11

670 69 6
                                    

"mikey." teguran y/n membuatkan mikey yang menangis tertunduk di station bas itu terkejut.

Dengan laju dia mengelap air matanya.
" kau nak apa?"

Perlahan lahan y/n duduk di sebelahnya.

Y/n hanya berdiam diri tidak berkata apa apa.

Begitu juga dengan mikey. Dia cuba menahan air matanya. Dia tidak mahu kelihatan lemah.

" penat aku cari kau merata rata tahu tak?" usik y/n memecahkan kesunyian.

Mikey yang menunduk itu menoleh.
Tapi dia tak berkata apa apa.

Perlahan lahan y/n menggosok gosok belakang mikey dengan tiba tiba.

" mikey... takpe.. tak salah pun nak menangis... "kata y/n perlahan menbuatkan mikey yang sudah lama menahan air mata itu akhirnya tewas.

Y/n memeluk erat bahu mikey.

Dia tak berkata apa apa sebaliknya hanya memeluk mikey yang masih menangis itu.

" kau tahu aku tak akan judge kau kan.. " kata y/n lagi.

Dia tidak mahu rakannya yang dikenalinya sejak kecil itu menahan kesakitan.

" y/n.. a-a-.. Abang.. Shinichiro..."

* end flashbacks *

____________________

" oi." panggilan seseorang membuatkan dia yang menunduk itu menoleh.

Kelihatan y/n dengan berbaju tidur pajamas dan rambutnya diikat bun sedang berdiri di tepi tiang station bas itu.

Mikey menjeling y/n tanpa berkata apa apa.

Perlahan lahan y/n berjalan mendekati mikey.

Bangku kosong di sebelah mikey diduduk olehnya.

Suasana sunyi.

Mikey hanya menunduk menenangkan perasaan.

Y/n pula mendongak melihat bintang menikmati pemandangan.

" kau okay?" pertanyaan y/n setelah lama mereka mendiamkan diri memecahkan kesunyian.

Mikey tidak menjawab. Dia langsung tidak memandang y/n.

" kau ingat tak dulu kalau kau sedih je, mesti kau datang sini.. Lepastu aku pun datang haha." kata y/n lagi.

Matanya masih fokus memandang bintang dan bulan yang menyinari malam itu.

Tanpa dia sedar, mikey sedang menoleh memandangnya yang sedang mendongak itu.

Y/n menoleh.

Mereka bertentangan mata buat seketika sebelum mikey menoleh ke tempat lain.

" nak tahu tak kadang kadang kan, tak salah pun untuk kau rasa tak okay."

...

Mikey hanya mendiamkan diri.

Y/n menggosok gosok bahu mikey perlahan.

"  aku tahu kau tak okay, and its okay to not be okay.."

Kata kata y/n membuatkan air mata mikey akhirnya jatuh.

Sejak dari kecil, y/n lah yang selalu ada disisinya.

Saat dia menipu diri sendiri tentang perasaan nya yang sakit, y/n pasti akan ada di sebelah.

" semua salah aku.. " akhirnya mikey bersuara. Dia menunduk. Air mata menitik.

KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Where stories live. Discover now