QALIF duduk termenung dibangku sekolah tepi padang. Dia masih tidak percaya, Aura sudah tahu rahsia terbesarnya sebelum dia sempat bersedia bagitahu.
Sejujurnya, Qalif tak ramai yang boleh digelar sahabat. Hanya Aura dan Zakwan saja kawan yang dia ada. Tiada yang lain. Kalau ada pun, hanya sebab dia anak Tengku saja.
"Macam mana eh aku nak minta maaf dekat Aura?" Gumamnya. Sepanjang berkawan dengan Aura, tidak pernah Aura semarah ini. Dan tidak pernah Aura marahnya lama-lama. Sudah lima hari Aura dingin dengannya.
Dia tahu fakta yang dia tidak normal itu menyebabkan Aura terlalu marah sebab Aura seorang yang tegas tentang agama walaupun gadis itu tidak menutup aurat dengan sempurna.
Qalif lepas keluhan kecil. Pening kepala fikir masalah yang dia undang sendiri.
"Macam mana ni..."
☜☆☞
AURA menepis tangan Qalif yang menyentuhnya. Riak marah jelas terpancar di wajahnya. Qalif senyum tipis pada Aura.
"Kau nak apa?"
"Lama lagi ke you nak marah I?" Tanya Qalif perlahan.
Aura jeling Qalif menyampah, "bukan mudah aku nak terima siapa kau sebenarnya Qalif."
Qalif angguk kecil, "I tahu, bukan mudah untuk you terima tapi satu je I minta Ra." Anak matanya jelas menunjukkan yang dia benar-benar mahu Aura tunaikan permintaannya.
"What?" Balas Aura dingin. Tangan peluk tubuhnya.
"I harap you tak buang I macam family I buat."
Aura tersentak. Matanya membulat. Dia tidak percaya apa yang baru saja dia dengar.
"Maksud kau?"
Qalif pandang dengan senyum yang dibuat-buat. Dia geleng kecil, tubir matanya sudah mengeluarkan cecair jernih.
"I akan bagi you masa Aura. I akan terus tunggu sampai you dapat terima kekurangan diri I. Aura, I tahu I tak sempurna tapi I tetap manusia biasa, kan? I tahu ni salah tapi bukan ke tugas seorang kawan tu bantu kawan dia?" Ujar Qalif lirih. Bila-bila masa air matanya akan mengalir di pipi.
Saat kehilangan adalah saat menyakitkan dan menyedihkan baginya yang seorang yang sangat menghargai setiap orang yang menjadi kawannya.
"Kau nak aku faham kau, kan? Okay, aku boleh faham kau tapi kau kena faham perasaan aku juga Qal. Kau fikir, benda ni benda kecil je ke? Kau nak tahu satu benda tak? Seteruk-teruk aku, teruk lagi diri kau!" Hambur Aura geram dan penuh rasa marah. Dia tidak kisah banyak mata memandang mereka. Hatinya sangat kecewa apabila mengetahui sahabatnya sendiri tidak seperti lelaki biasa.
YOU ARE READING
4.0 | Aura : Memori Cinta 9 Bulan| OG
Romance[ Know as Tersuka Pulak! / 9 BULAN ] [ Highschool / teenfiction version ] PERINGATAN : PLAGIAT & COPY PASTE DILARANG SAMA SEKALI . TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA Adnan Azrel | Aura Marissa Mempermainkan perasaan lelaki? Itu perkara biasa yang...