BAB 10

21 8 0
                                    

"Hihihi..." Teh ketawa geli hati.

Dia melirik ke arah Julia yang terdampar di atas lantai. Gadis itu terus diam tidak berkutik selepas pengumumannya tadi. Pengsan barangkali. Dia mendekati Julia lalu menunduk hingga mukanya hampir dengan lantai. Darah Julia yang banjir itu dijilatnya rakus.

Dia tahu, tiada peluang bagi manusia-manusia itu untuk kekal hidup. Permainan ini miliknya. Dia telahpun checkmate dari awal lagi.

"Hidup dalam badan manusia ni menyeronokkan. Ada orang suruhan yang dipanggil suami yang akan ikut segala perintah aku. Aku tak dapat rasa nikmat ni di dunia asalku." Teh atau lebih tepat lagi, Ghul, ketawa kecil.

Tawanya perlahan-lahan menjadi tawa yang melengking-lengking.

↠ ↞

KETIGA-TIGA anak muda itu termenung jauh. Masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri. Sehinggalah Afwan memecahkan kesunyian.

"Aku baru perasan something."

"Apa dia?" tanya Maisara.

Najid turut mengalihkan perhatiannya pada Afwan.

"Kat tingkat dua, ada pintu lain kat hujung sekali. Kat sebelah pintu kecemasan dua di tingkat tu. Kau perasan tak, Jid?"

Najid merenung lantai seketika, cuba untuk mengingat kembali. Lalu dia mengangguk.

"Perasan. Kat sebelah bilik 2-08 kan? Kenapa dengan pintu tu?"

Sebelum sempat Afwan menjawab, Maisara melontarkan soalan.

"Macam mana rupa pintu tu? Macam rupa pintu bilik hotel ni ke? Aku tak perasanlah pula masa kita sama-sama lalu kat tingkat tu tadi."

Afwan menggeleng.

"Bukan. Dia bukan single macam pintu biasa ni. Dia dua daun pintu macam kat hospital tu."

"Ohhh..." Maisara mengangguk faham.

"Berbalik pada soalan Najid tadi, aku rasa di sebalik pintu tu ada bilik lain."

"Jadi?" Maisara berkerut dahi.

"Kau tak ingat? Pemilik hotel ni tinggal kat sini. Kau yang buat research tu kan?" Afwan merenung Maisara.

Sedetik kemudian barulah Maisara menunjukkan reaksi.

"Jadi, aku rasa ada kemungkinan Julia disorokkan kat situ," sambung Afwan, mengundang reaksi wajah yang penuh pengharapan daripada Maisara dan Najid.

Serta-merta Najid membetulkan duduknya.

"Haahlah. Tak mustahil. Sebab bilik lain macam impossible je untuk Julia disorokkan. Takkanlah dia bodoh sangat nak letak Julia dalam bilik yang kita senang nak cari kan?" Najid turut membuat spekulasi.

"Kau orang check tingkat dua kan tadi? Kau orang tak sempat masuk dalam bilik extra tu eh?" tanya Maisara.

"Kalau sempat, mungkin Julia dah ada dengan kita, Mai," balas Afwan bersama senyuman nipis.

Maisara tersenyum kelat. Dia menggaru tepi kepalanya yang tidak gatal, mula sedar silap sendiri dalam berkata-kata.

"Kita kena pergi tingkat dua tu..." tutur Najid, perlahan.

"Tapi macam mana dengan psiko tu? Perempuan tu kata, dia ada kat koridor ni." Maisara kembali menunjukkan riak resah.

"Mungkin perempuan tu tipu? Untuk takut-takutkan kita?" Najid meneka. Kemungkinan untuk perempuan itu menipu masih ada. Orang jahat begitu, sanggup buat apa sahaja asalkan mangsanya berasa gerun dan tunduk kepadanya.

Untuk mencari jawapan, Afwan mendekati pintu. Dia melekapkan telinga pada permukaan pintu tersebut lalu pendengarannya dipicingkan. Dia meletakkan jari telunjuk ke mulut, sebagai isyarat kepada kawan-kawannya. Seketika kemudian, dia kembali mendekati Najid dan Maisara.

"Tak, perempuan tu tak tipu. Aku dengar ada derap tapak kaki kat luar."

Najid berdecit. Maisara terus memeluk lutut.

"Nak buat macam mana ni..." rintih Maisara.

↠ ↞

DHARMA mundar-mandir di dalam bilik itu. Sekarang dia sudah terpisah dengan yang lain. Dia harus mencari jalan untuk ke bilik tempat mereka berada semula. Najid dan Afwan memerlukan peti pertolongan cemas itu kerana luka mereka boleh tahan dalam. Tidak parah, namun tetap menyakitkan andai terbuat pergerakan yang melulu.

Tetapi bagaimana dia hendak balik ke sana? Memikirkan yang Polygone sedang berada di luar, menambahkan lagi kekusutan mindanya. Dia meraut rambutnya, kasar. Rengusan geram dilepaskan. Dharma mengerling jam tangan. Sudah 45 minit berlalu. Think Dharma, think!

Dharma terus menyelongkar beg semua orang di dalam bilik itu. Dia perlu mencari apa sahaja yang boleh membantu dirinya untuk melepaskan diri dari belenggu Polygone, bersatu semula dengan mereka yang lain dan seterusnya menyelamatkan Julia!

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈«
Boleh rujuk peta di bahagian 'Pengenalan'  sebagai rujukan 😁

MENTEKEDARAH | [ON HOLD]Where stories live. Discover now