"Pergi, Syamil." Alpha Syed itu bertitah. Membuatkan nama yang dipanggil bergeming.
"Pergi dari sini. Kau bukan ahli kawanan Razgriz lagi." Tanpa sesiapa sedari, bibir Alpha tersebut bergetar mengucap kata-kata itu. Ini adalah hukuman kepada anaknya sendiri sekaligus pewaris Alpha kawanan Razgriz.
Syamil mengetap giginya. Memang, ini salah dia. Dia telah melanggar peraturan yang fatal. Tapi dia dianiaya!
"Kalau ayah buang Syamil, siapa yang akan ganti ayah?" Syamil bertanya perlahan. Bukan, bukan sebab dia tamak akan jawatan Alpha pemimpin kawanan, tapi dia sedikit bimbang dengan ayahnya yang hanya mempunyai dirinya sebagai anak tunggal.
"Kau ada adik angkat kalau kalau kau lupa."
"Imran?" Syamil ketawa sinis. Dia melirik ke arah ibunya yang dari tadi menangis. Ibu mana yang tidak sedih apabila anaknya dibuang suami sendiri. Sejenak, wajah Syamil yang tegang tadi menjadi sayu.
Namun rahangnya kembali mengeras ketika beradu tatap dengan ayahnya.
"Baiklah. Syamil pergi. Semoga ayah dan ibu selalu sihat selepas ini dan kawanan berada dalam keadaan baik."
Syamil melangkah keluar dengan yakin tanpa berpaling sedikit pun. Dia langsung tak berniat untuk memberontak. Dia sangat tahu, selepas ini dia akan hidup sebagai Rogue.
"Abang..." Langkahan terhenti ketika dia sudah di luar kubu kawanan namun dia tidak berpaling.
"Abang... Aku merayu,jangan pergi..." Adik angkatnya Imran berkata sayu. Pipinya sudah merah dan tampak bengkak kerana air mata yang mengalir menuruni wajah bersihnya. Mata sepetnya usah disebut, basah dengan air mata.
"Aku kena buang Im."
"Tapi... Aku tak nak jadi pemimpin kawanan..."
Syamil menghela nafas berat. Dia berpaling, tubuh kurus adiknya ditarik ke dalam pelukan. Imran bahkan masih belum mendapat rut pertamanya membuktikan remaja ini masih terlalu muda.
"Kau mesti." Pucuk kepala adik dicium. "Berhenti menangis. Pewaris Alpha pemimpin tak boleh cengeng."
Imran malah menguatkan lagi pelukan. Dia sangat sayang abangnya. Kebenarannya, mereka adalah adik-beradik susuan. Oleh itu, dirinya layak menjadi pewaris Alpha pack.
Syamil melepaskan pelukan. Wajah adik kesayangan ditekup.
"Pandang mata aku Im." Imran pun menurut.
"Dengar, aku dah tak ada untuk kau merengek dan mengadu. Berhenti jadi cengeng. Jangan biarkan orang pijak kepala kau seperti mana aku hadap sekarang." Imran menggigit bibir bawahnya.
"Jaga kawanan." Kemudian, tanpa Imran sempat halang, Syamil sudah berubah menjadi serigala hitam dengan saiz yang sangat besar kemudian berlari masuk ke hutan dalam dan kelam.
Ya, itu adalah kisah 'dia' lima tahun yang lalu.

YOU ARE READING
Kawanan
Werewolf[ON HOLD] Pembuangan dirinya daripada kawanan asal hanyalah satu permulaan. Kerana itu dia bangkit walau harus menjadi satu kelainan. Started : 15092021 Ended : -