BAB 12

30 8 4
                                    

"Tu! Through that door!" laung Afwan sebaik sahaja pintu yang dimaksudkan terlihat di pandangan mata.

Mereka berempat berlari mendapatkan pintu lebar itu. Pada permukaan pintu tersebut jelas tertulis, 'Dilarang Masuk.' Sebaik sahaja masuk, mereka mendapati di kiri dan kanan mereka ada pintu lagi; saling berhadapan di antara satu sama lain.

Di pintu sebelah kiri terukir nama Farisya, dihiasi dengan kerawang dan flora pada plak nama itu. Manakala di pintu sebelah kanan pula terpapar nama Jaafar dan Teh. Mereka segera tahu pintu mana yang mereka patut ceroboh.

Dharma memulas tombol pintu Jaafar dan Teh namun seperti yang dijangkakan, ia berkunci. Najid menggendang permukaan pintu tersebut dengan penumbuknya.

"Oi musibat! Aku tahu kau kat dalam! Pulangkan Julia!" bentak Najid dengan suara yang keras.

Mata Afwan pula sekejap-sekejap beralih ke pintu lebar tadi. Risau andai Polygone tiba-tiba muncul.

"Kita kena pecahkan pintu ni," usul Dharma.

Najid kemudiannya menyuruh yang lain ke tepi. Dengan kelebihan kudrat yang masih ada, dia mula mengapak pintu kayu yang tebal itu. Baru dua kali mengapak, mereka terdengar bunyi derap tapak kaki sedang berlari deras ke arah mereka. Muka masing-masing mula cuak.

Afwan berkata dengan laju, "Dia datang! Dia datang! Dia datang!"

Maisara lekas bersembunyi di belakang Dharma. Para lelaki sudah bersiap siaga dengan senjata masing-masing.

Sebaik sahaja Polygone merempuh masuk, Najid terus menghayunkan kapak dengan jeritan kemarahan. Disangkakan bilah kapak itu mengenai kulit Polygone, sebaliknya bahan alat pemadam api pula yang menyembur ke sana sini; mengalami kebocoran. Nampaknya Polygone menggunakan alat pemadam api sebagai perisai.

Anak-anak muda itu terkial-kial dengan gas putih yang menerawang di udara. Polygone mengambil peluang itu dengan menujah penumbuknya ke perut Najid. Sekali gus membuatkan pegangan Najid pada kapak terlepas.

Melihat Najid diserang, Dharma terus menghempuk belakang badan Polygone dengan besi. Belakang badannya terasa pijar, tetapi tidak cukup untuk membuatkan langkahnya terbejat. Polygone pantas menyauk kapak miliknya semula dan menghayunkan kapak itu ke arah Dharma.

Dharma melompat ke belakang hingga secara tidak sengaja terlanggar Afwan. Nasibnya malang kerana bilah kapak yang tajam itu tersiat bahagian abdomennya. Tidak terlalu dalam, namun masih mampu mengalirkan darah yang agak banyak. Dharma menyeringai kesakitan.

Maisara yang dari tadi menunduk kerana ketakutan, mengambil peluang itu untuk membenamkan pisau pada kaki Polygone. Buat pertama kalinya, mereka mendengar Polygone mengerang kesakitan. Polygone tidak dapat menahan marah, dia menghunjam kapak itu ke kepala Maisara.

"Mai!" Afwan lantas melibas tangan Polygone dengan besi penyangkut tuala, serta-merta membuatkan hunjaman lelaki itu tersasar.

Afwan pantas menarik Maisara ke tepi. Polygone masih mahu menyerang sebelum pintu biliknya terbuka dan Teh terlebih dahulu menarik suaminya masuk ke dalam. Pintu dihempas kuat. Tidak sempat Afwan hendak mendapatkan mereka. Dia melorot jatuh di hadapan pintu yang sudah tertutup rapat.

Maisara mendapatkan Dharma yang duduk tersandar pada dinding, tidak bermaya. Afwan pula mendekati Najid. Kedua-duanya menyeringai dan mengerang kesakitan. Baju berwarna susu yang dipakai Dharma terkoyak dan ada bahagiannya terpalit darah.

"Jid, kau okey tak?" Afwan memandang Najid, risau. Pemuda itu dari tadi memegang abdomennya sambil tertunduk.

"Aku okey. Senak sikit je." Najid kemudiannya bangun lalu mendekati Dharma. Begitu juga dengan Afwan.

MENTEKEDARAH | [ON HOLD]Where stories live. Discover now