🌙BAB 23-𝖘𝖚𝖐𝖆?

20 0 0
                                    

SATU per satu kaki panjang Adnan menuruni tangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SATU per satu kaki panjang Adnan menuruni tangga. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sekolah. Hari ini, dia saja berpakaian kemas. Baju butang sampai atas siap masuk dalam seluar lagi, tali leher diikat kemas-kemas, kod sekolah pun siap butang. Memang macam budak baik-baik dia hari ini.

Hari lain? Tolonglah! Adnan Azrel nak pakai macam ni? Lambat lagi. Adnan bukan spesies suka berpakaian macam budak-budak baik tapi dia nak tengok reaction Aura Marissa hari ini.

Semalam, dia terdengar Tasnim bersembang dengan Aura. Tasnim ada tanya, Aura suka lelaki jenis macam mana. Aura pun jawab.

"Aku suka lelaki yang berpakaian kemas. Kemas dia tapi at the same time, dia nampak hot. Sumpah attractive gila lelaki macam ni. Lagi-lagi kalau dia jenis dingin, tak suka senyum, pandang orang pun asyik jeling aje. Kalau aku dapat lelaki macam ni, memang aku tak kasi dia keluar bilik. Kurung dalam bilik je!"

Ya. Jawapan Aura Marissa memang scary. Adnan dengar pun malu tapi dia mahu cuba. Cuba kalau betul apa yang Aura cakap. Aura kata, Aura sukakan dia. So, why not I become his types? I think it's gonna be fun sekali-sekala layan kegedikan Aura Marissa.

"Along?"

Bulat mata Affan, Adyan dan Asyriena pandang Adnan atas bawah. Entah apa yang merasuk Adnan pagi-pagi ni, boleh pula lelaki itu pakai kemas-kemas. Dah insaf ke?

"Hah Adnan. Joinlah breakfast sekali." Ajak Tuan Adrish dari belakang. Dia tepuk bahu anak sulungnya sebelum melangkah duduk di kepala meja.

"Why are you here?" Tanya Adnan pelik. Asyriena kata, Tuan Adrish ke Dubai lima hari. Ini baru tiga hari kut. Baju Tuan Adrish pun, bukan baju pejabat. Baju santai. T-shirt kelabu dengan seluar sukan putih.

"Salah ke kalau daddy ada dekat rumah sendiri?" Tuan Adrish jungkit kening pada Adnan. Kemas bukan main hari ini. Bukan dia tak tahu. Adnan bukan suka uniform sekolah SMS. Katanya, buruklah, lecehlah, tak bestlah. Macam-macam alasan.

"Tak salah pun cuma pelik. Selalunya kaki tu gatal ke sana sini. Nak duduk rumah macam panas je punggung tu." Perli Adnan seraya tarik kerusi disebelah Affan dan dia duduk disitu. Roti berjem strawberry diambil lalu disuap ke dalam mulutnya. Terasa lapar pula. Semalam bad mood, itu yang tak ada selera nak makan.

"Selalunya memang macam tu. Tapi ni, dia rasa sejuk je punggung ni nak duduk rumah. Rasa macam best jugak kalau tak keluar ke mana-mana. Kaki pun tak gatal nak keluar." Balas Tuan Adrish sarkastik.

Adnan jeling daddynya. Lupa pula. Tengah bercakap dengan Tuan Adrish yang laju aje mulut jawab kalau tukang debatnya Adnan Azrel. Tapi dalam hati, dia bersyukur juga kalau Tuan Adrish duduk rumah. Hari ini, dia rasa macam nak balik lewat sikit.

"Eloklah tu. Duduk rumah bukan goyang kaki aje. Kenalah gatal tangan kemas apa yang patut. Tahulah tuan rumah tapi tuan rumahkan kena rajin mengemas." Bidas Adnan kembali. Nak suruh dia diam? Lambat lagi! Lagi dia suka berbalas kata sinis dengan Tuan Adrish.

4.0 | Aura : Memori Cinta 9 Bulan| OGWhere stories live. Discover now