BAB 13

22 8 2
                                    


Maisara akhirnya selesai membalut luka Dharma.

"Haih lepas satu, satulah," tutur Najid, merujuk kepada selepas satu masalah, datang yang lain pula.

Maisara merenung Najid, pandangannya sedikit tegang. Najid pantas membetulkan kata-katanya.

"Eh tak, maksud aku bukannya Abang Dharma yang jadi masalah kita. Sumpah tak. Maksud aku, lepas Julia dibawa pergi dan kita dah hampir nak dapatkan dia, tiba-tiba psiko tu datang balik. Dah jadi hal lain. Apa untung nasib Ju pun kita tak tahu."

"Ohh..." Kendur sahaja nada Maisara.

Maisara mengerling jam tangannya, masa sudahpun tamat. Sudah lebih satu jam Julia disorokkan. Rasa tertekan kembali menguasi minda.

"Apa kita nak buat sekarang ni..." ujar Maisara, buntu.

"Aku rasa kita give up jelah cari Julia," kata Afwan, nadanya mendatar.

Semua mata terarah pada Afwan. Lebih-lebih lagi Maisara. Gadis itu memberikannya pandangan yang tidak menyenangkan.

"Are you serious?" Maisara menyoal dengan riak tidak percaya.

"Yes."

Pang!

Satu tamparan tepat mengenai pipi Afwan. Afwan memegang pipinya sendiri. Dia merenung anak mata Maisara yang melotot marah memandangnya.

"Tadi kau juga yang cakap, kita akan cari Julia sampai jumpa. Kenapa sekarang tiba-tiba ubah fikiran ni? Mana pendirian kau? Julia tu kawan kita tau!" Suara Maisara meninggi.

Dharma mengusap lengan adiknya.

"Mai..." panggil Dharma, lembut.

Maisara tidak mengendahkan panggilan Dharma. Dia masih merenung Afwan yang sedang menekur lantai.

"Memanglah Julia tu kawan kita, tapi kau sendiri tengok jam, dah lebih satu jam! Dan bila-bila masa je psiko tu boleh keluar balik dan kapakkan kepala kita! Abang Dharma pun cedera ni. Tak sempat lari, nyawa melayang, Mai!"

Maisara mengetap rahang, geram. Air matanya mula mengalir deras. Dia memandang Dharma dan Najid. Kedua-duanya hanya diam dan memandang tempat lain.

"Tapi... Julia... Julia tu kawan Mai..." rintih Maisara.

"We'll come back for her later. Abang Dharma cedera ni. Kita nak berdepan dengan pasangan psiko tu, kita kena ada rancangan. Selagi kita tak nampak mayat Julia, selagi tu kita assume dia masih hidup, walaupun masa yang diperuntukkan dah tamat." Najid berkata, tegas.

Maisara merenung Dharma yang sedang menahan sakit. Dia mengetap bibir.

↠ ↞

TEH baru menghabiskan bahagian kaki hingga tinggal tulang. Bahagian lain yang masih berbaki, disimpan di dalam peti sejuk beku kecuali tangan kiri Julia. Dia sendawa kuat lalu mengelap mulutnya yang berlumuran darah hingga bersih. Dia memandang tangan kiri Julia yang dibiarkan terdampar di atas peti sejuk beku. Tangan itu akan diberikan kepada kawan-kawan si mati sebagai cenderahati.

"Itulah, siapa suruh lambat. Hihi."

Teh menoleh ke arah Polygone yang sedang berdiri tegak tidak jauh darinya. Dia menggamit lelaki itu untuk mendekatinya lalu Polygone disuruh duduk di atas kerusi. Dia membuka topeng Polygone. Jari-jemari runcingnya dilarikan pada muka Jaafar yang melecur.

"Kesian abang. Berani manusia tu buat abang macam ni."

Jaafar membuat muka kasihan. Teh tersenyum nipis. Dia meludah ke atas tangannya beberapa kali hingga satu takungan air liur berada di dalam tadahan. Lalu dia menyapukan air liurnya ke muka Jaafar sambil mulutnya terkumat-kamit membaca mantera dalam bahasa yang tidak dikenali.

MENTEKEDARAH | [ON HOLD]Where stories live. Discover now