Berkongsi Berita

687 70 38
                                    


Bismillahirahmanirrahim...

Mula-mula author minta maaf kacau notification uolls. Sebab bukan kemaskini bab baharu pun, tapi sekadar ingin berkongsi khabar gembira ini dengan semua. Mungkin ada yang telah sedar atau mungkin juga ada yang belum sedar. 1941 telah diumumkan sebagai pemenang kategori Fiksyen Sejarah oleh panel-panel Anugerah Wattys2019 awal pagi tadi. Sungguh rasa terharu kerana sedar bukan sedikit cerita yang menyertai anugerah ini. Jika tak silap lebih daripada 1.4k cerita (untuk Bahasa Melayu sahaja) berentap sejak bulan Jun lalu. Tak sangka cerita kecil ini berjaya mencuri hati para panel.

Secara peribadi author tidak anggap ini kejayaan diri sendiri semata-mata. Tapi ia lebih kepada kejayaan pembaca 1941 sebenarnya yang selalu hadir tiap kali ada kemaskini bab baharu (walaupun author akui ia tidaklah sehebat Ramesses dulu). Kongsi dalam Reading List. Tinggalkan vote. Dan lebih penting komen kalian. Pelbagai komen baik geram, sedih, gembira mahupun bimbang. Itu semua adalah booster memangkinkan semangat untuk author terus mengarap cerita ini. Seterusnya menggerakkan jalan ceritanya. Dan tanpa sedar, sehingga chapter terkini (chapter 38) 1941 sudah hampir mencecah patah perkataan 65k dalam word. Macam tak percaya kan?

Di sini, author kongsikan cover baharu serta sijil pemenang. Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi luangkan masa berkongsi rasa bersama-sama Melur dan Leftenan Akashi.

 Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi luangkan masa berkongsi rasa bersama-sama Melur dan Leftenan Akashi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SURAT-SURAT DARI NAGASAKI (Terbit)Where stories live. Discover now