BAB 4

38 10 2
                                    


Tumpuan mereka terus menghala ke pintu apabila jeritan Megat bergema.

"Tu suara Megat kan?" Bulat mata Maisara memandang yang lain. Hatinya mula dipagut risau.

"Cuba contact dia," saran Afwan.

"Kita orang tak boleh. Sebab phone, laptop, tab semua hilang." Julia memberitahu.

"Wait, what?" Nada suara Afwan naik sedikit. Dia tidak menjangkakan hal itu.

Najid terus bangun lalu menggeledah seluruh bilik tersebut. Dan ternyata, peralatan elektronik mereka turut hilang. Najid memaki hamun dalam kemarahan, namun pantas dia beristighfar.

"Macam mana ni? Kalau ada apa-apa jadi kat Megat macam mana?" soal Maisara lagi.

Dharma nampaknya sedang termenung jauh, seperti berfikir.

"Abang?" panggil Maisara.

"Kita turun, cari pakcik yang duduk kat kaunter tu. Mungkin dia tahu Megat kat mana," putus Dharma. Dharma segera bingkas.

"Tapi saya rasa tak sedap hatilah," kata Julia. Tampangnya nampak resah.

"Kenapa tu?" Dharma menaikkan keningnya sedikit.

"Saya pun tak berapa pasti. Tapi memang saya dah rasa tak sedap sejak kita berhenti kat R&R tu lagi. Rasa macam ada benda buruk yang akan berlaku," terang Julia. Dia bermain dengan jari-jemarinya.

"Kenapa kau tak bagitahu awal-awal, Ju?" tanya Najid.

"Aku ingatkan ini cuma perasaan aku je. Pastu bila dah dengar jeritan Megat tu, perasaan tak sedap tu makin kuat pula."

Mereka yang lain mula berasa gusar. Afwan kemudiannya menepuk dahi.

"Macam manalah kita boleh lupa. Dalam bilik ni kan memang ada telefon. Kita try contact kaunter."

Afwan bergegas ke telefon yang terletak di atas meja tepi katil. Dia meletakkan gagang telefon di telinga namun tiada deringan yang kedengaran. Dia mencari wayar telefon. Dia berdecit apabila mendapati wayar telefon sudah tercabut. Dia memasangnya semula dan mencuba sekali lagi. Masih tiada deringan.

"Aku rasa betul kata Julia. Tempat ni memang ada yang tak kena. Sebab telefon bilik pun tak boleh pakai," kata Afwan seraya meletakkan gagang telefon ke tempatnya semula. Yang lain tergamam, tidak tahu hendak bereaksi apa.

"Kita cari apa-apa yang boleh dibuat senjata. Lepastu kita cari Megat," arah Dharma, tegas.

Lalu mereka semua menyelongkar setiap inci bilik itu untuk mencari sesuatu sebagai senjata. Dharma memutuskan untuk menggunakan palang almari, Afwan mengambil besi penggantung tuala dari bilik air. Mujur pakunya sudah longgar, hanya memerlukan tenaga Najid yang kuat sahaja untuk merentap besi itu. Najid pula mencabut bidet yang agak panjang.

"Macam mana nak guna bidet tu sebagai senjata?" soal Afwan.

"Libas jelah. Aku ada asas guna nunchucks. Mungkin boleh guna teknik yang sama, insya-ALLAH." Najid cuba melibas-libas bidet tersebut. Mujur menjadi.

Afwan hanya mengangguk. Mereka berdua keluar dari bilik air.

"Kita orang macam mana? Dah tak ada barang dalam bilik ni yang boleh digunakan sebagai senjata." Maisara mengeluh.

"Emm guys... tengok aku jumpa apa." Semua mata menumpukan perhatian pada Julia. Gadis itu sedang memegang sebilah pisau lipat dan gunting menjahit.

"Dari mana Ju dapat?" tanya Dharma.

"Dari... beg Megat," balas Julia teragak-agak.

Wajah Julia tampak serba salah kerana telah menceroboh privasi Megat. Tetapi baginya ketika itu, keadaan memaksa.

MENTEKEDARAH | [ON HOLD]Where stories live. Discover now