Kuiz ISNIN - Surat-surat dari Nagasaki

105 10 0
                                    


Salam,

Kuiz ISNIN

🌿🌿🌿

SOALAN A

Berdasarkan petikan PROLOG Surat-surat dari Nagasaki tulisan HARA ini:

(1) Pilih mana-mana SEKEPING gambar yang anda fikirkan kreatif. (2) Letakan SEBARIS kapsyen/'tagline' untuk ungkap rasa anda setelah baca 'tautan' di atas.

Nota:
Contoh gambar dan sebaris kapsyen disertakan dalam post ini seperti di bawah:

Nota:Contoh gambar dan sebaris kapsyen disertakan dalam post ini seperti di bawah:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apalah yang indah dengan berperang?


SOALAN B

Jawab soalan tentang Surat-surat dari Nagasaki berikut:

(1) Berapa jumlah halaman buku ini?
(2) Berapa harga sebuah buku ini?

CARA MENYERTAI:

⚘Tag jawapan anda (gambar) pada FB Hara Nur dengan tanda pagar #kuizSSDN.
⚘Atau tag nama penulis Hara_Nur pada post anda di WATTPAD
⚘Tarikh akhir kuiz ini ialah pukul 10 malam, Isnin 23 November 2020.
⚘Saya akan pilih pemenang. Dan hadiahnya ialah sebuah novel Surat-surat dari Nagasaki.

Selamat mencuba!

🌿🌿🌿

Boleh dapatkan buku ini daripada saya atau kaksu (019-262 4380)


KEPUTUSAN kuiz AHAD:

KUIZ AHAD SURAT-SURAT DARI NAGASAKI.

Kuiz AHAD Surat-surat dari Nagasaki telah pun tamat jam 10 malam tadi. Terima kasih kepada Kaksu Noor Suraya Adnan Sallehudin yang sudi sediakan soalan kuiz. Juga kepada Puan Ana yang sudi hadiahkan sebuah buku untuk peraduan Novel Surat-surat dari Nagasaki.

☘️☘️☘️☘️

SOALAN A

"Kebanyakan pusara yang saya temui, bertindanan antara satu sama lain, adalah milik karayuki-san berusia 17 dan 18 tahun.

Sisa pusara yang kusam itu tidak dapat diredam melainkan menerbit perasaan pahit yang bersulam. Mereka wajar diberi kasih sayang. Mereka tidak punya keturunan yang akan datang mengunjungi pusara ini, untuk memberikan penghormatan. Untuk meletakkan bunga dan ranting dari pohon kudus jintan manis.

Takziah mendalam untuk tulang-temulang ini, terdedah disapa angin dan embun di sebuah tanah yang jauh dan begitu asing buat mereka."

Petikan di atas daripada BUKU apa dan ditulis oleh SIAPA?

(Jawapan dapat dicari dalam artikel perkongsian FB Hara Nur mulai 13 November 2020 hingga 20 November.)

JAWAPAN :
BUKU : Zunanroku
PENULIS : Osada Shota

☘️☘️☘️☘️

SOALAN B

Beri dua perkara yang anda suka tentang sampul kulit Surat-surat dari Nagasaki.

Untuk soalan ini, kami bersetuju memilih ulasan yang menarik sebagai pemenang memandangkan jawapan Soalan A ada beberapa orang yang telah menjawab dengan tepat.

Tahniah kepada Roszita Misnan kerana berjaya memberikan ulasan menarik.

Manakala bagi yang tidak berjaya, jangan kecewa. Masih ada dua lagi peluang untuk memenangi novel Surat-surat dari Nagasaki. Harap-harap soalan seterusnya tidaklah berapa susah 😄

Terima kasih kepada yang sudi mengambil bahagian.

Inilah jawapan yang diberikan oleh Roszita Misnan.

Inilah jawapan yang diberikan oleh Roszita Misnan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SURAT-SURAT DARI NAGASAKI (Terbit)Where stories live. Discover now