enam: kalung

3 0 0
                                    

Syamil mengeluh melihat pemandangan di hadapannya.
Sang mate yang sudah memuncung tidak terima situasi sekarang.

"Babe, tenanglah..." Syamil memeluk pasangannya guna memujuk.

Syamil sedang bersiap untuk bertolak ke wilayah Mahogany. Salahnya yang terlupa untuk memaklumi pasangannya ini.

Humaira mengemam bibirnya perlahan, dia bahkan masih dalam heat. Alphanya sudah mahu meninggalkannya.

Syamil meraih tubuh kecil matenya itu lalu dirangkul. Dia tahu. Apa yamg sedang bermain dalam fikiran Omega itu. Sekarang juga dia masih dapat menghidu feromon yang terkesan sedikit pekat kerana heat daripada tubuh mungil itu walaupun sudah ditenangi olehnya selama dua hari berturut-turut.

"Jangan lupa makan supressant. Hati-hati bila bergerak. Jangan keluar daripada rumah agam kawanan. Faham?"

Humaira memasang wajah cemberut namun hanya mampu mengalah apabila Syamil mula melepaskan rangkulan lalu mencium pucuk kepalanya. Menandakan Alpha pemimpin itu sudah mahu berangkat ke Mahogany.

"Jaga kawanan baik-baik Luna." Dan Humaira tahu, apabila sang Alpha memanggilnya Luna, itu bermakna dia harus kembali rasional, memikul tanggungjawab seorang pasangan pemimpin.

Kini, Syamil kembali ke mode pemimpin. Dia memastikan ahli rombongan sudah cukup.

"Segala dokumen yang diperlukan ada pada Delta Damia." Maklum Ismi kepada Alpha pemimpin itu dan Damia juga menunjukkan dokumen yang dimaksudkan ada di tangannya.

"Laluan perjalanan juga sudah dikenal pasti." Kalini seorang Beta pula bersuara beserta sebuah peta di dalam genggamannya.

Syamil menggangguk puas hati. Dia memerhati satu demi satu wajah ahli rombongan yang akan berangkat bersamanya.

"Jangan lupa kalung kalian." Kalini Syamil memerhati pinggang para ahli rombongan. Kalung yang digantung di pinggang menunjukkan mereka adalah ahli kawanan Lamia. Kalung itu mempunyai batu quartz, batu mineral yang hanya ada di wilayah Lamia lalu disalut dengan titanium. Mineral galian itu lalu dipasang pada seutas rantai untuk dijadikan kalung sebagai bukti identiti ahli kawanan Lamia dengan mengikatnya di tali pinggang. Namun ada juga yang memakainya dengan menggantungnya di leher. She-wolf selalunya.

Setelah memastikan segalanya telah lengkap dan semua ahli sudah bersedia, Syamil mengubah bentuknya kepada serigala hitam lalu diikuti oleh ahli rombongan yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah memastikan segalanya telah lengkap dan semua ahli sudah bersedia, Syamil mengubah bentuknya kepada serigala hitam lalu diikuti oleh ahli rombongan yang lain. Perjalanan pun dimulai, dipandu oleh Beta yang tadi memegang peta.

Humaira yang berada si paling hadapan, melihat pemergian rombongan itu bersama dengan ahli kawanan yang lain.

Humaira melepaskan nafas berat. Dia beralih menghadap ahli kawanan yang lain.

"Kalian masuklah, mulai apa saja pekerjaan kalian untuk hari ini." Dia bertitah, lalu dituruti olah mereka.

"Gamma? Ada apa yang perlu saya urus?" Kini Humaira menuju ke arah satu-satunya Gamma di kawanan itu.

"Semua perkara ada kat pejabat, Luna nak masuk pejabat harini?" Soalan Ismi dijawab dengan anggukan. Mereka berjalan beriringan lalu mendaki tangga menuju pejabat di tingkat dua.

Namun perjalanan mereka terhenti di pertengahan jalan kerana ditahan oleh seorang Beta yang sedang bersilang tangan di dada, menaikkan sebelah keningnya menghakimi mereka berdua, lebih tepatnya Humaira.

"Ada apa Beta?" Humaira bertanya.

Jina yang melihat wajah polos itu hanya mampu tersenyum nipis.

"Jangan katakan yang Luna dah lupa pesan Alpha tadi? Luna masih dalam heat kalau lupa."

"Ah! Suppresant!" Luna muda itu terus bergegas ke biliknya untuk mengambil benda yang disebutnya tadi.

"Lah, aku ingat dia dah ambil suppressant dia." Dia hanya menggelengkan kepala perlahan.

Jina mengulas senyum tipis lagi.

"Biasalah, Luna kita masih sangat muda kalau kau lupa. Jadi kita kenalah bimbing dia."

Seketika hening menyapa mereka berdua. Kemudian tak lama, soalan Ismi membuatkan keduanya berpandangan sesama sendiri.

"Mana kalung Luna? Bukan dia pakai sebagai rantai ke?"


『••✎••』

Supressant: ubat berbentuk tablet yang dimakan untuk menekan heat atau rut.

Setiap kawanan mempunyai tanda kawanan masing-masing untuk menujukkan mereka adalah ahli daripada kawanan tertentu yang dimaksudkan. Ada yang berbentuk tatu, ada yang menggunakan hiasan seperti anting-anting dan ada juga yang berdasarkan ciri pakaian. Seperti Lamia, tanda kawanan mereka adalah kalung dengan batu quartz seperti yang diceritakan di atas.

KawananWhere stories live. Discover now