SETAHUN KEMUDIAN
Aku bersiap untuk ke sekolah. Kini aku berumur 17 tahun dan aku ialah seorang pelajar yang berubah total daripada pelajar yang ranking bawah 100 jadi atas 100.
Aku pon menuruni tangga. Kelihatan Haerin berada di dapur.
"Ehh morning unnie." ucapku.
"Morning dik. Mari makan dulu la. Eomma ngan appa dah keluar pagi tadi. Pastu baru kita gi sekolah." katanya. Aku hanya mengangguk lalu duduk bersamanya.
"Harini aku balik lambat so kau balik la dengan kawan ii kau." kata Haerin lagi. Aku hanya mengangguk.
"Asal? Nak teman Juyeon ke?" soal aku. Dia hanya tersengih.
"Haah maklumlah dia kan ada performance nanti." katanya lagi. Aku hanya mengangguk perlahan.
Juyeon sekarang menjadi idol sekolah. Memang iyelah busy sikit orangnya.
"Btw, nanti lepas exam kau datang la dewan. Aku jadi urusetia kat sana." kata Haerin lagi.
"Tengok dulu la unnie sebab nak study lagi kat library." kata aku. Dia hanya tersenyum.
"Okay sebab aku tak paksa tau. Kalau kau nak datang, datang je la." katanya lagi. Selepas selesai, aku pon pergi ke sekolah bersama dengan Haerin.
Masuk sahaja aku di perkarangan sekolah, aku ternampak Hayoun dan Mina sedang menunggu aku.
"Haii korang, sorry lambat." kata aku lagi. Mereka hanya menggeleng.
"Takpe, kiteorang pon baru sampai." kata Hayoun. Kami pon berjalan ke bilik locker.
"Ehh hari ni kau nak tengok performance tak? Hari ni ada group competition kat dewan sekolah tu. Jomlah. Ada ramai laki sem tau." kata Hayoun. Aku hanya tersenyum perlahan.
"Kakak aku pon ada ajak tadi tapi tulah aku rasa aku nak study." kata aku lagi.
"Rajin betul dia sekarang ni. Maklumlah dah jadi pelajar top 20 dah." kata Mina. Aku tersengih.
Nak sampai top 10 tu memang tidak la jawabnya. Aku tak boleh nak kalahkan The Boyz yang memang otak dorang ni otak Albert Einstein.
"Hurmm yelahh kau study je la. Tapi, Hyunjae kata ada surprise yang menanti kita." kata Hayoun. Aku mengerutkan dahi.
"Surprise apa?" soal aku. Hayoun hanya mengangkat bahu.
"Aku pon tak sure weh. Dia tak bagitau aku." katanya lagi. Aku hanya mendiamkan diri lalu mengambil barang ii aku di dalam locker dan masuk ke dalam kelas.
Aku focus di dalam kelas dan mencatat nota yang penting. Aku mengeluh perlahan sambil memegang locket rantai yang ada di leher.
"Kevin, dah setahun awak berjauhan dengan saya. Are you okay?" desis hatiku.
YOU ARE READING
『 C 』 MHS FF ; ❛❛My Personal Tutor❜❜
Fanfiction"Please, teach me!" STARTS: 21/08/2021 ENDS: 14/09/2021