TAJAM matanya Naufal pandang sekeliling kantin Sekolah Menengah Sains ini. Dia mahu tahu, siapa lelaki itu. Mana tahu kenal. Kan?
Naufal tak tahu kenapa hatinya seperti terdesak nak tahu siapa lelaki itu. Walaupun itu lukisan potret dan kalau tidak biasa lihat, pasti tidak tahu siapa orang itu. Tetapi mata lelaki itu... Naufal seperti pernah lihat. Dia perlu tahu siapa.
"What are you looking for?" Suara garau Adnan menyentakkan Naufal. Jejaka itu usap dadanya. Terkejut.
"Searching someone."
Syazwan dan Shahrul turut pandang Naufal hairan. Cari seseorang? Siapa?
"Ada orang buat hal dengan kau ke?" Tanya Adnan serius. Ini hal yang tidak boleh diambil mudah saja. Dia kena peduli sebab perkara ini berkaitan dengan Naufal Iskandar, sahabatnya.
"Nope."
"Dahtu?" Soal Shahrul.
Naufal mengeluh, "Arissa suka melukis and he draw this one guy. Dalam bilik dia, dah banyak lukisan dan hanya ada satu je lukisan seorang lelaki. It's a potret. Tapi lelaki yang dia lukis tu pakai mask dan hanya nampak mata je. Aku curious gila sebab mata lelaki itu macam aku pernah nampak. Like, aku rasa aku kenal lelaki itu. No! Aku rasa aku kenal mata lelaki tu. So, aku nak tahu siapa lelaki tu sebab he is special and important to Arissa bak kata minah tu lah." Ceritanya. Nak berahsia dari gengnya? Memang tidaklah. Sebab mereka saling bantu-membantu. Itulah namanya sahabat.
"Oh I see. But you look more than curious." Syazwan senyum nakal. Bila pandang mata Naufal, dia sudah agak. Ini bukan sekadar curious. Ini lebih dari curious.
"What do you mean? Boleh tak belajar untuk tak mengarut?" Naufal jeling Syazwan.
Syazwan tertawa kecil. Adnan dan Shahrul hanya diam. Mereka sudah masak dengan perangai kuat menyakat Syazwan dan perangai beku Naufal. Tetapi firasat Syazwan sentiasa tepat. Firasat jejaka itu sentiasa betul dan tepat.
"Janganlah marah. Aku cakap je." Syazwan masih senyum nakal. Naufal masih jeling Syazwan.
Tika dia alihkan pandangan matanya, tika itulah matanya ternampak Arissa berjalan dengan seorang lelaki. Dia kenal lelaki itu, Rykarl. Ahli kumpulan Bima dan kawan sehidup semati Aufa. Lupa hari ini geng Bima sudah mula sekolah selepas tiga minggu cuti sakit.
"Oh shit!" Carut Syazwan bila terpandang apa yang sedang Naufal pandang. Kalau pandang biasa takpe, ini pandang macam nak bunuh si Rykarl itu. Shahrul dan Adnan turut pandang. Mereka senyum senget. Adakah kawan baik mereka seorang ini sudah cair ke ais batunya?
"Kenapa Arissa jalan dengan Rykarl?" Tanya Shahrul. Saja menguji Naufal.
"Haah ek. Bukan ke si Rykarl tu baru datang hari ni? Asal diorang semacam je?" Tanya Adnan pula. Syazwan dan Shahrul senyum senget. Adnan sudah ikut mereka mahu memerli Naufal.
YOU ARE READING
4.0 | Aura : Memori Cinta 9 Bulan| OG
Romance[ Know as Tersuka Pulak! / 9 BULAN ] [ Highschool / teenfiction version ] PERINGATAN : PLAGIAT & COPY PASTE DILARANG SAMA SEKALI . TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA Adnan Azrel | Aura Marissa Mempermainkan perasaan lelaki? Itu perkara biasa yang...