SELEPAS selesai berurusan di pejabat, Aura dan Sirat mengikut seorang guru wanita sebaya ibu Aura. Nama guru itu Madam Salwa. Arissa pula dibawa oleh seorang guru wanita lain. Kelas mereka sebelah-sebelah saja. Aura dan Sirat kelas 5 Sains 1 Cenderawasih, kelas Arissa pula 5 Sains 2 Raja Wali.
"Good morning class!" Sapa Madam Salwa sambil melangkah masuk diikuti Aura dan Sirat.
"Good morning madam!" balas semua pelajar di 5 Sains 1 Cenderawasih.
Madam Salwa memandang sekeliling kelas. Matanya terhenti di tempat duduk kosong paling belakang sebeleh tingkap.
"Where is Adnan and Syazwan?"
Aura toleh ke arah Madam Salwa saat wanita sebaya mamanya itu menyebut nama lelaki yang menjadi sebab dia berpindah ke sekolah ini. Bibirnya tersenyum nipis.
"Macam biasalah madam. Lambat masuk, pergi ko-op." ujar Laila selaku ketua pengawas di SMS. Aura melebar senyuman, matanya bersinar memandang sepupunya yang dingin itu. Laila mengabaikan pandangan Aura padanya.
Madam Salwa geleng kepala, "bilalah nak berubah. Okay class, hari ini kamu semua ada kawan baru. Sila memperkenalkan diri."
"Hi everyone, my name is Aura Marissa. Korang boleh panggil I Aura. And I sepupu kesayangan Laila." Aura lambai tangan pada Laila. Laila membalas acuh tak acuh saja. Bukan apa, dia bukannya jenis mesra dengan orang walaupun family sendiri.
"Hai semua, nama saya Aina Siratul. Boleh panggil Sirat." kata Sirat malu-malu. Jantungnya berdetak laju, gugup apabila dirinya menjadi perhatian ramai orang.
Baru ada yang mahu bersuara, terus Madam Salwa berkata terlebih dahulu.
"Nak bersoal jawab, nanti saja. Sekarang ni, Aura dengan Sirat duduk tempat duduk depan Adnan dengan Syazwan." arah Madam Salwa.
Aura angguk kepala. Dia menarik lembut tangan Sirat sambil berjalan ke tempat duduk mereka berdua. Sempat dia kenyit mata pada Laila, namun gadis itu balas dengan jelingan. Aura rasa geli hati.
Walaupun respon Laila tidak mesra tapi Aura tidak ambil hati. Memandang itu pun typical seorang Laila Marinna, kaku dan tidak mesra. Muka pun tidak senyum walaupun sikit. Tegang aje.
Pintu kelas dimasuki oleh dua orang lelaki, iaitu Adnan dan Syazwan. Madam Salwa cekak pinggang memandang dua pelajar 'bertuah'nya itu.
Syazwan tersengih apabila matanya menyapa muka garang Madam Salwa, guru kelasnya. Adnan pula buat muka tidak bersalah.
"Selalu lambat. Nasib baik saya tak mula mengajar. Kalau tak, saya denda kamu berdua."
"Sorry madam. Kami berdua akan cuba tak buat lagi tapi kami tak janji tau tak buat lagi." balas Syazwan. Adnan tergelak.
Madam Salwa geleng kepala, "pergi duduk tempat kamu sekarang." arahnya.
Adnan dan Syazwan serentak berlalu ke tempat duduk mereka. Walaupun hairan melihat dua orang perempuan yang tidak pernah mereka lihat tapi mereka tetap duduk diam di tempat mereka. Memang geng Carlos selalu buat masalah, nakal, degil, suka bergaduh dan buli orang tapi bab belajar, mereka ambil serius.
YOU ARE READING
4.0 | Aura : Memori Cinta 9 Bulan| OG
Romance[ Know as Tersuka Pulak! / 9 BULAN ] [ Highschool / teenfiction version ] PERINGATAN : PLAGIAT & COPY PASTE DILARANG SAMA SEKALI . TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA Adnan Azrel | Aura Marissa Mempermainkan perasaan lelaki? Itu perkara biasa yang...