16

586 54 36
                                    

Dua hari sudah berlalu, draken juga sudah dapat keluar dari wad nya.

mikey berjalan laju menuju ke kelas sebelah.  Diekori draken dibelakang

Dengan laju, meja gadis yang berambut pendek itu dihentaknya kuat.

Gadis berambut pendek yang sedang mengunyah chewing gum sambil melihat cermin itu tersentak.

Dia tersenyum melihat mikey sambil mengusap usap dadanya yang terkejut.

" nani mikey kun -"

" kau buat apa dekat y/n?" tanya mikey terus dengan tegas.

Gadis itu tergelak kecil mendengar soalan y/n. Dia kemudian memulas mulas rambutnya dengan jari.

" buat apa? Saya tak buat apa apa pun.." katanya lalu tergelak kecil.

Dia kemudian menoleh ke arah sachiko yang kelihatan keliru disebelah.

" kau jangan nak buat buat bodoh boleh tak? Kau ingat aku tak tau?!" marah mikey.

Suaranya yang cuba diperlahankan agar tidak kecoh itu dikuatkan.

Dia sudah tidak kisah jika orang di sekeliling mula berbisik satu sama lin.

" heh. So? Kalau aku buat pun? Kau nak aku buat apa? Bukannya boleh ubah apa apa pun, dia pun dah terlantar kat hopsital tu.." kata nya selamba.

" oi" draken yang mendiamkan diri di belakang mula bersuara mendengar gadis itu bercakap besar di hadapan ketua merangkap sahabatnya itu.

Mikey mengetap gigi. Tangannya mula diangkat ingin menampar gadis itu.

Sachiko yang keliru yang duduk di sebelah meja gadis itu terus menahan mikey dengan memegang tangannya.

Gadis berambut pendek itu terus menutup mulut nya acah acah terkejut.

" omaigod, so cute couple.. Macam ni la kita nak, sweet sweet. Bukan dengan loner tu." katanya lagi sambil tergelak kecil

Orang disekeliling tidak gelak kerana mereka tahu betapa menakutkannya mikey.

Mikey terus menarik tangannya kuat daripada dipegang sachiko.

" kann... Sachiko san? " kata gadis berambut pendek itu memandang sachiko sambil tersenyum sinis.

Mikey menjeling sachiko dengan perasaan geram.

Air yang ada di atas meja diambil lalu terus dituang ke atas gadis itu.

" baka" katanya

Dia kemudian terus beredar dari kelas itu. Sempat juga dia menjeling sachiko sebelum keluar.

Aku dah agak mesti ada benda pelik dengan si sachiko tu.. Katanya dalam hati.

_________

Keesokan harinya, sudah genap 3 hari dia tidak dapat melawat y/n atas arahan ibubapanya.

Kalini dia berkeras, walaupun ibubapa y/n menghalangnya, dia tetap mahu melihat y/n.

Sekali pun takpelah.

Motornya dibawa laju menuju ke hospital yang dituju.

Di atas motor terdapat juga sekuntum bunga yang dibelinya setelah habis sekolah.

__________

Pintu bilik wad dibuka, kelihatan y/n sedang memakan makanan yang disediakan hospital di meja hospital dengan tangan kanannya berbalut simen.

Melihat y/n yang sudah sedarkan diei itu, mikey tersenyum gembira.

Namun senyumannya tidak bertahan lama sebaik sahaja dia perasan kelibat puan hirai di tepi.

Dia terus menunduk kepada wanita yang melipat lengan dengan renungan yang tajam itu " gomen-"

" apa apa jelah. Y/n ni pun lepas bangun dia cari kamu dulu. Dahla. Mama busy ni y/n mama pergi kerja dulu ya. Jaga diri." katanya lalu terus keluar dari bilik itu.

Y/n mengangguk perlahan. Dia mengeluh. Kemudian dia melihat ke arah mikey lalu tersenyum

" haaa datang pun! Penat aku tak sedarkan diri tunggu kau datang " guraunya.

Mikey mencebik." tak kelakar la. Aku risau tau." katanya.

Y/n tergelak gelak melihat mikey yang risau itu.

Pandangannya pada mikey terus tertukar kepada sejambak bubga yang dipegang oleh mikey.

" eh apetu!!! Wahh untuk aku ke! " katanya teruja.

Kepalanya bergerak ke kiri dan kekanan ingin melihat bunga yang disorok mikey itu.

" ah lantak kau la. Aku lapar." katanya lalu terus menyambung makann makanan hospital itu.

Mikeg terus duduk di atas kerusi di sebelah katil y/n itu.

Bunga yang dipegangnya diletakkan di meja kecil di tepi, di sebelah patung yang dihadiahinya.

Wajah y/n yang sedang makan itu ditatapnya.

" sapa buat kau jadi macam ni y/n?" tanyanya.

Y/n yang makan dengan gembira itu menoleh.

Pipinya kembung dek kerana sedang mengunyah makanan yang banyak dimulut.

Perlahan lahan dia menelan makanan itu sebelum hanya menjongket bahu tidak menjawab soalan mikey.

" ala sapa kisah. Asalkan patung fictional kegemaran aku selamat" katnya tersenyum

Dia lalu terus menyambung makan dengan gembira. Badannya digoyang goyang teruja.

" sachiko ke?" tanya mikey lagi

Y/n menggeleng. " eish. Jangan lah tanya. Bukan dia, bukan sapa sapa." katanya lagi lalu terus menghulurkan sudu berisi makanan kepada mikey.

" nak? Bukak mulut. Aaaaa" katanya

Mikey yang lapar itu tewas dengan bau aroma makanan yang sedap itu.

Mikey membuka mulut perlahan lahan. Y/n menyuap makanan itu memasuki mulut mikey.

Mata mikey terus bersinar sebaik sahaja menelan makanan tersebut.

Melihat reaksi mikey, mata y/n juga bersinar.
" sedap kan sedap kan??" katany teruja.

Mikey juga mengangguk teruja

Perkara yang ingin ditanya nya tadu pun sudah dia lupa.

Penangan makanan sedap.

Sedang mereka berbual sambil makan bersama sama, pintu hospitak diketuk.

Mikey dan y/n masing masing melihat siapa yang memasuki bilik itu.

Kelihatan kisaki sedang memegang sekuntum bunga juga memasuki bilik wad y/n.

" ohayou..." katanya malu.

" tch." mikey menjelingnya.

KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Where stories live. Discover now