ADNAN hempas badannya di atas katil kingnya. Dia lepas keluhan kecil. Penat juga jogging petang kali ini. Dengan tidak sudah-sudah asyik dengar nama Qalif, boleh sakit telinganya.
Tajam mata Adnan pandang siling bilik tidurnya. Apabila dia terbayang muka Qalif tanpa sengaja, tangannya dikepal kuat. Tahan geram.
"Kenapa aku rasa tercabar dengan Qalif ni? Dia tu dahlah gay, tak normal pulak tu. Asal dengan aku ni? Sejak Aura datang dalam hidup aku, aku rasa macam nak selalu dekat je dengan minah ni. Dengan Atilia, bukan main aku nak jauhkan diri." Gumamnya. Pelipis diurut perlahan walaupun dia tidak terasa pening cuma dia pening dengan perangai sendiri yang tiba-tiba macam bukan Adnan Azrel.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu buat Adnan bangkit dari baring di atas katil empuk dan mewahnya. Pintu bilik berwarna coklat itu dibuka.
"Affan? Kenapa datang ketuk bilik along?" Tanya Adnan tidak bernada. Itulah nada biasa yang selalu Adnan gunakan jika dia bercakap dengan keluarganya mahupun dengan sesiapa. Dingin.
"Daddy nak jumpa along. Dia kata ada benda penting nak bincang dengan along." Affan takut-takut pandang abang sulungnya.
Sejak penceraian mummy dan daddy mereka 4 tahun lepas, abangnya jadi sangat dingin, beku, berat mulut dan sentiasa pandang orang dengan penuh kebencian atau dendam. Abangnya sangat tidak ramah. Affan yang muda setahun dengan Adnan dan paling rapat dengan Adnan, jadi takut dan sentiasa gementar jika perlu tegur abangnya.
"Apa jantan tu nak bincang dengan aku? Aku tak nak." Baru saja Adnan mahu tutup pintu, Affan tahan pintu bilik abangnya.
"Pehal kau ni? Nak gaduh ke apa?" Tajam mata hitam Adnan pandang Affan yang sedang tersengih di depannya.
"Alaa along... Sembanglah dengan daddy tu, kejap pun jadilah. Daddy dah pesan dekat Fan tadi, paksa along kalau along tak nak jumpa dia. Nanti Fan kena marah dengan daddy sebab along tak nak jumpa daddy. Along tahu jelah baran daddy tu macam mana." Affan tunjuk muka kesian.
Sejujurnya, dia tengah takut sekarang ini. Mana tidaknya, sekarang dia lihat Adnan dengan daddy mereka langsung tiada beza. Dua-dua keras kepala, dua-dua dingin, dua-dua hati batu, dua-dua panas baran. Walaupun dua-dua jenis pendiam tapi kalau mulut tu dah bersuara, dia sendiri tidak sanggup dengar.
Adnan rengus tidak puas hati. Dalam penuh terpaksa, dia hempas pintunya kuat sampai satu rumah banglo tiga tingkat itu dengar bunyi hempasan itu. Dia jeling Affan sebelum melangkah ke arah bilik kerja daddynya, Tuan Adrish.
Affan urut dadanya perlahan. Boleh sakit jantung kalau dia kena hadap hari-hari situasi macam ini. Terpaksa jadi pemanggil tak berbayar daddynya. Kalau orang yang Tuan Adrish panggil itu adik-adiknya yang lain, itu dia okay je tapi kalau orangnya Adnan Azrel, dia kena kuatkan fizikal dan mentalnya.
YOU ARE READING
4.0 | Aura : Memori Cinta 9 Bulan| OG
Romance[ Know as Tersuka Pulak! / 9 BULAN ] [ Highschool / teenfiction version ] PERINGATAN : PLAGIAT & COPY PASTE DILARANG SAMA SEKALI . TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA Adnan Azrel | Aura Marissa Mempermainkan perasaan lelaki? Itu perkara biasa yang...