empat: surat

7 0 0
                                    

Syamil membuka matanya apabila mendengar suara riuh di rumah agamnya. Dirinya sudah maklum akan bunyi tersebut. Itu menandakan bahawa ahli-ahli kawanannya sudah mula bekerja dan melakukan aktiviti masing-masing.

Pandangan pertamanya adalah wajah sang mate yang masih lena dibuai mimpi. Tangan yang asalnya memeluk pinggang mate, diangkat untuk mengalihkan anak rambut yang menutupi wajahnya. Kemudian, dia mencium kening yang bagaikan dilukis itu dengan lembut. Sebuah senyuman tipis terbit di wajahnya namun bertukar menjadi sebuah seringai melihat mahakarya di bahu terdedah sang mate disebabkan baju yang dipakai kebesaran di tubuh mungilnya. Baju milik Syamil dipakai oleh sang mate setelah malam 'panas' mereka apabila sang mate dilanda heat.

Perlahan-lahan Syamil bangun kerana tidak mahu mengganggu tidur pasangan hidupnya. Sempat juga rengekan terdengar kerana Syamil melepaskan pelukan, namun kemudian sang mate kembali ke alam mimpinya.

Kaki panjang Syamil melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri lalu bersiap untuk memulakan tugasnya di pejabat.

°

°

°

°

°

Syamil menyelak helaian seterusnya setelah selesai membaca halaman sebelumnya. Tangannya yang menganggur diangkat menolak rambut depannya ke belakang ketika ia menghalang penglihatannya daripada pembacaan. Pagi ini saja dia perlu menyemak lima laporan baru daripada para Delta yang sudah pulang daripada tugasan dan salah seorang daripada mereka adalah Delta Damia.

Seketika aktivitinya terhenti apabila hidungnya mengesan kehadiran seseorang melalui feromon yang terhidu.

"Ismi?"

Dan ya, kepala Gamma yang diseru namanya tersembul di balik pintu.

"Ada apa?" Syamil menaikkan sebelah keningnya apabila melihat Ismi menutup hidungnya dengan jari telunjuk. "Aku dah mandilah."

Bukan dia tak tahu, Ismi sedang mengusiknya dengan feromon di tubuhnya yang bercampur dengan feromon milik omeganya. Feromon mereka mereka memang sudah bercampur kerana mereka adalah sepasang mate, tapi kalini menjadi sedikit lebih pekat setelah mereka bersama semalam.

"Ya ya. Ni, ada surat, aku tak buka lagi sebab tadi ada wolfie datang kacau pejabat aku." Syamil mengambil surat yang dihulurkan oleh Gamma.

"Rasanya mesyuarat agung lambat lagi." Jari-jemarinya membuka sampul surat lalu surat itu diambil dan dibuka untuk dibaca. Sejenak, dahinya berkerut membaca isi surat tersebut.

"Kenapa?"

"Surat ni daripada Mahogany..."

Ismi mengangkat sebelah keningnya hairan. Nama tersebut sudah tidak asing lagi bagi mereka. Mahogany adalah sebuah kawanan yang tidak pernah sebulu dengan kawanan mereka, Lamia. "Apa isi surat tu?"

"Kita dituduh menceroboh sempadan mereka." Syamil mengurut pangkal hidungnya. Ini bukan kali pertama Mahogany mencari punca untuk bergaduh dengan Lamia. Dia menyambung pembacaannya.

Selesai, Syamil melipat surat itu kembali. Sebuah keluhan dilepaskan. Tubuhnya disandarkan ke kerusi.

"Jadi?"

Ismi yang menyandarkan dirinya di dinding sambil memeluk tubuhnya membuka suara melihat keadaan Alpha pemimpin itu.

Syamil menegakkan tubuhnya. Gamma di hadapannya memang peka. Hampir saja dia tenggelam dalam perasaannya setelah membaca surat daripada kawanan yang tak pernah sebulu dengan kawanannya itu. Tak pernah berakhir dengan baik. Selalu saja ada persengketaan walau pemicunya hanyalah perkara remeh.

"Hah... Menara kawalan di sebelah Barat perlukan penyelenggaraan mengikut laporan daripada Delta. Beberapa juruteknik perlu dihantar ke sana. Berdasarkan laporan yang diberikan Delta, kerosakan itu bukan hanya satu tapi berlaku di pelbagai tempat. Salah satu puncanya kerana sudah terlalu lama dan perlu diganti dengan yang baru. Seorang juruteknik tidak akan cukup." Syamil menarik sehelai kertas di antara dokumen yang dibacanya sebelum Gamma datang. Ismi bergerak mendekati meja kerja Syamil dan melihat lakaran yang ditunjukkan oleh Alpha itu. Lakaran yang menunjukkan tempat kerosakan melalui pelan lantai menara kawalan tersebut. Beberapa tempat dibulatkan dengan warna merah menunjukkan tempat itu terdapat kerosakan.

"Urusan penyelenggaraan menara kawalan ni aku serahkan pada kau. Pergi dengan Alpha Zain. Perintahkan Zain untuk bawa pasukan jurutekniknya ke menara tu. Kalau boleh siapkan dalam masa terdekat." Ismi mengangguk-angguk kepalanya menuruti perintah.

"Selesai urusan penyelenggaraan, kau siapkan laporan untuk aku. Laporan tentang pembaikan apa yang dilakukan dan kos penyelenggaraan sebab aku rasa pengelenggaraan kalini akan makan biaya yang lebih daripada biasa."

Syamil menegakkan tubuhnya. "Lusa, aku akan pergi ke Mahogany dengan Damia."

Mendengar itu, Ismi mengangkat kepalanya daripada meneliti lakaran pelan lantai menara kawalan tersebut menjadi melihat wajah Syamil yang sedikit tegang.

"Aku dah penat bersengketa dengan mereka. Masa untuk meleraikan segala salah faham yang ada."

KawananWhere stories live. Discover now