DUA

24 6 0
                                    

Hari ni aq berseorang pergi ke sekolah. Auni sudah pergi ke Pulau Pinang. Tinggal aq sahaja. Aq tiba di depan pintu kelas 5 ibn khaldun. Pintu pon diketuk serta cepat² aq memberi kan salam. Semua mata kini melihatku. Dalam hati macam nak tercabut je jantung ni ,diorg tengok aq mcm nak makan aq. Nasib aq tak masuk kelas 5 ibnu sina, dah la semua pandai². Aq ni pandai biasye biasye je. Rindu pulak kelas 5 Al farabi, kelas lama ku dulu. Tiba tiba muncul seorang murid perempuan memegang lenganku Dan tersenyum manis. Aq pon turut tersenyum.

"Awak budak baru ke?" Tanya murid perempuan itu. Aq mengangguk.

"Nama saya wani qaisara. Yang duduk dekat belakang sebelah tingkap tu Dalili Naurah panggil Lili je. Lepastu yang duduk sebelah lili pulak Nur Haura panggil Ara. Ara tersenyum apabila namanya disebut. Nama awak apa pulak?" Tanya wani dengan panjang lebar."Wahh!! Baru first time masuk kelas ni...dah dapat kawan yang banyak cakap. Bagus, sekepala ngn aq", kata hatiku.

"Nama saya Tengku Nurlina Najihah, panggil lina pon boleh", jawab aku. Mereka mengangguk.

Aq duduk dimeja belakang bersama Wani,Lili dan ara. Terdapat satu meja yang kosong dibaris tempatku duduk manakala ditempat lili dan ara juga terdapat satu meja yang kosong . Aq duduk disebelah wani. Aq menanya kepada wani siapa yang duduk di sebelah aq, kerana terdapat tempat kosong. Wani berkata disitu tempat syafiqah zara juga dikenali sebagai fiqah. Aq pon mengangguk kerana faham. Sewaktu aq mengeluarkan buku untuk mengulang kaji aq terdengar suara bergelak tawa dua orang murid perempuan.

" Lambatnye korg datang", marah Wani. Almaklumla wani tu ketua kelas dan juga ketua asrama yang bakal aq diami.

"Alah...tak pela sekali sekala, eh sape sebelah kau tu wani", tanya fiqah kehairanan.

"Inila budak baru yang Cg Nora cakap tu... Nama dia Nurlina Najihah boleh panggil lina", jawab Wani lagi. Fiqah dan lia mengangguk sambil tersenyum.

"Hai nama saya Syafiqah Zara boleh panggil fiqah.. saya duduk dekat sebelah awak je,"senyum fiqah lalu bersalam dengan ku.

"Saya pulak Adelia Batrisya boleh panggil lia, saya pulak duduk dekat sebelah Ara. Aq mengangguk Dan tersenyum manis.

"Wahh cantiknya awak, awak dah berapa hari di sekolah ini," tanya wani. Aq tertunduk malu dan mukaku memerah kerana dipuji oleh wani. Fiqah mengintai muka aq yang tertunduk itupon ketawa sampai terbatuk batuk. Mereka juga mengikut ketawa.

"Ehh! Mana ada awak lagi cantik,saya baru 5 hari disini", jawabku dengan muka memerah. Fiqah pon menyampok.

"Lina, boleh tak kita guna perkataan aq kau sebab aq tak terbiasala panggil awak saya ni", kata fiqah sambil memandangku. Aq menjawab boleh dan fiqah pon tersenyum lebar. Ketika rancak berborak di belakang...Cikgu Nora pon masuk ke kelas kami.

"Assalamualaikum semua,hari ni kita ada pelajar baru...Lina sila perkenalkan diri," senyum Cikgu Nora. Aq berdiri ditempatku lalu memperkenalkan diri dengan ramah.

"Hi assalamualaikum, nama saya Nurlina Najihah. Awak semua boleh panggil saya lina. Senyumku malu². Dan semua orang bertepuk tangan. Cg Nora juga memulakan pelajaran bahasa melayu.

Bunyi loceng pon sudah kedengaran. Itu tandanya waktu rehat. Fiqah dan lia cepat cepat berkemas untuk pergi ke kantin. Cg Nora menyuruh wani mengutip semua buku latihan dan diletakkan di bilik guru. Selesai sudah wani mengutip buku latihan bahasa melayu. Aq memvolunteer diriku untuk mengikut Wani pergi ke bilik guru.

"Wani, aq nak ikut kau hantar buku latihan boleh", kataku sambil membuat muka comel.

"Boleh, tapi kau suruh fiqah ngan lia beli makanan dekat aq ngn kau. Lepastu suruh ara ngn lili cari tempat dekat kantin", kata wani. "Baik boss" senyumku sambil membuat tabik seperti askar.

Sewaktu di bilik guru aq tiba² dipanggil oleh guru disiplin iaitu Cg Hussein. Aq tergemam. Hatiku sudah bercelaru memikirkan kesalahan apa yang kubuat hari ini. Cg Hussein menanyakan soalan kepadaku.

"Awak tahu tak kenapa saya panggil awak". Aq menggeleng kerana tidak tahu. "Awak tahu tak kesalahan yang awak buat". Aku menggeleng lagi. "Takkan awak tak tahu kesalahan semalam yang awak buat", kata Cg Hussein lagi. Aq tiba tiba teringat... semalam aq terlambat datang ke sekolah dan nama ku ditulis di dalam buku disiplin, baru aq teringat. Aq pon mengangguk karna tahu.

"Cuba awak beritahu saya apa kesalahan yang awak buat", Cg Hussein memandangku dengan nada yang datar.

"Semalam saya datang lambat ke sekolah", aq menjawab dengan perlahan.

"Lagi?", Tanya Cg Hussein sambil mengangkat kening.

Hatiku berkata.. aq buat apa lagi bukan ke aq datang lambat, tujekan. Aq menggeleng tidak tahu.

"Kesalahan awak yang kedua ialah...awak berlari di koridor, awak tahu tak di tepi koridor tu terpampang papan tanda yang mengatakan dilarang berlari. Kenapa awak berlari di koridor. Pengetua pon sudah beritahu kepada murid..yang tempat koridor tu bukan tempat berlari", kata Cg Hussein dengan nada keras.

" Saya budak baru lagi cg...sewaktu perhimpunan di dewan saya memang berada di kawasan sekolah tetapi saya ada dipejabat kerana kerani di situ menyuruh saya tunggu sebentar untuk menyelesaikan hal pertukaran sekolah saya", jawabku sambil menahan nangis.

"Baiklah.. tidak mengapa. Saya bagi kelonggaran kepada awak, tetapi ini amaran terakhir. Kalau saya tahu ada nama awak lagi yang tercatat di dalam buku disiplin...siap awak. Dah awak boleh pergi", suruh Cg Hussein.

"Lina...lama aq tunggu kau, ehh kenapa kau nangis", tanya wani. Aq berkata tiada apa yang berlaku sambil menggeleng kepala.

Hai, nnti jangan lupa vote dan comment tau. Penat saya buat. Merajuk la cenni...hahaha. Tak de la saya gurau je. Seminggu sekali saya akan update.Tunggu next bab pulak. Byebye. Saranghae 💕💗.

Dia Tunangku!?Where stories live. Discover now