wajahnya apabila mengetahui pengirim itu merupakan Chaerim.

Soobin menyedarinya. Senyuman di wajah perlahan-lahan luntur. Tangan juga ditarik dari memegang bahu Yeonjun.

"Yeonjun-ssi! Kita dah nak bertolak ni!"

Serentak mereka berdua menoleh ke arah miss Joy yang sudah berada di dalam kereta. Lalu, Yeonjun kembali menatap ke arah Soobin membuatkan senyuman kembali terukir di wajah ketua pengawas itu.

"Aku kena pergi."

"Nae, Jangan lupa makan biskut aku... Fighting, Yeonjun-ssi."

Yeonjun mengangguk perlahan. Sebaik sahaja Yeonjun masuk ke dalam perut kereta, dia terus membuka handphone dan pergi ke ruangan chat Chaerim.

Oppaaaa
Dah bertanding ke??Sape menang?
Oppa kan?

Blum
Kat sek lgi
Baru nk bertolak

Omo jinjja?!
Tengok cermin library
Now!

Dahi Yeonjun berkerut. Dia terus menoleh, cuba mencari tingkap library. Dari jauh, dia dapat melihat seseorang sedang melambaikan tangan tinggi ke udara sembari melompat-lompat kecil. Sungguh semangat!

Nampak tak?
🥰

Nampak, ada monyet

just into you ; yeonjun √Where stories live. Discover now