Kuiz SELASA - Surat-surat dari Nagasaki

110 9 0
                                    

Salam...

Peluang terakhir untuk memiliki novel Surat-surat dari Nagasaki secara percuma, jom sertai kuiz ini.

Kuiz SELASA
[Jawab kedua-dua soalan.]

SOALAN A

Watak utama dalam cerita ini ialah MELUR. Cipta SEBUAH (serangkap) pantun baharu atau tulis semula mana-mana pantun lama - dan pastikan di dalamnya tercatat perkataan 'melur'.

SOALAN B

Nyatakan DUA nama lain bagi bunga melur (kecuali nama saintifik). Boleh beri juga dalam bahasa asing dan nyatakan bahasa apa yang digunakan.

Pemilihan:

▪️Selain betul jawapan Soalan B, pantun yang paling disukai, akan terpilih sebagai pemenang. Keputusan adalah muktamad.
▪️Peraduan ini berlangsung sehingga pukul 8 malam esok (Rabu, 25 November 2020). Hadiahnya adalah sebuah buku Surat-surat dari Nagasaki.
▪️Sila berikan jawapan anda di komen ini.

☘️☘️☘️

Kepada yang ingin membeli novel ini, boleh dibeli melalui saya di Inbox atau kaksu di 019-262 4380. Terima kasih

KEPUTUSAN kuiz ISNIN:

Salam...

Kuiz ISNIN Surat-surat dari Nagasaki berakhir 12 tengah malam tadi. Mohon maaf ya, tidak dapat umumkan lebih awal keputusannya kerana malam tadi telefon saya kehabisan bateri. Dan pagi ini kaksu perlu hadiri kelas mengajinya. Namun, saya dan kaksu sepakat memberikan kemenangan kepada Nurhuda Mohamad. Tahniah.

Saya kongsikan jawapan dan kapsyen yang diberikan oleh Nurhuda Mohamad

☘️☘️☘️

SOALAN A

Berdasarkan petikan PROLOG Surat-surat dari Nagasaki tulisan HARA ini:

(1) Pilih mana-mana SEKEPING gambar yang anda fikirkan kreatif.
(2) Letakkan SEBARIS kapsyen/'tagline' untuk ungkap rasa anda setelah baca 'tautan' di atas.

KAPSYEN NURHUDA MOHAMAD :

'Matahari akan sentiasa menebus langit biarpun berkali-kali tenggelam dalam likat malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Matahari akan sentiasa menebus langit biarpun berkali-kali tenggelam dalam likat malam.'

☘️☘️☘️

SOALAN B

Jawab soalan tentang Surat-surat dari Nagasaki berikut:

(1) Berapa jumlah halaman buku ini?
(2) Berapa harga sebuah buku ini?

JAWAPAN :

(1) 623 halaman
(2) RM35

Mudah aja kan. Tahniah, buat Nurhuda Mohamad. Diminta Nurhuda Mohamad mesej saya dan berikan maklumat lengkap untuk proses pos novel Surat-surat dari Nagasaki.

SURAT-SURAT DARI NAGASAKI (Terbit)Where stories live. Discover now