Kaki mungilnya menuruni anak tangga perlahan-lahan sambil menahan rasa ngilu yang dirasakannya. Iya, dia adalah omeganya Syamil yang sudah bangun daripada tidur nyenyaknya. Sedikit kesal kerana sang Alpha tidak membangunkannya walau tahu niat sang Alpha tidak mahu mengganggu tidurnya.
"Hati-hati melangkah Luna..."
Humaira mengukir senyuman tipis mendengar teguran daripada ketua Omega itu. Firash, yang sedang membawa bungkusan sampah untuk dibuang.
"Terima kasih..." Namun riak wajahnya berubah melihat isi bungkusan itu. Tumpukan kapas yang kotor dengan darah merah. "Siapa yang terluka?" Humaira menatap wajah Firash yang mempunyai second-gender yang sama dengannya; Omega.
"Seorang Delta..."
"Delta mana?"
Firash ketawa kecil mendengar pertanyaan yang sedikit mendesak itu. Wajah Luna kawanan Lamia itu jelas memaparkan kerisauan. Tipikal seorang Luna.
"Delta Damia. Dia baru pulang daripada tugas." Firash menjawab sambil tersenyum lembut ke arah sang Luna yang lebih muda beberapa tahun darinya itu.
"Dia dah berehat kat bilik dia ke?" Humaira memegang lengan Firash meminta jawapan.
Firash menggeleng. "Rasanya dia masih di ruang rawatan dengan Beta."
Sekali lagi Firash hampir ketawa melihat Humaira yang bergegas ke ruang rawat kawanan. Mudah sekali Luna itu cemas apabila mendengar ada ahli kawanan mereka yang terluka. Setelah kelibat Humaira hilang, Firash kembali meneruskan kerjanya yang tergendala tadi untuk membuang bungkusan sampah yang dipegangnya. Bungkusan sampah yang berasal dari ruang rawat kawanan.
°
°
°
°
°
"Ya Luna, apa yang boleh saya bantu?" Jina menyapa Humaira tanpa berpaling untuk melihat. Dia mengesan kehadiran Luna itu dengan feromon yang sedikit pekat. Feromon manis vanilla yang bercampur dengan feromon maskulin alpha pemimpin mereka.
"Mana Delta?"soalnya tanpa berbasa-basi.
Jina tersenyum kecil lalu dia menunjukkan katil di mana Delta Damia berehat. Delta itu bahkan sudah terlelap.
Humaira memeriksa keadaan Delta itu. Dia dapat melihat lengan yang sudah berbalut kain bebat.
Humaira tak dapat menyembunyikan wajah sedihnya melihat lengan berbalut dari bahu hingga ke pergelangan tangan menunjukkan luka yang dialami Damia itu panjang dan juga dalam.
"Tenanglah Luna. Ini adalah perkara biasa bagi serigala petarung. Hanya saja Delta masih belum mempunyai mate, jadi proses pemulihannya tidak dapat dipercepat." Jina merendahkan katil yang diduduki Damia. Tadinya katil itu ditinggikan di bahagian kepala supaya mudah untuk dia merawat lengan Damia.
Humaira memuncungkan bibirnya lalu menggenggam tangan sang Delta. Tidak lama, Jina dapat mencium feromon manis menguar daripada Luna itu. Feromon yang lembut dan menenangkan. Matanya beralih ke Damia. Dia dapat melihat dada Delta itu berombak menghirup feromon yang dilepaskan secara terkawal oleh sang Luna.
Omega penyembuh atau diesebut sebagai healer. Itulah Luna mereka.
Kebolehan yang mereka miliki adalah mempercepat proses pemulihan. Feromon yang dilepaskan mereka dapat membantu proses pemulihan jika feromon mereka dihirup. Sepertimana yang dilakukan Humaira kepada Damia sekarang.
Tidak mengambil masa yang lama, feromon itu sudah memudar tak dapat dicium lagi. Sekali lagi Jina hanya memerhatikan sang Luna yang membuka balutan yang baru saja Jina selesaikan.
Mereka berdua dapat melihat luka panjang di lengan Delta itu sudah tertutup baik. Namun masih lagi memerlukan masa untuk benar-benar sembuh. Sekurangnya, tempoh yang diambil itu dapat berkurang.
"Jadi, lepasni nak ke mana?" Akhirnya Jina membuka suara setelah Humaira selesai membalut kembali luka Delta.
"Harini takde aktiviti sangat. Cuma nanti nak melawat pups. Alpha suruh berehat harini..."
"Ya sudah. Pergi rehat sana. Dah sarapan belum?" Jina membetulkan selimut Damia lalu beranjak menjauh setelah menarik langsir di sisi katil yang ditempati oleh Delta itu.
Soalan Beta itu dijawab dengan gelengan. Mendapat jawapan itu, Omega itu mendapat sebuah jentikan di dahinya membuatkan dia meringis akibat pedih yang dirasakan.
"Pandai, perut kosong lepastu rawat orang. Cari nahas eh. Baru berapa hari je awak tu pengsan sebab overwork. Dahlah rawat waktu feromon masih belum stabil. Haih." Jina bercekak pinggang menghadap Luna yang masih muda itu.
Humaira hanya mampu menunduk. Walaupun kedudukannya lebih tinggi di kawanan ini, namun dia tetap menghormati ahli kawanan yang lebih tua daripadanya.
"Ya sudah, pergi sarapan sana. Cuba tanya Firash, masih ada lagi atau tak makanan untuk sarapan tadi. Kalau dah habis mintak je mana-mana pekerja dapur masakkan." Humaira pun menurut apa lagi perutnya juga sudah berkeroncong meminta diisi.
Setelah bersarapan, dia akan pergi melihat pups yang ada di ruang asuh, fikirnya.
『••✎••』
Pups: bayi berusia dua tahun ke bawah
Wolfie: bayi berusia dua tahun dan ke atas, atau juga kanak-kanak.
.·:*¨༺ ༻¨*:·.
Ada sedikit perubahan nama pada watak. Bacalah balik utk mengelakkan kekeliruan untuk chapter mendatang.
YOU ARE READING
Kawanan
Werewolf[ON HOLD] Pembuangan dirinya daripada kawanan asal hanyalah satu permulaan. Kerana itu dia bangkit walau harus menjadi satu kelainan. Started : 15092021 Ended : -