[BAB 10]

1.3K 36 1
                                    

6:30 PAGI

Wahida POV,

Aku melihat ke arah jam sebelum bertolak dan kelihatan awal lagi so sempatlah sampai sebab dekat je dengan rumah Sarah ni...Aku belum sarapan lagi sebab tadi pun bangun pukul 6 memang tak sempatlah nak mandinya lagi nak make up and much more...

Aku sampai di rumah Sarah dalam 20 minit je dari rumah aku sebab sebenarnya rumah aku dalam kejiranan yang sama je...Kelihatan Sarah yang leka bermain telefon sedang menunggu di halaman rumahnya... Sedap sangat ke tengok telefon tu sampaikan aku sampai pun tak perasan...Aku membunyikan hon...

Sarah melihat ke arah kereta dan senyum ke arahku...Dia datang ke kereta dan aku menyuruhnya untuk meletakkan begnya di belakang lalu dia masuk ke tempat duduk depan... Kami berbalas senyuman yang manis di pagi hari yang indah...ceh ayat...Kami pun bertolak ke destinasi...

"Kak Wahida,dah sarapan ke belum?"tanya Sarah kepadaku... prihatin betul dekat aku.

"Erm...belum lagi kenapa?"balasku sambil melihat ke arahnya.

"Kalau macamtu kita pergi breakfast dululah boleh"katanya.

"Boleh juga,kita berhenti dekat gerai yang berdekatan jelah nanti"kataku yang sedang fokus memandu.

Selepas kami bersarapan,kami sambung semula perjalanan dan aku sedang fokus memandu...Sarah kelihatan sudah terlelap di tepiku...Mesti dia ni busy sangat sampaikan tertidur...

Setelah penat aku memandu,kami tiba di hotel yang kami akan menginap... Suasana di situ tidaklah agak bising dan mempunyai pantai yang cantik juga beberapa gerai makanan... Aku melihat ke arah Sarah dan dia masih tidak bangun lagi...Aku yang drive dia pula yang penat... HAHAHA

Aku melihat mukanya yang cantik bak bidadari jatuh dari langit... Rambutnya yang berwarna hitam dan lurus nampak cantik walaupun dia sedang tidur...Aku tanpa sedar mengukir sekuntum senyuman kepadanya...Aku pun pelik juga sebab kalau aku tengok dia mesti jantung aku akan berdegup laju...

Aku tersedar daripada lamunan dan mengejut Sarah untuk check in hotel...Kami sampai dekat sini dalam 11 pagi jadi ada banyak masa lagi sebelum aku ada appointment dengan klien aku tu... Bolehlah aku rehat dulu...

Aku pergi untuk check in dan Sarah tunggu dekat belakang je...Aku datang ke arahnya dan mengajak untuk pergi ke bilik... Sampai di pintu bilik yang akan ku duduk...

"Kak Wahida, kenapa kunci bilik ada satu je?"tanyanya dalam keadaan yang risau.

"Oh,tadi orang yang jaga kaunter pendaftaran cakap bilik dah ramai booking so tak banyak lagi bilik yang tinggal"balasku yang sedang membuka pintu bilik itu...Padahal ada je bilik tapi sengaja aku nak kongsi dengan dia aku pun tak tahu kenapa dengan aku ni.

"Okaylah kalau macamtu"balasnya dalam keadaan yang agak kecewa namun aku terlihat dia senyum.

Kami masuk ke dalam bilik itu dan terlihat hanya satu katil bersaiz Queen...Kami bertukar pandangan antara satu sama lain dan pergi mengemaskan barang... Selepas siap mengemas barang aku baring atas katil dan melihat ke arah jam... Badanku letih kerana terlalu lama duduk dalam kereta biar bukan aku yang memandu...

Kak Wahida pergi mandi kerana dia akan berjumpa dengan klien dia tapi masalahnya aku perlu menemani dia sekali so aku perlu bersiap walaupun malas....

KENAPALAH DIA JADI PESAKIT AKU?Where stories live. Discover now