"assalamualaikum"seorang lelaki memberi salam.
"Waalaikumssalam", jawabku.
"Awak dah siap belom?", tanya farhan
"Dah. Kejap saya pergi ambil beg dulu. Masuk la", jemputku. Farhan pun masuk ke rumah. Dia menyalam tangan ayah yang sedang menonton tv.
"Farhan dengan Lina nak pergi mana?" Tanya ayah.
"Oh, farhan dengan lina nak pergi mall. Kawan kitaorg ajak",jawab Farhan.
"Oh ok. Farhan jaga anak ayah tu elok elok tau. Lina tu kalau dah pergi dekat mall, dia akan merayap keliling mall. Jangan sampai dia hilang dari mata Farhan ye", pesan ayah.
"Baik, ayah. Farhan janji. Farhan akan jaga lina"
"Farhan jom la", kataku. Farhan mengangguk.
Aku masuk di dalam perut kereta diikuti Farhan yang duduk ditempat pemandu.
Farhan terus memandu sehingga meninggalkan perkarangan rumah.
Semasa didalam kereta, kami hanya diam. Hanya radio sahaja yang jadi peneman. Farhan memulakan percakapan.
"Lina nanti awak nak beli ape dekat mall tu?".
"Saya nak beli baju je. Lepastu nak makan", jawabku sambil memandang keluar cermin kereta.
Sampai sahaja di pavilion. Aku nampak mereka semua dah berkumpul dekat pintu masuk pavilion tu.
Aku pergi kearah mereka. " Korang sorry, aku lambat. Farhan bawak kereta lambat sangat. Salahkan farhan ye", aku menunding jari kearah Farhan. Farhan hanya pasrah.
"Yela. Kita nak pergi mana dulu ni?",tanya Lia.
"Aikk. Kan Rayyan dengan Izman tak datang lagi", kataku pelik.
"Izman datang lambat sikit la. Kalau Rayyan tak tahu. Kau call la dia", jawab Wani.
Terus aku mencapai phone di dalam beg sandangku dan menelefon Rayyan.
Lina : assalamualaikum, Rayyan. Awak dah sampai dekat pavilion ke?
Rayyan : Waalaikumssalam. Saya tengah on the way. Nanti kita jumpa dekat McDonalds.
Lina : oh ok. Nanti dah sampai bagitau tau. Bye
Rayyan : Okay nanti saya bagitau. Bye
Aku menamatkan panggilan telefon itu.
"Korang, Rayyan suruh kita pergi McDonalds. Nanti dia jumpa kat sana. Alang alang tu jom la makan, aku lapar ni", kata ku sambil mengusap perut.
"Lina, bukan ke awak dah makan kat rumah. Ayah kata awak makan nasi goreng tiga kali tambah", Farhan memandangku.
"Yang tu kat rumah. Sekarang saya nak makan McDonalds. Awak tak nak ikut sudah. Saya tak paksa. Suka hati la orang nak makan banyak pun, bukan perut dia", aku membuat muka meluat.
"Yela yela, jom kita pergi McDonalds. Awak nak makan ape, saya belanja",tanya farhan.
"Heh, saya ade duit sendiri la. Tak yah nak sibuk sibuk. Korang jom la", aku memeluk tubuh lalu meninggalkan Farhan dan geng aspura di pintu masuk pavilion.
Farhan pov 🥀
"Ayokk, Farhan. Lina dah merajuk, tak tahu", gurau khai. Aku memandang tajam anak mata khai. Khai mengalihkan pandanganya kearah Danish, Ifqy, Adif , Afiq dan Syah
apabila mata aku dan khai bertembung.'tolong aku' khai membuat isyarat mata kerah mereka. Mereka mengangkat bahu dan berlaku pergi mengikut geng aspuri. Tinggal aku dan khai sahaja disitu.
"Ehh, Farhan. Aku pergi dulu ye, assalamualaikum", kata khai dan berlari kearah kawan kawanku yang sudah berada di depan. Tau pun takut.
End pov 🥀
Sampai je dekat McDonalds. Aku terus mencari tempat duduk.
"Lina awak nak makan ape, biar saya ordekan", kata farhan.
"Tak payah la, saya boleh order sendiri", Kataku lalu berura ura mahu bangun dari kerusi.
"Eh eh lina, tak payah la. Dah jangan nak merajuk", farhan membuat muka dinginnya.
"Hm yela"
Setelah memesan makanan dikaunter, farhan pun menunggu makanan yang dipesan tadi.
"Nah! Ada burger dengan ayam pilih la",kata Farhan.
Aku mengambil ayam dan burger lalu makan dengan lahap. Sewaktu makan kami bergelak ketawa dan terdapat susuk tubuh menghampiri Farhan.
"Hi Farhan. You buat ape kat sini",kata perempuan itu.
"Marissa kau nak ape datang sini?", tanya farhan dengan dingin.
"I baru lepas jumpa kawan i, lepastu ternampak you. Sebabtu la i singgah dekat sini, nak tengok my darling sekejap", Marissa duduk disebelah farhan sambil mengusap lengan Farhan. Farhan menepis lengannya dengan kuat.
Aku menahan amarah yang ada di dalam hati lalu memulakan perbicaraan.
"Farhan,ni sapa?", Tanyaku sambil berpura pura senyum. Belum sempat Farhan mahu menjawab Marissa sudah mencelah.
"Ni boyfriend i, kenapa you tanya? You nak rampas farhan dari i ke ha!", Jawab Marissa sambil menjeling aku. Eyy perempuan ni, aku sepak satgi kang, mau tak melayang.
"Ehh! Takdela sampai macam tu sekali. I ni tak main la rampas rampas boyfriend orang", kataku lalu menyambung makan semula. Yang lain semua diam.
"You jangan main main ngan i ok. Kalau you rampas Farhan dari i, you tunggu la nasib you. Heh!", Marissa dengan sengaja meletakkan kepalanya keatas bahu Farhan. Farhan menggerakkan bahunya supaya Marissa tidak dapat meletakkan kepalanya diatas bahu Farhan.
Nasib Farhan elak, kalau tak elak dah lama aku jadi hulk merah dekat McDonalds ni.
"Ok la baby. I have to go. Jumpa dekat sekolah nanti ye, bye", kata Marissa lalu berlalu pergi.
Aku mengejek perkataan yang dikatakan oleh perempuan itu. "Ok la baby. I have to go. Jumpa dekat sekolah nanti ye, bye" sambil membuat muka menjijikkan.
"Lina, saya boleh explain", kata Farhan.
"Awak tak payah la nak explain, saya nak makan ni" aku terus makan ayam goreng itu. Habis sahaja makan, aku memandang Farhan sedari dari tadi hanya melihatku.
"Ouh, untung la orang tu dah ada girlfriend. Tapi nak tunang dengan kita jugak. Kenapa la orang tu tak tunang je dengan girlfriend dia tu. Kan lagi bagus" aku memerli farhan, Farhan hanya menundukkan kepalanya.
" Korang aku nak pergi shopping ni, cepat la makan. Izman awak nak ikut budak lelaki ke?", Tanya ku kepada izman.
"Saya ikut diorang jela. Korang kan nak pergi shopping, jadi saya tak nak la kacau",jawab izman lalu aku mengangguk. Dalam beberapa minit Rayyan pun sampai di McDonald's.
"Lina sorry saya lambat sampai. Tadi tayar kereta saya pancit. Sebabtu la lambat. Sorry again", Rayyan membuat muka comel. Aku tersenyum melihat gelagat Rayyan.
"Yela saya tak marah pun. Rayyan saya nak minta tolong boleh tak?" Aku memandang Rayyan dengan penuh simpati.
"Ha tanya la. Untuk awak semua boleh",aku ketawa.
"Nanti lepas shopping awak hantar saya balik boleh tak", kataku lagi. Rayyan mengangguk.
"Tak boleh. Lina awak kena balik dengan saya", Farhan berkata dengan separuh menjerit.
"Awak ni dah kenapa, suka hati saya la. Sibuk je, jom la korang", aku terus belalu pergi. Wani,ara, fiqah, Lia dan lili membontoti di belakangku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hye korg!! Ok tak chapter ni. Sumpah saya dah tak ada idea dh. Ok la korg jgn lupa vote ok. Bye 👋🏻, saranghae 💗💕
YOU ARE READING
Dia Tunangku!?
Teen Fiction"Farhan, kenapa dengan kau ni. Asal muka kau macam marah sangat" - Lina "Lina kau ikut aq jap"- Farhan "Oii Farhan! Kau nak bawak lina pergi mana"- Rayyan Seorang pelajar yang bernama Tengku Nurlina Najihah Binti Tengku Muhammad Alias dipaksa oleh i...