#reviu13 : Hida Hadi Hussin (Carrie Kesuma)

76 12 0
                                    

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah masih ada yang membaca cerita ini walaupun sudah hampir 2 tahun ia diterbitkan.

Berbanyak terima kasih Hida Hadi Hussin atau lebih dikenali sebagai Carrie kerana sudi memilih buku ini untuk dijadikan antara bahan bacaan. Beliau, salah seorang pengulas buku yang berpengalaman luas. Malah pernah terlibat dalam kerja penterjemahan novel-novel luar negara. Lantaran itu, kebanyakan resensi beliau tidak hanya tertumpu kepada buku berbahasa Melayu saja, sebaliknya buku-buku luar negara juga.

 Lantaran itu, kebanyakan resensi beliau tidak hanya tertumpu kepada buku berbahasa Melayu saja, sebaliknya buku-buku luar negara juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya copy paste resensi beliau di sini

Surat-surat dari Nagasaki

Cinta itu, sebuah perjalanan cerita hati tanpa noktah. Dan, kau ada dalam tiap halaman cerita hatiku."

*******

Beberapa bulan yang lepas, saya mendapat mesej peribadi daripada Hara Nur yang bertanyakan sama ada saya masih reviu novel. Saya maklumkan kepada beliau, saya masih buat reviu novel cuma tidak sekerap dahulu dan atas permintaan.

Oleh kerana saya masih dalam proses pemulihan dan hampir mati akal berada di rumah, saya tergerak untuk membaca Surat-surat Dari Nagasaki.

Hara Nur adalah antara ribuan kumpulan penulis yang banyak menjadikan Wattpad, platform bacaan sosial yang membina komuniti penulis dan pembaca di alam maya, sebagai platform untuk menulis cerita.

Surat-surat Nagasaki adalah novel swaterbit yang terhasil daripada penulisan Hara Nur di Wattpad itu.

Kisah cinta terlarang antara Leftenan Keisuke Akashi dan Melur dalam zaman Perang Dunia Kedua di Kelantan menjadi tunggak utama Surat-surat dari Nagasaki.

Garapan cerita yang kemas berlatarbelakangkan kehidupan penduduk Tanah Melayu pada zaman pendudukan Jepun menyingkap penderitaan sebenar penduduk di sebalik pemerintahan kejam Tentera Jepun ketika itu.

Cinta Akashi terhadap Melur berkembang mekar walau disulami pelbagai adegan tragis yang menimbulkan kebencian penduduk Tanah Melayu terhadap Tentera Imperialis Jepun.

Hara Nur berjaya membawa saya merasai keperitan penduduk di Kelantan, menyelami hati Akashi dan Melur, meladeni kekecewaan ibubapa Melur tentang cinta seorang tentera Jepun yang dibenci terhadap satu-satunya anak perempuan mereka.

Ya, novel ini penuh dengan pelbagai emosi yang bisa mengundang air mata. Sampai merah mata saya baca novel ini.

Saya suka kisah ini kerana terserlah betapa penulis mengambil inisiatif membuat kajian tentang budaya hidup masyarakat tempatan dalam tahun 1940-an. Saya tidak terasa cerita ini seperti sebuah cerita lama lantaran gaya penulisan penulis yang segar.

Syabas, Hara Nur. Nukilan anda yang diterbitkan sendiri ini telah menggamit saya menghabiskan novel ini dalam masa sehari saja walau novel ini mempunyai 622 muka surat.

Saya teringatkan emak yang suka makan ubi kerana emak membesar dalam peralihan zaman Perang Dunia Kedua yang mana bekalan beras sukar didapati hingga atuk terpaksa membajak sawah dan ubi kayu menjadi makanan ruji pada ketika itu.

Rating:🌺🌺🌺🌺

******
Surat-surat dari Nagasaki mengungkap semua. Kisah cinta terlarang yang dilarang. Kisah kasih yang tidak kesampaian. Namun, yang terindah itulah, kisah cinta manis seiring dengan masa.

******
Bagi yang berminat untuk mendapatkan novel ini, boleh berhubung terus dengan penulis yang saya tag dalam post ini.

Salam hujung minggu.

Salam hujung minggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

20.03.2022

~~ 🍀🍀🍀 ~~

Kepada yang berminat untuk mendapatkan novel ini, novel ini berbaki tidak banyak lagi. Boleh terus DM saya atau WhatsApps Kaksu: 019-262 4380

SURAT-SURAT DARI NAGASAKI (Terbit)Where stories live. Discover now