0.02| his sweet troublemaker

414 62 114
                                    

Esoknya, chaerim dipanggil ke pejabat. Teruk juga dia di kaunseling gara-gara melarikan diri semalam. Tetapi chaerim tetaplah chaerim, mana dia peduli dengan semua bebelan itu. Sia-sia Mr Han berhujah panjang lebar selama 3 jam, tetapi semua perkataan itu hanya masuk ke telinga kanan lalu keluar ke telinga kiri.

"Awak jangan ingat ayah awak kaya, pegang syarikat besar, awak boleh buat sesuka hati awak je. Kalau macam ni lah perangai awak, sampai bila-bila pun tak kan ada orang yang nak ambil awak bekerja. Masa depan awak gelap! Awak ingat awak boleh bergantung dengan ayah awak sampai bila-bila?"

Mr Han memainkan pen di tangan. Mata tidak lepas dari memandang wajah Chaerim.

"Tapi saya pun tak nak kerja. Papa saya kata nanti saya duduk rumah je, biar suami saya yang cari duit."

Keluhan kasar dilepaskan. Untuk kali pertama, ada murid yang berani menjawabnya. dengan muka selamba pula tu. Kim Chaerim betul-betul sudah menguji kesabarannya.

"Yah, Kim Chaerim. Awak ingat ada ke yang nak kahwin dengan awak kalau perangai awak macam ni? Tak dengar kata, pemalas, biadap-"

"Ada! Jay kata dia nak kahwin dengan saya!"

"Jay Park, kelas 5C tu? Tch, baguslah. Sama-sama jahanam. Saya doakan awak bahagia la ye nanti." ujar Mr Han sarkastik membuatkan Chaerim terdiam. Tangan di sisi digepal kuat menahan geram.

Dia tidak terima apabila Mr Han meremehkan kemampuan Jay. Walaupun lelaki itu mempunyai perwatakan yang lebih kurang sama dengannya- membuli, bergaduh dan kerap ponteng sekolah, tetapi Jay seorang yang sangat setia. Sudah 3 tahun mereka bersama tanpa sebarang masalah.

Mr Han terus menyambung menanda buku murid yang sempat tertunda tadi gara-gara Chaerim.

"Tunggu apa lagi kat sini? Pergi masuk kelas. Kalau saya dapat aduan awak ponteng lagi, saya terus call ay-"

blam! Pintu pejabat dihempas kuat membuatkan tubuh lelaki tua itu tersentak kerana terkejut. Hampir luruh jantung dibuatnya. Dia terus memandang ke arah pintu kayu yang sudah tertutup rapat itu. Batang hidung dipicit perlahan. Sakit kepalanya memikirkan kelakuan Chaerim.

.
.

Bukan Mr Han sahaja yang terkejut, malah guru-guru yang berada di dalam bilik guru juga ikut terkejut. Ada yang terconteng buku pelajar, ada yang hampir tercekik mee goreng, bahkan yang tengah membawang juga terus terdiam seribu bahasa.

Semua mata tertumpu kearah Chaerim yang baru sahaja keluar dari ruangan Mr Han. Tanpa rasa bersalah, Chaerim terus pergi dari situ. Wajahnya masam. Jelas, mood nya sedang memburuk.

Choi Yeonjun, senior kelas 6A yang kebetulan berada di dalam bilik guru itu juga turut memerhatikan Chaerim. Dia berada di sini kerana Miss Joy menyuruhnya mengambil buku latihan di atas meja.

"Itu Kim Chaerim dari kelas 4C kan? Kenapa kurang ajar sangat? Mak ayah dia tak ajar adab ke?" soal Puan Yoon tidak puas hati. Tisu diambil untuk membersihkan kesan comot gincu yang mengotori pipi gara-gara tindakan chaerim tadi.

"Dia memang macam tu. Saya pernah ajar kelas dia dulu. Uish rasa macam kat neraka! dah lah bodoh, kuat melawan pula tu. Dia kan tak de mak, sebab tu jadi macam tu. Kurang perhatian!" jawab Puan Park sambil menanda buku latihan murid.

"Eoh, mak dia pergi mana?"

"Tak silap saya bercerai lepas lahirkan Chaerim. Biasalah, mana ada perempuan yang boleh tahan dengan perangai playboy Tuan Seokjin tu."

"La ye ke? Kalau saya pun saya tinggal. Muka handsome, banyak duit pun tak guna kalau tak setia. Tapi kenapa Chaerim tak ikut mak dia? Kan lagi bagus kalau anak ikut mak lepas bercerai."

just into you ; yeonjun √Where stories live. Discover now