tiga: Lamia

15 1 0
                                    

"Mana Alpha?" Tanya seorang Delta kepada Zeta yang berselisih dengannya.

"Alpha masih belum keluar daripada bilik dia. Kenapa Mia?" Damia menoleh apabila mendengar jawapan daripada belakangnya.

"Mi..."

"Awal betul kau cari Alpha pagi ni Mia." Ismi, Gamma di kawanan itu menaikkan sebelah keningnya.

"Ah, Ismi. Ni ha, ada surat untuk Alpha. Pengawal bagi tadi waktu aku sampai kat menara kawalan." Damia menunjukkan sampul berisi surat tersebut kepada Gamma itu.

"Kau nak aku tolong letakkan atas meja dia tak?"

"Boleh jugak. Aku letih sebenarnya ni." Ismi mengangguk faham. Delta itu baru saja pulang daripada tugasnya.

"Awoooooo ada orang dapat bekal lah!"

Serentak Damia dan Ismi menoleh ke arah suara tersebut. Mereka dapat melihat Beta iaitu Fayra sedang menggerutu kepada Omega yang bernama Firash.

Firash sedang mengusik Fayra yang memberikan bekal kepada pasangannya, Iskandar. Seorang Alpha yang bertugas menjaga sempadan wilayah kawanan mereka.

Pasangan itu sangat jarang kelihatan bersama kerana tuntutan tugas. Iskandar sebagai penjaga sempadan semestinya banyak menghabiskan waktunya di sempadan dan hanya pulang ketika waktu bertugas sudah bertukar. Waktu bertugas Iskandar adalah seminggu lalu diberi cuti selama tiga hari. Dalam tempoh seminggu itu, dia akan tinggal di sempadan dan melakukan tugas mengikut shift sama ada shift malam atau siang. Manakala sebagai seorang Beta, Fayra diberi tugas untuk menjaga gudang gandum yang berada di pinggir wilayah kawanan setiap hari daripada waktu pagi hingga ke petang. Oleh itu, mereka hanya dapat berjumpa setelah masing-masing selesai daripada tanggungjawab kerja.

"Bagitahu jelah yang kau cemburu sebenarnya." Iskandar membalas usikan Firash dan mendapat cebikan daripada Omega tersebut.

Damia dan Ismi yang melihat senario pagi ini hanya ketawa kecil. Sudah biasa.

Sebenarnya keadaan Firash lebih parah. Jika Fayra dan Iskandar jarang bertemu, Firash dan pasangannya sukar bertemu. Sebulan sekali rasanya. Alpha Firash bertugas di luar wilayah sebagai wakil daripada Alpha pemimpin mereka, Syamil. Tugasnya memerlukan dia sering outstation ke kawasan luar wilayah kawanan mereka.

Ismi menangkap biasan sedih di mata Damia apabila melihat gelagat Firash dengan pasangan Alpha-Beta itu.

Damia, Fayra, Firash dan seorang lagi;Beta, merupakan yang terawal menyertai Syamil dalam kawanan ini. Semuanya kecuali Damia sudah bertemu pasangan masing-masing.

"Damia, pergilah berehat dulu. Tadi kau cakap yang kau penat kan?" Ismi meraih surat yang dibicarakan oleh mereka tadi. Pertanyaan Ismi itu disahut oleh anggukan daripada Damia.

Ketika dia memalingkan tubuhnya, sebuah tangan menyambar lengan Damia membuatkan ringisan kesakitan kedengaran. Ismi mengerutkan dahinya apabila mendengar ringisan tersebut. Sepatutnya, pegangan di lengan itu tak akan menimbulkan rasa sakit.

Perhatian keduanya terarah kepada empunya tangan yang memegang lengan Damia.

"Kau terluka Mia."

Itu adalah Jina. Beta yang memegang gelar seorang doktor di kawanan ini. Dia menarik lengan baju milik Damia ke atas. Mereka dapat melihat segaris luka yang memanjang dan masih megeluarkan darah di lengan kanan Damia.

Damia mengemam bibirnya melihat pandangan tajam yang diberikan Jina. Rasanya dia sudah menyembunyikan kesakitan itu dengan baik tapi disebabkan sudah terlalu lama mereka berteman membuatkan Jina dengan mudah mengesan sebarang ketidakbiasaan pada Damia.

Ismi mengeluarkan keluhan. Ini bukan pertama kali Damia menyembunyikan lukanya. Katanya, dia boleh merawatnya sendiri kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

Penyembuhan werewolf memang cepat tapi tetap mengambil masa sehari penuh untuk luka itu tertutup sendiri tanpa sebarang rawatan. Luka tersebut tidak akan pulih serta-merta kerana Damia tidak mempunyai mate yang dapat menjilat luka tersebut untuk memulihkannya.

Jadi, Damia hanya mampu menurut apabila Jina mengheretnya untuk ke bilik rawatan yang ada. Sekali lagi Ismi tersenyum kecil melihat keadaan itu.

Iskandar sudah bertolak ke sempadan dan Fayra juga sedang bersiap untuk bertugas di gudang. Firash juga sudah masuk ke ruang utama untuk membahagikan tugas pada para omega sebagai ketua para pekerja di dalam rumah agam ini. Sekarang jam menunjukkan 7:45 pagi. Waktu bekerja bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada 5:30 petang. Begitulah sistem yang ada di kawanan ini. Tapi itu hanyalah waktu umum. Ismi sendiri bekerja sehingga malam. Tuntutan kerja sebagai seorang Gamma sangat banyak menjadikan dia seorang yang paling sibuk di kawanan ini.

Kakinya melangkah mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas di mana pejabat berada. Bertumpuk dokumen yang sedang menunggu dirinya.

Ditambah hari ni, sudah pasti Alpha pemimpin akan masuk kerja lewat. Diingatkan yang Luna merangkap Omega milik Alpha mereka sedang dalam fasa heat.

'Geez. Dasar pasangan muda.'

『••✎••』

Wolf rank chart;

Wolf rank chart;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


KawananWhere stories live. Discover now