0.08| her healing oppa

365 56 98
                                    

Hari Isnin, Chaerim kembali ke sekolah. Langkah diambil di sepanjang koridor menuju ke kelas. Tali beg digenggam erat sebaik sahaja merasakan semua pasang mata sedang tertumpu kepadanya. Mereka berbisik-bisik. Tiada lagi tatapan takut seperti dulu, mereka malah memberikan tatapan jijik dan hina.

Apa yang terjadi? Mengapa mereka semua memandangnya seperti itu? Apa berita mengenai Jay dan Womi sudah tersebar? Kalau benar, mengapa Chaerim yang dipandang sinis?

Soalan-soalan itu terus bermain di fikiran, sehingga dia tidak menyedari ada sekumpulan murid perempuan sedang berjalan ke arahnya dari arah yang bertentangan.

Buk!

Tubuh Chaerim sedikit tertolak ke tepi. Kening terus dikerutkan tajam. Dia ingin marah! Mana tidaknya, gadis-gadis itu seolah-olah sengaja melanggarnya tadi. Sudah lah tidak meminta maaf, mereka malah mentertawakannya.

Chaerim kenal mereka. Mereka salah satu group pembuli di sekolah, tetapi tentu sahaja Chaerim pembuli yang lebih terpengaruh. Ibarat rank mobile legend, Chaerim merupakan pembuli mythic manakala mereka baru di rank epic . Jadi untuk apa Chaerim takut akan mereka?

Si ketua namanya, Jung Yuri. Dua rakannya pula, Seo Miri dan Park Soo Ah.

"Kau ada mulut kan? Minta maaf! Ke nak aku ajar cara minta maaf?"

Yuri ketawa remeh. "Maybe ? But sekurang-kurangnya aku tak gunakan mulut aku untuk merayu depan lelaki lain."

Chaerim terdiam sendiri membuatkan mereka bertiga terus ketawa terbahak-bahak. "Kenapa diam, be.ti.na sun.dal?" dahi Chaerim ditonjol kasar.

Melihat tiada sebarang jawapan yang diberikan Chaerim, ketiga-tiga gadis itu pun berlalu pergi dengan gelak tawa yang masih tersisa. Sempat juga Soo Ah melanggar bahu Chaerim.

Murid-murid lain yang berada di situ mula berbisik-bisik sendiri. Chaerim menoleh, serta-merta mereka terdiam dan mengalihkan pandangan ke tempat lain. Jelas, mereka sebenarnya masih takut kepada Chaerim. Walau begitu, ada 2 orang lelaki yang masih berbisik-bisik. Mata mereka berdua juga tidak lepas dari memandang screen telefon.

"Serius lah ni Chaerim? Tapi lelaki ni siapa?"

"Jay dah kata, itu bukan dia-"

Disebabkan penasaran, Chaerim terus menapak mendekati dua pelajar lelaki itu. Handphone dirampas secara tiba-tiba membuatkan mereka berdua terkejut. "Yah!"

Chaerim tidak peduli dengan protes mereka. Matanya terus tertumpu pada video yang ditayangkan. Di dalam sana, seorang perempuan sedang mencium bibir seorang lelaki dengan kasar. Video itu kabur tetapi Chaerim mengenali sosok wanita itu dengan baik. Itu dirinya sendiri! Tetapi untuk lelaki, tidak. memandangkan lelaki itu membelakangi camera.

Tetapi Chaerim yakin itu hanya edit semata-mata. Mana tidaknya, tempat di dalam video itu ialah pusat karaoke. Mana pernah dia melakukan perkara tak senonoh itu! Kalau pernah pun, bukan di pusat karaoke. Namanya sudah di blacklist di sana sejak 2 bulan lepas.

Sebab? Chaerim tertendang burung penjaga pusat itu. Bukan salah Chaerim. Lelaki itu yang tiba-tiba meraba pinggangnya. Kan dah kena.

Brak! Handphone itu terus dibaling ke lantai sehingga berkecai. Habis terkejut semua orang yang berada di situ.

"Padam video tu. Kalau aku dengar ada orang buka video tu lagi, aku akan pastikan seumur hidup orang tu sengsara." amaran Chaerim terdengar biasa, tetapi cukup mengerikan. Mereka tahu, Kim Chaerim bukan jenis yang hanya bermain perkataan di mulut. Gadis ini betul-betul akan menunaikan ucapannya.

just into you ; yeonjun √Where stories live. Discover now