¹ BUNDA

1.6K 6 0
                                    

"ayah? haha, biar je dia mati."

🍑

.
.

2019 September 20

.
.

"nurse, ada penjaga tak budak ni?"

soal doktor bedah puan tersebut kepada kakitangannya, yang masing-masing sibuk menyambut bayi sihat itu ke dunia. sudah empat jam pasukan ini disini sejak 11 malam semalam, akhirnya. tangis bayi tersebut indah menggegarkan wad bersalin tersebut.

"takda doktor, dia datang sorang-sorang."

balas seorang nurse wanita yang berada di sebuah meja, menjawab pertanyaan tanpa menoleh kebelakang. doktor Fahrin mengangguk perlahan sebelum terus fokus semula dengan gadis muda yang sudah terlantar letih diatas katil bedah itu.

walaupun gadis ini masih muda, namun bayi kandungannya sihat dan bertenaga. tangisannya nyaring dan berat badan bayi itu melepasi tahap memuaskan.

"alhamdulillah dik."

.
.

bila tersedar, gadis itu sudah berada di wad lain. bersama dia ada lagi tiga pesakit lain didalam satu bilik. suasana tidak terlalu riuh tetapi dia boleh mendengar jelas perbualan pelawat lain.

seronoknya ada keluarga, ujar hati kecilnya. dia melihat di meja panjang yang merintangi katilnya, ada sebungkus potongan roti sandwic dan sebotol bunga mawar.

dia memajukan sedikit tubuhnya kehadapan, sebelum mengadu kesakitan. alur kemaluannya masih terasa bisa, mungkin kerana jahitan daripada malam semalam. sakit pula, tak jadi dia mahu mengambil bunga tadi.

dia menyandarkan tubuh, memandang jauh ke permukaan siling yang bersih. alhamdulillah, anak aku dah selamat dan aku dah boleh berjalan sendiri.

ujarnya perlahan sebelum air mata jatuh ke pipi mulusnya, deras dan lebat sehingga basah pakaian hospitalnya. sebelum cepat-cepat dia menyeka air mata dengan belakang tangan bila terdengar bunyi telapak kaki bertumit rendah menghampiri katil.

dia tahu ini bukan pelawat kerana ada bunyi troli makanan dan suara sapaan mesra kepada pesakit-pesakit di katil yang terletak di muka pintu.

dia duduk di katil hujung, di sebelah tingkap yang luas. pagi ini mendung tetapi langit tidak gelap. cuma, tiada matahari yang memancar.

"adik Sari- ini makanan awak okay? nanti, dah siap makan ke apa.. ni makan ubat yaa. ni akak tolak sikit meja ke adik tau. jangan banyak bergerak sangat, jahitan awak tu masih baharu. tapi dalam masa dua tiga hari akak rasa dah okay dah."

"okay."

.

.

.

Manis betul senyuman budak lelaki itu, bertatih dia berjalan..menapak merapati ibunya yang sedang duduk diatas tilam. Sari, berselimut tanpa seurat benang dengan tangisan di pipi.

"mama?"

"ye sayang?"

berserabut fikiran wanita itu, pada usia yang jauh lebih muda. dia sudah terpaksa menanggung beban seperti ini, anak yang sedang dipangkunya ini pun dia tidak pasti anak siapa.

Amar, anak sulungnya ketika dia Sari berumur 18 tahun. hasil daripada benih-benih lelaki yang tidak pernah dia kenali. gadis itu menjual dirinya demi melangsaikan hutang piutang antara bapa sialannya dan rakan-rakan baiknya.

*sigh*

masih terakam segar memori dia ketika pertama kali ayahnya Imran membawa dia ke sebuah motel. pada hari tersebut, keadaan di luar perkarangan motel tersebut riuh rendah dengan sebuah konsert mini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 03, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ALAMWhere stories live. Discover now