016| his innocent crush

436 58 180
                                    

Hari Sabtu. Chaerim bangun seawal 6 pagi. Bersiap-siap lalu turun ke dapur untuk menjamah sekeping roti dan secawan teh panas. Semuanya dilakukan sendiri, Seokjin tidak pulang semalaman kerana urusan kerja.

Ding Dong! Loceng rumah tiba-tiba berbunyi. Itu pasti Yeonjun! Chaerim kelam kabut menyedut teh. Malangnya, teh itu masih panas membuatkan Chaerim tersembur. "Oh gosh-" Lidah dijelirkan, terasa melecur.

Tiada masa untuk merasa sakit, Chaerim terus mencapai tisu. Mengelap hujung bibirnya lalu berlari ke depan cermin untuk merapikan penampilan. Tidak lupa juga mencapai beg sandang sebelum keluar daripada rumah.

Air yang tumpah tadi? Ah, biarlah. Kejap lagi Seokjin balik, biar lelaki tu kemas. Dasar anak beban.

"Morning oppa!" sapa Chaerim sebaik sahaja membuka pintu rumah. Yeonjun berdiri di sana dengan jeans hitam dan hoodie hitam kosong. Simple, tapi terkesan fashionable.

 Simple, tapi terkesan fashionable

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah?" Chaerim mengangguk. Mereka terus jalan bersama menuju ke perhentian bas. Bagi sesiapa yang tertanya-tanya kemana mereka akan pergi. Mereka bukannya dating. Mereka hanya meluangkan masa bersama. Eh?

Tempat masih belum ditentukan. Chaerim sendiri tidak tahu Yeonjun mahu membawanya kemana. Katanya, hanya berjalan-jalan.

Tepat pada masa. Mereka tidak perlu susah-susah menunggu. Bas sudah pun tiba sebaik sahaja mereka sampai di perhentian bas.

Yeonjun terus menapak menaiki tangga bas. Langkah dihentikan apabila melihat bas itu sudah sarat dengan penumpang. Tempat duduk sudah penuh, malah tempat berdiri pun cukup sesak.

"Oppa-" Chaerim menarik hujung baju Yeonjun membuatkan Yeonjun menolehkan kepala ke belakang. "Chae tak pernah naik bas."

Yeonjun terdiam sebentar. Kemudian, tangan Chaerim yang memegang bajunya digenggam erat. "Gwenchana, aku ada." Tangan Chaerim dipimpin lalu langkah terus diambil menerobosi keramaian itu.

Mata Yeonjun secara tidak sengaja tertumpu pada satu bangku yang masih kosong. Dia ingin menyuruh Chaerim duduk di sana, tetapi terpaksa dibatalkan apabila melihat seorang lelaki berumur lingkungan 30-an duduk dibangku di sebelahnya. Wajah lelaki itu sangat bengis. Lelaki itu juga memakai singlet hitam memperlihatkan tatoo yang menyeramkan di tubuhnya.

Jadi tidak hairanlah mengapa tiada seorang pun berani duduk di sebelahnya dan lebih memilih untuk berdiri.

Yeonjun sedikit ragu. Namun akhirnya, dia tetap juga duduk di situ. Tangan Chaerim ditarik lalu memaksa agar gadis itu duduk di atas ribanya.

Chaerim tidak mahu! Bas ini terlalu sarat dan penuh dengan orang-orang dewasa. Apa yang mereka akan kata jika melihat Chaerim duduk di atas riba seorang lelaki nanti?

"Gwenchana. Chae okay je berdiri."

"Duduk. Nanti kau mabuk." Pinggang Chaerim ditarik paksa membuatkan gadis itu terus terduduk di atas riba. Pipi sudahpun bersemu merah.

just into you ; yeonjun √Where stories live. Discover now