haaaaa...ketemu lagi kita...tahniah atas PM baru semua...smoga ada sinar,lestari,citra sekali...jaga diri,jaga keluarga dan jaga org yg kita sayang...semoga dilindungi sentiasa semua...tanpa membuang masa jom kita sambung.
Selepas solat subuh dan sarapan pagi di DM,semua pelajar menuju ke sekolah yg jaraknya lbh kurang 200meter. Subuh td,usai bangon sj dr tido,aku merasa pedih di bahagian pipi aku dan kesan lebam nya jelas nampak. Aku segera bangon mengambil bekas mandiku menuju segera ke tandas. Selesai mandi aku melihat lampu bilik telah terbuka dan masuk sj aku kedalam bilik,semua mata tertumpu tepat kpd aku. Aku terkaku sebentar melihat semua ahli dorm berkumpul. "Wan...sini" panggil Azim dan aku hanya menurut sy arahan nya "aku da bg tau semua apa hal jd mlm td...ko ok kan?"kata nya. (Babi betul la budak ni...abis semua benda nak cerita nya...malu la aku...kalo dok diam je mulut longkang dia ni tak boleh ke) getus hati aku. "Ok je...da korang ni tak nak mandi ke?" K
kata aku dan dorang pun bersurai dgn penuh persoalan sementara aku bergegas ke lokar. Iman menghala ke arah aku smbil berkata"nanti cerita semua kat aku" smbil berlalu pergi.
Setelah bersurai dr perhimpunan harian,kesemua pelajar baru diminta utk berkumpul. Aku mencari2 kelibat mahkluk zaragon yg membuli aku mlm td tp ternyata takda...lega bkn kepalang aku waktu tu. Pembahagian kelas dilakukan mengikut kursus yg dipilih. Aku memilih kejuruteraan elektrik seperti yg dimahukan abahku dan sememangnya bkn pilihan aku kerana minatku lebih menjurus kpd bakeri tp apakan daya aku hanya insan yg lemah hanya mampu berserah. Iman juga mengambil kursus yg sama dgn aku tetapi kelas iman berbeza dr aku. Kami semua diberi borang persatuan dan kelab utk diisi dgn segera. Aku memilih persatuan PBSM yg kerana aku tau yg persatuan tersebut tidak byk karenah spt persatuan2 yg lain dan bg kelab pula aku memilih kelab nyanyian dan choir kerana aku mmg minat nanyi2 ni. Iman melihat aku memilih kelab nyanyian terus sj dia bersorak "tak lama lagi dpt la korang dgr suara budak kecik ni nyanyi...sedap woi suara dia" smbil aku tumbuk halus bahu dia...merah telinga aku akibat menahan malu akibat dr mulut cabul Iman td. Sedang aku dan Iman ketawa ,aku terpandang mahkluk zoragon serta rakannya yg berlalu laju melintas tapak perhimpunan kami td diikut abg Daus dan abg Hamizi dr belakang. Sekilas mata nya melihat aku dgn pandangan yg tajam cukup buat aku keras kejung tak bernafas. "Wan...wan....wannn...wannn!!!"jerit Iman..."woiiii...aku dgr la bongok" balas aku. "Da mcm patung batu aku panggil pon tak dgr apa bend nya" marah Iman kpd aku dan aku hanya balas dgn sengihan nakal kpdnya
Kami semua diminta utk ke kelas masing2 dibantu oleh pengawas. "Terima kasih ya Tuhan" kataku setelah melihat Mad,Fudhail dan Nazrin dormates aku kini diupgrade menjadi classmate aku...aku mentertawakan Iman taktala melihat dia keseorangan pergi ke kelasnya. Sesampainya kami di kelas, pengawas td mengarahkan kami semua utk masuk ke kelas menuju ke arah guru yg sedang mengajar dihadapan murid2 ni. Sesi pembelajaran dihentikan seketika bagi memperkenalkan diri kami kpd rakan2 kelas yg lain. Taktala seorang demi seorang dr kmi sedang memperkenalkan diri,mata aku terpandang tepat kearah seseorang yg kelibatnya membuatkan aku terfikir dimana penah aku melihatnya. Tak semena-mena pandangan tajamnya dilemparkan kpd aku dan ketika itu barulah aku teringat yg dialah yg bersama zoragon bercium mesra dibilik neraka tu. Pandanganku lantas dihalakan ke arah lain. Selesai sesi perkenalan, sesi pembelajaran pon disambung kembali. Sir Elliot guru yg mengajar subjek Matematik dihadapan sedang asyik menerangkan formula2 kira2 bg subjeknya. Aku bertuah kerana bab yg diajarnya sudah aku pelajari semasa disekolah lama ku dan matematik adalah salah satu subjek kegemaranku jd mudah utk aku memahami apa yg diajar sir Elliot.
Sesi persekolahan hari ni telah taman. Aku,Mad,Fudail dan Nazrin berjalan bersama2 menuju ke DM. Aku terpandang Iman yg sedang berdiri di tepi tangga keseorangan. "Wik wik...sorang je ke?" tanya ku. "Takla...ada je malaikat kiri n kanan ni teman sekali" lalu dijentik nye dahi aku smbil berjalan bsama2 menuju DM...(takguna punya kawan) getus aku.
Sesi ptg selepas Asar dihabiskan dgn melakukan aktiviti. Pelajar tidak dibenarkan berada didalam bilik asrama. Iman memberi isyarat utk aku mengikutnya dan aku pon mengikutnya. "Wan...cuba cerita apa sbnrnye jadi kat kau mlm td?" tanya Iman yg cuba mengcungkil cerita disebalik insiden yg berlaku mlm td. Kami duduk bersama di pondok tepi padang sekolah melihat permandangan padang sedang semakin ramai pelajar sedia utk bermain bola bersama2. Terdpt juga pasukan rugbi sekolah yg sedang berkumpul diatas padang utk sesi latihan mereka mungkin. Dari jauh aku melihat abg Daus dan abg Hamizi sedang menghala ke arah pasukan rugbi berkenaan. Abg Hamizi sempat memandang aku dr kedudukannya dan aku perasan lalu memindahkan pandangan ku kearah lain. "Man...aku kne pukul mlm td" tu je yg mampu aku kata pd sahabat aku ni milihat dia yg sedang dr td tak sabar menunggu cerita dr aku. "Apa!? Mcm mana ko kne pukul?sbb apa?sapa pukul kau? Mak ayah kau tau tak ni...ko cerita kat aku dr mula smpai habis skang jugak!!!". Bertubi2 pertanyaan yg dilemparkan dr Iman kpd aku membuatkan aku kurang selesa utk menceritakan apa yg berlaku ttp atas dasar sahabat aku pun mula bercerita kpdnya dr mula hingga akhir. Berkaca juga la mata aku apabila menceritakan apa yg berlaku pd aku kpd Iman. Iman yg aku lihat mukanya merah akibat marah mungkin mula tak tengteram apabila habis mendengar cerita aku. "Sudah...aku ok...ko relaks je la man...jgn risau ok" kata aku utk menenangkan Iman. "Kau tau Wan...kawan2 kita kat sekolah tu semua mintak aku tlg tgk2 kan kau...Safuan dgn Omar tu lagi la tak habis2 suruh aku jaga kau kat sini sbb takda dgn kita...dorang risaukan kau...aku risaukan kau" kata Iman...tak semena2 airmata aku mengalir mengingatkan kawan2 disekolah terutama Safuan dan Omar...rindu pula aku pd mereka.
"Hi comel"...terdengar suara yg tiba2 membuatkan tengkuk aku meremang kencang. Aku lantas memandang ke arah suara tersebut dan benar sangkaan aku tak lain tak bukan mahkluk zaragon dgn kasut but nye tergantung di tengkuk nya. Senyum sinisnya buat aku teringat kejadian mlm td dan membuatkan aku tidak selesa. "Ikmallllll!!!!" tiba2 satu jeritan kuat dr jauh memangil seseorang. Aku lihat abg Daus yg sedang mengcekak pinggang nya memandang tajam ke arah kami. "Ikmal! Latihan da nak mula ni...cepat la...cikgu da panggil!" jerit abg Daus dr jauh. "Kejap laaa...haishhhh...ok comel abg pegi dlu ye...muahhh" hinggap satu ciuman dipipi aku...aku dgn terkejut terus bergerak kebelakang hampir2 jatuh akibat tingkah laku zoragon ni td.
Ikmal...nama mahkluk zaragon yg membuat onar terhadap ku. Setelah habis Isyak,semua pelajar form 4 dan 5 di arahkan ke dewan utk sesi Prep. Pelajar diasingkan nengikut tingkatan masing2...sebuah kelegaan terpancar dari airmuka aku. Kejadian ptg td benar2 buat aku hilang mood utk membuat ulangkaji. Sekali sekala Mad bertanya kpd ku tentang subjek matematik yg pd dia aku sudah memahami dgn telus. Iman hanya memandang aku dr tepi. Dia seperti tahu apa yg berada dibenak fikiran aku skang.
"Wan...abg Daus ada kat luar panggil kau" smpai Azim kepada aku menyuruhnya mengikutnya keluar dewan. Aku melihat abg Daus serta beberapa lagi wakil pelajar aspura berkumpul disitu. Abg Hamizi juga ada disitu melihat aku yg baru keluar dr dewan. "Ok ke kau hari ni?"tanya abg Hamizi kpd aku...aku hanya mengangguk sj membalas pertanyaan dia. "Wan...ptg td knpe Ikmal pegi kat kau?dia ada cakap apa2 ke kat kau?"tanya abg Daus..."takda apa2 bang...dia cuma cakap hi je kat sy siang td" kata aku..."betul ni?tak tipu?"tanya nya lagi..."betul bang...sy tak tipu" balasku..."hmmm ok...abg just tanya je...budak tu bkn betul sgt...klo dia ada nak buat apa2 kat Wan cepat2 bg tau abg ok" cadang abg Daus...aku hanya ikut angguk sj setelah mendengar arahannya td dan mereka pon berlalu pergi tp abg Hamizi masih lg berdiri di depan aku memandang aku tajam...aku pon senyum2 manja smbil menutup mata ala2 comel memandangnya. Abg Hamizi kelihatan tersentak lalu cepat2 berlalu pergi ke arah abg Daus da kawan2 nya td.Abg Hamizi POV
Budak ni comel jugak aku tgk...kesian pulak baru2 masuk je da kena buli dgn budak setan tu...getus hati aku. "Kau ok ke hari ni" tanya aku dan dijawab Wan. Aku hanya memandang budak ni smbil Daus byk tanya soalan pd Wan. Tidak sedar Daus da berlalu pergi,aku masih memandang wan dan tiba2 satu senyuman maha comel dilemparkan kpd aku. Hati aku berdengup kencang tersentap melihat senyuman comel Wan membuatkan aku terjaga dr lamunan td. Terus aku berjln menuju ke arah Daus smbil hati aku bersenyut kencang...apakah?
End POV.Haaa...apa kena nye dgn hamizi ni...tersuka tanpa sengaja ke? Si zoragon ni pulak makin berani pulak dia...apa lagi la benda jahat dia nak buat lagi lepas ni...sian la kat dak wak ni...sehingga ketemu kita lagi ya...stay safe guys.
YOU ARE READING
SAYANG
Lãng mạnJika benar kau sayang,lepaskan dia pergi... Saked.Pedih.Hampa.Penat Semua ni di rasa satu tubuh kecil yang menanti penuh setia hadirnya seseorang yang tulus dan ikhlas dengannya. Apakah akan hadir seseorang yg sebegitu? Perjalanan yg diatur untuknya...