BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN
Waktu hujung minggu telah tiba dimana Kevin membawa aku keluar untuk ke pantai. Katanya nak relax minda.
Aku menuruni tangga untuk menunggu Kevin. Tiba ii Haerin menyampuk.
"Ehhh Hyejin, kau dah keluar kunci pintu eh? Aku nak keluar dengan Juyeon dah." kata Haerin. Aku hanya mengangguk. Maklumlah Haerin tak lama lagi akan berkahwin dengan Juyeon.
Cepat betul mereka berdua tu naik pelamin. Tak lama kemudian, loceng rumahku berbunyi. Aku cepat ii membuka pintu. Kelihatan kevin sudah menunggu aku di depan rumah.
"Jom." katanya. Aku hanya mengangguk lalu keluar bersama dengannya.
"Saya lambat ke? Sorry tau buat awak tunggu." katanya. Aku hanya mencebik.
"5 jam lambat." kataku sambil menyilangkan tangan. Dia hanya tersengih.
"Ohhh 5 jam padahal 5 minit je lambat." katanya. Aku hanya tersengih. Orang nak gurau sikit pon dah terasa.
"Ehhh kawan ii kita pergi ke pantai?" soal aku. Kevin hanya mengangguk sambil memandu.
"Haah semua join tapi Juyeon la lambat sikit sebab dia nak cari peralatan kahwin dia dengan Haerin tu." kata Kevin lagi. Aku hanya mengangguk.
Beberapa jam kemudian, kami tiba di pantai. Kelihatan separuh dari kawan ii kami dah ada di tepi pantai. Aku mengambil bakul yang berisikan sandwich keluar dari kereta.
"Ehhh korang sorry lambat." kataku. Hayoun terus memelukku.
"Hyejin, lama tak jumpa kau. Aku rindu." katanya. Aku hanya tergelak kecil. Selepas tamat persekolahan, masing ii ikut karier masing ii. Ada yang sambung belajar, ada yang kerja.
"Btw tahniah kau dah nak tunang dengan Hyunjae." kata aku lagi. Hayoun hanya tersenyum malu.
"Thanks weh. Ehh jomlah. Aku tolong kau bawakkan bakul tu." katanya lalu membawa bakul ke tikar yang dah dibentangkan.
Kelihatan Hyunjae dan New sibuk memanggang daging. Maklumlah kami semua nak buat picnic sampai larut petang gitu.
"Ehh Mina tak sampai lagi eh?" soal aku. Hayoun hanya menggeleng.
"Belum. Dia datang ngan boyfriend dia ah." katanya. Aku hanya tergelak kecil.
Mina yang dulu menolak untuk bercinta dengan sesiapa pon sekarang dah ada yang punya. Untung betul siapa yang jadi boyfriend dia tu.
"Ehhh Ji Changmin, bak balik pork aku la!!" jerit Haknyeon. Kyu hanya menjelir lidahnya.
"Tak nakkk ni aku punya." katanya lalu menyumbat dalam mulutnya. Haknyeon hanya mencebik.
"Ishhh korang ni macam budak kecik la. Kan ada banyak lagi pork yang dorang dah panggang." kata Sunwoo sambil minum air.
"Susah betul Sangyeon tak sampai lagi ni. Aku yang kena jaga budak ii ni." kata Jacob pulak. Aku hanya tergelak kecil sambil memerhati ke arah mereka.
"Ehhhh first time Sangyeon lambat ni. Selalunya dialah yang paling awal." kata Eric pulak.
Tiba ii, kami ternampak Mina keluar dari kereta sambil membawa dua beg eco. Aku gegas mendapatkannya.
"Mina, asal kau lambat? Kiteorang bising kot." kata Hayoun. Aku menolong Mina mengangkat barang ii nya.
"Sorry, salahkan la mamat tu." kata Mina sambil memuncungkan bibirnya ke arah lelaki yang baru sahaja keluar dari kereta.
Aku membulatkan mata.
"Mina! Kau dengan..." kata ii aku terhenti seketika. Mina hanya mengerutkan dahi.
"Dah kenapa kau ni?" soal aku. Lelaki itu memeluk bahu Mina.
"Nampaknya Hyejin terkejut sangat ni." katanya. Tak lama kemudian, aku mendengar suara Jacob dari belakang.
"Yah Sangyeon, kau lambat!" kata Jacob. Sangyeon hanya tersengih.
"Sorry, tadi pagi aku beli barang nak buat nasi goreng. Mina kata dah habis bahan tu yang aku beli tu." katanya.
"Ishhh tak sangka pulak dia yang lambat. Dah jomlah semua dah sampai." kata Jacob. Para lelaki pergi dahulu dan tinggalkan kami bertiga di parking.
"Ehh Mina sejak bila kau dengan Sangyeon?" soal aku lagi, tak puas hati. Mina hanya tersengih.
"Hurmmm dah 7 bulan dah. Ehh dah la jangan tanya lebih siapa confess kat siapa. Dah jom." kata Mina lalu pergi ke pantai bersama Hayoun. Kevin datang ke arahku.
"Hyejin, apesal berdiri kat situ? Jom." katanya. Aku pon mengangguk dan pergi bersamanya.
Nampaknya semua makanan dah siap. Tunggu Juyeon je yang tak sampai lagi. Lama betul dia cari barang kahwin dia tu.
Tak lama kemudian, kami ternampak kereta Juyeon terpacak kat parking kereta.
"Haaa sampai pon bakal pengantin kita ni." kata Hyunjae. Juyeon hanya tersengih dan memeluk bahu Haerin yang disebelahnya.
"Sorry lambat geng." kata Juyeon lalu duduk bersama dengan kami. Kami menikmati juadah yang ada sambil menghirup udara yang segar.
"Segar kan udara kat sini? Nasib baik cuaca cerah." kata Hayoun.
"Tulah tuu. Aku sokong je." kata Mina pulak.
"Eherm, Hyejin. Hurmm boleh tak awak ikut saya jap?" soal Kevin lalu memegang tanganku.
"Nak ke mana?" soal aku.
"Ikut je la." katanya lalu membawa aku berjalan di pantai, meninggalkan kawan ii aku yang sibuk berpicnic.
"Okay, apa yang awak nak cakap dengan saya?" soal aku. Bila kami tiba di tengah ii pantai, Kevin menghadap ke arahku sambil memegang tanganku.
"Hyejin, do you love me?" soalnya. Aku mengangguk.
"Of course I am." jawabku.
"Since kita dah 5 tahun couple ni, saya nak upgradekan relationship kita." katanya. Aku hanya mendiamkan diri.
"Nak upgrade macam mana tu?" soal aku. Dia terus mengeluarkan sekotak cincin.
"Park Hyejin, Let's get married. Saya sedia nak tanggung dan jaga awak sepenuh hati saya. I want to live with you in one house as husband and wife. Saya tak nak perempuan lain selain awak. Will you marry me?" soalnya. Aku membulatkan mata.
"ACCEPT HIM!!"
Aku mendengar suara kawan ii aku dari jauh. Aku membulatkan mata. Sejak bila dorang ada kat situ?
Ini membuatkan muka aku merona merah. Kevin yang dari tadi memandang ke arahku hanya tersenyum kecil.
"I ask you once again. Will you be my wife?" soalnya. Aku tersenyum.
"Kalau saya reject saya yang bodoh, Keb. I will." jawabku. Dia menyarungkan cincin di jariku dan memelukku erat. Kedengaran bunyi sorakkan dari kawan ii aku yang bersama denganku.
Tak sangka aku ialah calon seterusnya selepas Haerin yang akan naik pelamin tak lama lagi. Aku bersyukur yang aku ditemukan oleh seorang lelaki yang sabar dan tabah menghadapi diriku yang dulunya sangat keras kepala.
"He's the one who changed me into a better person. Thank you, Kevin Moon and I love you so much..."
+++++THE END+++++
YOU ARE READING
『 C 』 MHS FF ; ❛❛My Personal Tutor❜❜
Fanfiction"Please, teach me!" STARTS: 21/08/2021 ENDS: 14/09/2021